Wednesday 14 June 2017

Ceritha 7


"AYAH,ANA nak pergi rumah mummy petang ni boleh?"laju Hana minta kebenaran sebaik sahaja terperasan Dato Basri melintasi ruang tamu.
   Terangkat sebelah kening Anis mendengar permintaan Hana.Wajah Hana dipandang pelik.
   "Ok,jangan lupa bawa kunci rumah sekali.Takut kamu balik nanti ayah tak ada kat rumah.Nak ayah hantarkan ke sana tak?"
   "Tak apa basikal ada."
   "Lorrhh,bukan petang ni kita dah rancang nak study dekat rumah Faris sama-sama ke?Kau tak boleh join eh?"laju Anis bertanya setelah ayah Hana berlalu.Curious.
   Kelihatan Faris menahan tawa.Hana pula hanya menjungkit bahu lalu tersengih tayang gigi.
   "Kau ingat tak dulu aku pernah kata aku ada seorang adik-beradik susuan",tanya Faris melihat Anis terkulat-kulat menanti jawapan.
   "Ada ke kau cerita?"
   "Ada laa tapi waktu tu kau tak percaya."
   "Oh,ingat..ingat!"Anis memetik jari.Tiba-tiba mukanya berubah menjadi serius.Muka Faris dan Hana dipandang silih berganti."Jangan kata yang Hana ni kau punya.."
   Angguk.
   "Ni lah budak nya",ujar Faris lantas tanganya menggosok kepala Hana.
   Habis rambut Hana.Serabai. "Isy,rosaklah rambut aku",tangan Faris ditolak ganas.
   "Seriously!?"Melopong mulut Anis mendengarnya.
    "Kira korang dah lama kenalah ni?"
   "Yup."
    Faris tunjukkan tanda peace.Hana pula macam biasa mengangkat keningnya sebelah.Dua tiga kali.
   "Asal muka korang tak sama?"Soalan luar alam Hana buatkan mereka berdua tergelak besar.
   "Bongoklah engkau ni.Nama pon adik-beradik susuan.Lainlah adik kandung".Kepala Anis ditolak guna buku.
   "Ooo..kiranya mak kau.."jari ditunjuk ke arah Faris.
   "Ibu susuan Hana lah?"Lantas jarinya terarah ke muka Hana pula.
   "Sejak bila kau jadi lembab ni,Nis",usik Faris masih lagi mengetawakan Anis membuatkan Anis mencebik bibir.
   "Pandai eh korang berahsia."
   "Bukannya berahsia tapi baru nak bagitahu",balas Faris sambil tersengih.
   "So kau pindah sekolah sebab ada Mat Jemah ni la?"tanya Anis merujuk kepada Faris.Mata diarah ke Hana.
   "Sebab dia ni memang taklah.Muak aku.Asyik hadap muka Faris ni je",jawab Hana sambil membuat reaksi menyampah.
   Kali ini tawa Anis pula kedengaran.
   "Sampai hati engkau eh.Kau kalau ada masalah muka ni juga yang jadi kaunselor tak bertauliah kau tau",rajuk Faris.
   "Sorry tak pandai nak pujuk",Hana tayang sengih jahat.Makin galak Anis mengekeh.
   "Find!Dah dah sambung study balik.Anis stop laughing.Udah-udah lah tu."
HANA DAN FARIS sedang lepak menonton movie sambil mengunyah kacang ibu jari di ruang tamu.Lepas Anis balik petang tadi,Hana ambil keputusan untuk bermalam di rumah Faris memandangkan esok hari Ahad.Cuti.
   "Hana,ambilkan botol mineral tu",arah Faris yang sedang berbaring di sofa panjang.Muncungnya diarah ke meja tengah ruang tamu di mana botol mineral tergeletek di situ.
   Hana tak bergerak.Matanya sedang leka perhatikan Harry Potter membancuh ramuan entah apa namanya di kaca Tv.
   "Hana tolong laa.Depan kau je tu",geram Faris perintahnya tak diendahkan.Besar kecik besar kecik je dia tengok Hana.
   Masih tak dilayan.Tiba-tiba idea nakalnya muncul lalu terus rambut Hana paras pinggang itu ditarik kejam.
   "Aduh sakitlah,doh".Nah,nah ambik ni",laju tangannya menyambar botol tersebut lalu dihulur kepada Faris.
   "Tahu takut",air diteguk.Matanya cuba untuk kembali fokus menonton aksi Harry dengan kawan sihirnya tapi tak berjaya.
   "Tak boring ke.Tahun lepaskan kita dah tengok siri potter ni.Aku naik hafal dah skrip dia".
   "Tu tahun lepas.Tahun ni belom tengok lagi.Hari tu aku minta kau belanja cd movie kelapan potter kau tak nak.Haa kita ulang je laa lagi movie ketujuh ni eh".
   Faris ubah postur badannya dari baring kepada duduk bersila .Sengaja rambut Hana ditarik lagi.Cari pasal.
   "Auch sakitlah.Nak apa lagi?"
   "Sini dekat sikit rambut kau kat aku.Nak buat tocang".
   "Pandai ke?"Badannya disandarkan di hadapan sofa menghadapkan belakangnya ke arah Faris.Dah lama tak bermanja dengan pak cik ni.
   "Tengok tanganlah.Bab-bab tocang ni kacang je.Mintak je nak tocang apa.Juara kampung tiga kali berturut-turut tau".
   "Jangan jadi sarang tebuan sudah".
   "Farah apa citer?Okey tak dia dengan sekolah baru?"
   "Seronok je aku tengok cerita pasal sekolah baru dia hari tu.Pastu aku bagitaulah dia yang aku pon pindah sekolah.Terkejut beruk dia mulanya bila dengar.Tapi lepas tu ok je",cerita Hana sambil matanya masih melekat memerhatikan aksi Hermione.
   "Pass getah atas meja tu",getah sayur yang entah datang dari mana tu diambilnya tanpa banyak soal."Nah".
   "Kau pulak?"
   "Apa?"
   "How's your new school?"
   "Ooh.Not bad aa.Kawan semua gila-gila.Senang nak masuk.Mungkin sebab diorang ni kot aku punya sense of anti-social tak nampak sangat.Dengan perangai selamba badak Anis tu".
   "Aku?"
   "Dengan perangai Mat Jemah kau lagi.Kuat bebel",terasa rambutnya sengaja ditarik.
   "Sakitlah".
   "Tu lah.Form one dulu aku ajak masuk situ kau tak nak".
   "Whatever".
   "Ni rambut kau yang panjang menawan ni bila nak tutup?"
   "Kenapa?"
   "Random question".
   "Tunggu kau tutup kepala kau tu dulu kot",sekali lagi terasa rambutnya ditarik.
   "Orang serious laa".
   "Nantilah",jawapan yang sama diberikan.Sudah banyak kali soalan itu diutarakan oleh Faris.
   "Cubalah ubah sikit skema jawapan kau tu".
   "KBAT sangat soalan kau".
   "Suka hati kaulah.Aku tegur je.Ok done!"
   Hana meraba rambutnya yang sudah ditocangkan itu."Not bad".Kemas.
   "Not bad je?"
   Hana jungkit bahu.
    "Pape laa. Haa tu Potter pon dah habis beraksi. So kau bolehlah tolong kemasakan kulit kacang yang bersepah ni."arah Faris.
   "Kau?"
   "Aku nak masuk tidur dulu.Ciao!",laju Faris melarikan diri ke dalam biliknya.
   "Woi,pemalas".Huh nasib kaulah Labu.

No comments :