Wednesday 14 June 2017

Ceritha 14

"ALIRAN FIZIKAL berlaku apabila isi rumah menawarkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma",terang Cikgu Murni di hadapan kelas.Khusyuk Amin mendengar apa yang diajar.Tanganya ligat mencatat nota.

   "Aliran wang pula berlaku bila firma menawarkan barang kepada isi rumah".

   Sesekali matanya menjeling ke sebelah kirinya.Biar jelah malas nak kejut.Kelihatan Danish tersengguk-sengguk menahan ngantuk.Mengantuk betul si Danish ni.Nak kata semalam dia tidur lambat sebab tengok bola tak juga.Baru minit yang kelima belas kepala Danish dah selamat landing dekat bahunya.

   Matanya beralih pula ke meja hadapan.Hafiz.Tegak badannya mendengar apa yang diajar oleh Cikgu Murni.Tak toleh kiri kanan langsung.Fokus betul mamat seorang ni.Hafiz kalau dekat luar kelas susah nak tengok dia sefokus itu.Waktu prep,orang lain semua sibuk study.Hafiz pula komik yang dihadapnya.Tak pon lawan catur dengan Apek.Dalam dorm tu mana pernah nampak Hafiz beria study.Asyik dengan novel Ramlee Awang Mursyidnya saja.Pernah sekali dia buka loker Hafiz.Bertimbun dengan buku penulis thriller terkenal itu.

   Perhatiannya kemudian kembali semula kepada Cikgu Murni.Kelihatan cikgu sedang melakar rangka aliran fizikal dan aliran wang pada papan putih.Aliran itu dibezakan dengan warna dakwat yang berlainan.

   "Danish",panggil Cikgu Murni sebaik sahaja siap melakar.

   Terpinga-pinga Danish sebaik sahaja dengar namanya dipanggil.Matanya terus segar.Amin dipandangnya.Cikgu panggil aku ke?"

   Amin menahan tawa melihat Danish Danish yang kelam kabut itu.Kepala diangguk.

   "Ye cikgu."

   "Saya nak awak isi maklumat macam dalam buku pada rajah kedua aliran yang saya dah lakarkan ni",arah Cikgu Murni.Agaknya dia perasan Danish tersengguk dari tadi.

   Terus Danish keluar ke hadapan kelas tanpa membawa buku ekonomi.Selesai mencoret di papan putih dia kembali semula ke tempat duduknya.

   Amin hanya menggeleng kepala.Rajah aliran di buku dan papan putih dibandingkan.Sama.Sebiji macam dalam buku.Sebab tulah tadi dia tak kisah sangat tengok si Danish tersengguk-sengguk.Tidur-tidur pon boleh faham apa yang cikgu ajar kat hadapan.Faham sangat dah tabiat kawannya yang seorang ini.Cikgu start mengajar je mesti tersengguk tak pon kepala nya terus melekat atas meja,gaya superman.

   Kadang-kadang Amin cemburu melihat cara belajar kedua orang sahabatnya itu.Dia kalau baca buku dua tiga kali pon belum tentu masuk.Dalam kelas pula bukannya fokus sangat waktu cikgu ajar.Macam sekarang nilah sibuk perhati gelagat rakanya dalam kelas.

   "Jom rehat",ajak Danish sebaik sahaja Cikgu Murni keluar dari kelas.

   "Korang pergilah dulu.Aku nak kena pergi bilik mesyuarat kejap.Cikgu Adibah nak jumpa."

   "Wah,ni mesti pasal pemilihan untuk ketua umum",Apek yang duduk di sebelah Hafiz tiba-tiba bersuara setelah kelibat Amin hilang menuju ke bilik guru.

   "Dengar cerita dia salah seorang calon untuk jadi KU tahun depan".

   "Ooh,ana ada dengar juga pasal tu.Sesuai sangatlah tu.Lagipon ramai yang selesa dan suka cara dia memimpin",tambah Hafiz menyokong.

   Danish mengiyakan.Dia suka melihat cara-cara Amin menegur bila ada kawan mereka buat salah.Sempoi dan berhikmah membuat orang yang ditegurnya senang sahaja menerima tegurannya.Senang cerita Amin ini jenis yang senang masuk dengan semua oranglah.Cikgu-cikgu pon ramai yang suka dengan si Amin ni.Walaupun kadang-kadang nampak je nakal tapi bila dengan cikgu dia sangat menjaga adab.

   "Moh laa kita ke kantin.Sambung gossip kat sana pula",ajak Hafiz.Jamnya dikerling.Lima minit masa rehat sudah berlalu.

"HAFIZ,DANISH",panggil Amin.

   "Kenapa?"

   "Cikgu Adibah panggil."

MEREKA MELANGKAH masuk ke dalam bilik mesyuarat.Semua yang berada di dalam bilik mensyuarat itu melemparkan senyuman ke arah mereka berdua. Kelihatan Cikgu Adibah tidak berseorangan.Pegetua,Cikgu Murni dan Ustaz Hamdan turut berada di situ.

   "Kita ada buat salah ke?"bisik Danish.Muka Hafiz yang kelihatan tenang itu sekilas dipandang.Hafiz hanya menjongket bahu.

   "Duduk",jemput pengetua.Mereka hanya menurut perintah.

   Minggu lepas,ahli-ahli PRS dan BADAR telah mengadakan perjumpaan untuk melantik ahli jawatan kuasa tertinggi yang baharu.Kalian berdua sedia maklum bukan?"Cikgu Adibah membuka bicara.

   Mereka berdua hanya menggangguk.Minggu lepas mereka berdua tak dapat hadir bersama kerana mengikuti program sekolah di Bangi.

   "Hasil daripada mesyuarat pembimbing rakan sebaya minggu lepas,Mohd Danish awak telah dilantik sebagai pengerusi PRS pada tahun hadapan",beritahu Cikgu Murni yang merupakan guru penasihat kelab pembimbing rakan sebaya.

   "Hafiz Imran,ramai telah bersetuju untuk melantik awak menjadi presiden dakwah menggantikan Tirmizi pada tahun depan",Ustaz Hamdan selaku guru penasihat Badan Dakwah dan Kerohanian pula bersuara.

    Pengetua pula sudah menepuk-nepuk bahu mereka sambil mengucapkam tahniah.Nasihat juga turut diberi kepada mereka.Katanya dia sengaja turut serta dalam perjumpaan ini untuk melihat bakal pemimpin yang akan mentadbir sekolah pada tahun hadapan.

   Danish dan Hafiz berpandangan.

No comments :