Wednesday 14 June 2017

Ceritha 15

HAIR DRYER dihalakan ke rambut. Selesai mengeringkan rambut,Hana menyikat rambutnya lalu diikat kuda.

   Hari itu dia ingat nak ajak Faris memanah.Lama rasanya dia dah tak memegang bow.Dulu Pak Cik yang memperkenalkan permainan itu kepadanya.

   Iphone di atas meja belajar dicapai.Laju tangannya membuka aplikasi whatsapp .Notification yang beratus daripada group kelas 4B menenarik perhatiannya.

   Sesiapa free.Hari ni ada kenduri kahwin kat rumah Danish.Jemputlah datang-Faris

   Dia kahwin ke?-Peng.

   Taklah.Abang dia-Faris.

   Waa,sedapnya nasi minyak-Aina.

   Begitulah antara perbualan yang dibacanya membuatkan dia terbayang muka Danish yang sudah berpindah itu.Apa entah nama sekolah dia yang pasti dekat Klang.

   "Hari ni mestilah Faris nak pergi rumah Danish.Tak bolehlah nak ajak di memanah",keluh Hana.

   "Nak buat apa ek hari ni?"

   Hana turun dari katil lalu keluar daripada biliknya.Lama dah dia tak berbual panjang dengan ayahnya.Bilik bacaan ayahnya dituju.Selalunya waktu macam ini ayahnya selalu ada dekat situ.

   Tombol pintu dipusing lalu perlahan-perlahan dia menolak daun pintu.Kelihatan Dato Basri sedang membaca surat khabar.

   "Ayah,buat apa tu."

   "Tengah masak",balas Dato Basri sengaja mengusik.Surat khabar diletak tepi.Muka anaknya itu dipandang.Hana hanya tergelak.

   "Ayah sibuk ke hari ni?"

   "Kenapa."

   "Jom jalan-jalan".

"WAH CANTIKNYA!",jerit Hana.Pemandangan yang terbentang luas di hadapannya dipandang penuh teruja.

   Dato Basri hanya menggeleng memerhatikan keletah Hana.Sengaja dia bawa Hana ke Port Dickson.Sudah lama dia tak luangkan masa dengan satu-satunya anaknya itu lantaran sibuk dengan kerja.

   Selalunya orang pergi PD untuk mandi pantai.Tak sangka pula ayahnya membawanya hiking ke Bukit Batu Putih yang terletak di situ.

   "Sejak bila ayah pandai hiking ni?"Waktu naik bukit itu tadi kelihatan Dato Basri bertenaga betul mendaki.Hana pula baru sahaja lima minit mendaki dah tercungap-cungap.Nasib baik bukit itu tak tinggi sangat.Hanya memakan masa selama 20 minit sahaja untuk mendaki.

   "Dulu waktu belajar ayah selalu ikut kawan hiking.Sekarang ni dah jarang.Rindu nak hiking sebab tulah ayah ajak Hana ni."

   Laut yang terbentang luas dihadapannya itu kelihatan biru sahaja airnya.Sesekali terdapat bot melintas di bawah sana.Kameranya sudah penuh dengan gambar pemandangan di situ.

   "Ayah jom selfie!"

   Dato Basri hanya melayan sahaja kerenah Hana.Pelbagai aksi mereka gayakan di atas itu.Dalam mereka sibuk bergambar,tiba-tiba ada seorang lelaki tua berbangsa Cina baru sahaja sampai .Mukanya sedikit kemerahan akibat penat mendaki mungkin.

   "Seorang je ke?"Tanya Dato Basri ramah.Hana hanya melemparkan senyuman kepada apek itu.

   "Ha'ah",jawab apek itu turut membalas senyuman.

   "Selalu ke naik atas ni?"Soal Dato Basri makin ramah.Ayah Hana memang jenis yang cepat mesra orangnya.

   "Selalulah juga."Kemudian perbualan mereka makin rancak.Hana hanya memasang telinga sambil matanya kembali menatap pemandangan yang masih tak puas  dinikmatinya itu.
  
   "Lu olang cuba tengok bawah sana",tunjuk apek itu tiba-tiba.Telunjuknya dituju ke bahagian tepi pantai yang terdapat di bawah sana.Mata Hana dan Dato Basri turut terarah ke bawah belah kanan bukit tersebut.

   "Nak pergi sana?"

   "Nak",laju sahaja Hana menyahut.Dato Basri hanya mengangguk.

   "Jom."Hati-hati mereka melangkah menuruni bukit itu.Apek yang menjadi penunjuk arah itu membawa mereka menggunakan jalan yang berlainan  daripada jalan yang mereka guna untuk mendaki tadi.

   "Jernihnya air dia!"Kedengaran suara Hana teruja sebaik sahaja mereka sampai di tepian pantai yang berbatu.Sesekali tangannya mencelup ke dalam air laut.Mereka perlu menyusuri batuan itu jika hendak ke tepi pantai yang telah dimaksudkan oleh apek tadi.

   "Hati-hati.Ini batu banyak licin",Apek itu mengingatkan.

   Sampai sahaja ke kawasan yang mereka tuju,Hana terus berlari ke gigi air. Bermain dengan ombak yang menghempas lembut.Topi atas kepalanya ditarik sikit kehadapan,menghalang terik matahari mengenai mukanya.Nasib baik sebelum hiking tadi dia ada menyapu krim sunblock.Jam dikerling.Tepat dua belas tengahari.Patutlah terik dia menyengat semacam.Penat bermain air dia mendekati ayahnya yang sedang duduk santai di bawah sebatang pokok rimbun di situ.

   "Mana uncle tadi?"

   "Balik dah.Tu la leka sangat main air."Hana hanya tersengih.

   "Seronok?"

   Angguk.Matanya terarah ke sebatang pokok besar yang dahan-dahannya menghala ke air laut."Best juga kalau duduk atas dahan tu sambil celup kaki",getus hatinya.

   "Minggu depan ayah kena pergi Singapura."

   Lagi.Muka ayahnya Hana pandang.Hampir setiap bulan Dato Basri akan terbang ke Singapura.Beliau merupakan pemilik sebuah syarikat penerbangan yang menguruskan jet-jet atau kapal terbang peribadi.Sebelum itu,beliau merupakan seorang pilot.Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam dunia penerbangan itulah dia telah membuka syarikat tersebut.

   "Bila?"

   "28 Februari."
  
   Dato Basri memerhatikan muka Hana yang sudah berubah muram itu.Serba-salah dia dibuatnya.

   "Ayah tak nak kahwin lagi ke?Lama dah ayah membujang.Dekat tempat kerja ayah tu ramai je kan pramugari cantik-cantik.Pilih je mana satu yang berkenan. ",terpacul soalan keluar daripada mulut Hana.Ye laa ayahnya itu bukannya tak ada rupa.

   "Diorang semua tu kerja dalam kapal terbang.Ayah ni pula kerja dalam pejabat.Lagipun,siapalah yang nak dekat ayah yang dah tua ni.Esyh kamu ni,orang lain semua tak nak ada mak baru.Kamu pula lain ceritanya",balas ayahnya.

   "Tak semua ibu tiri kejam",balas Hana tak berperasaan.

   Dato Basri melepaskan nafas berat. Mungkin dah sampai masanya untuk Hana tahu keadaanya."Ada sebabnya."

No comments :