Wednesday 14 June 2017

Ceritha 5

   4 BRILLIANT.Papan kecil yang tergantung di luar pintu kelas diperhati.Kening terangkat.Laju dia memaling muka ke arah Faris.Faris hanya tersengih sambil jugkit bahu.Terkena.

   "First joke in the new school huh",ujar Hana lalu terus melangkah masuk ke dalam kelas.Terlepas tawa Faris.

   "Ok guys.Calm down.Kita ada kawan baru hari ni",Faris terpaksa menenangkan suasana kelas yang bingit itu memandangkan cikgu tiada.

   "So Hana introduce yourself",pinta Faris sebaik sahaja mereka beri perhatian.

   "Nama aku Hana.Ex-sekolah Menengah Kebangsaan Genting.Nice to know you."

   "Tu je?"Kedengaran satu suara sumbang mencelah dari belakang kelas.

   Hana jungkit bahu.

   Kalau nak tau lebih lagi bolehlah tanya Hana secara personal ye.Hana you may take your seat",beritahu Faris sambil menunjukkan tempat duduk Hana.

   "Anis",sapa seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah mejanya.

   "Hey deskmate",balas Hana.

   Sebaik sahaja Hana melabuhkan punggung dia terpandang meja di depannya.Buku bertimbun diikat kemas.Macam nak pindah sekolah.Teringat sebentar dia semasa bantu Farah mengemas barang-barangnya.

   "Orang depan ni nak pindah sekolah ke?"Terpacul soalan keluar dari mulut Hana.

   "Aah,hari ni last day dia kat sini",balas Anis mengiyakan.

   "Ooh."

   Earphone disumbat ke telinga bila tak tahu nak buat apa.Cikgu gaya macam tak nak masuk.Beg diseluk lalu komik dicapai.Selena mula melalak di telinga.

   
   KEPALA DIANGKAT memandang Anis yang mencuitnya tiba-tiba.Kening sengaja diangkat."Kenapa?"Tangan automatik mencabut earphone dari telinga.

   "Ni budak yang nak pindah tu",ujar Anis lalu memuncungkan mulut.

   Kelihatan seorang pelajar lelaki membelakanginya.

   "Pindah mana?"

   "SBP."

   "Oooh",terus dia teringat Farah.

   "Wehy pindah sana nanti jangan lupakan aku",kedengaran Faris yang duduk di sebelah kiri pelajar lelaki itu berkata.

   "Ayat sama yang keluar dari mulut aku waktu Farah pindah dulu",getus hati Hana.Hana tersenyum menghilangkan sebak.

   "Ni ada kawan baru.Tak dapatlah kau berkenalan lama dengan dia.Rugilah kau",ujar Faris.

   Hana yang sedang cuba untuk fokus kembali pada komiknya tersengih.

   "Bro,aku tak rasa rugi sikit pon.Tapi rasa terkilan mungkin ada",ayat yang keluar dari mulut lelaki itu terus hilangkan rasa Hana untuk membaca komik.

   Wajah diangkat.Mata Hana bertembung dengan mata pelajar lelaki tersebut.

   Tiba-tiba rasa sedih yang dirasainya sewaktu Farah berpindah kembali menghentak hatinya.

   "Danish?"

   Danish menghadiahkan senyuman.Sayu.

No comments :