Wednesday 14 June 2017

Ceritha 1

KENING DIANGKAT sebelah.Kenapa mamat ni pandang aku semacam je dari tadi.

   Lelaki itu membalas dengan sengihan sebelum datang menghampiri.

   "Sudah. Dah kenapa mamat ni nak datang sini pulak",omel Syafira sementara tanganya cepat-cepat mengikat tali Nike dikaki.Boleh berambus cepat dari situ.

   Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan sepasang kasut Nike biru kepada Hana.

   "Erk macam kasut aku",Nike biru di kaki sekilas dipandang.Kening sebelah terangkat.

   "Jangan kata sebab kasut kita sama, kau pandang semacam je kat aku dari tadi",sarkastik Hana berkata.Kasut sama pon nak kecoh.

   "Sebab kasut awak dengan saya samalah awak tersalah amik kasut."

   What de.Tangan laju je cabut balik Nike di kaki.Dani.Kelihatan tercoret kemas nama seseorang atas alas kasut tersebut dengan..marker biru kali.

   "Tak sangka saiz kaki kita sama."

"JOM MAKAN",ajak Farah setelah loceng rehat kedengaran.

   Hana hanya mengangguk.Meja yang bersepah dikemaskan.

   "Kau ni dari tadi pandang aku.Pastu tersengih-sengih macam kerang basi.Dah kenapa?"tanya Hana pelik sambil tanganya ligat memasukkan buku ke dalam meja.

   "Aalaa,cepatlah Hana kemas meja kau. Aku lapaq dah ni.Lagi pon aku ada cerita sensasi nak bagitau kau ni.Pali,pali."

   "Tak boleh ke cerita sekarang?"

   "Cepatlah."

   "Yelah.Sabaq sat",dompet bawah meja dicapai.

   "Dah kenapa dengan budak kelas kau ni.Korang ni berjangkit penyakit kerang basi ke apa.Nampak aku je pastu tersengih-sengih",bisik Syafira sebaik sahaja mereka melintasi kelas sebelah.6 Bestari yang juga merupakan kelas Farah.

   Tergelak besar Farah di sebelahnya."Kita beli makanan dulu eh.Pastu baru aku cerita.Baru syok."

   "Banyaklah engko punye syok."

   Farah direnung tajam.Nasi lemak di hadapannya tidak diendahkan.Dah lima minit mereka bertapa dekat bawah pokok ni tapi Farah masih lagi tak nak buka mulut.

   "Weh kalau ye pon kau wonder,makanlah nasik tu dulu",rimas Farah ditenung begitu.

   "Kau lagi menarik perhatian aku sekarang dari nasi lemak ni.Cepat cerita kalau tak aku blah",sengaja Hana mengugut.

   "Ye laa aku nak cerita laa ni",Farah mengalah.Sememangya dia tak suka tengok Hana berseorangan. Hana ni memang jenis yang anti sosial.Selain dia berapa sangatlah orang lain yang berani nak kawan dengan Hana.Tak payah nak kira dengan jari,memang tak ada pon.Mana taknya dengan muka tak berperasaan dia tu.

   "Kau ingat tak budak baru yang aku cerita minggu lepas."

   "Tak."

   Tengok dia mana ada ambil kisah apa yang berlaku.Farah hanya menggeleng.

   "Dia laa yang sebarkan penyakit kerang basi kat kitorang."

   "Huh?Wujud ke penyakit tu?"tanya Hana lurus.Tepuk dahi Farah dibuatnya.

   "Isy engko ni.Tadi..waktu kelas Cikgu M, entah macam mana ntah cikgu boleh tanya pasai ciri-ciri pasangan idaman kita.Bila sampai turn si Danish tu jeng jeng..tau tak dia cakap apa?"

  " Apa?"

   "Macam.Hana.Kelas.Sebelah."Sengaja Farah kata sepatah-sepatah.

    Terangkat kening Hana."Huh?"

   "Maksud dia kau laa mangkuk.Kelas kita kan bersebelahan.Nak kata belah kanan ada kelas.Gila apa tandas adalah.Lagi pon dalam kelas engkau tu..engkau je lah yang bernama Hana wahai hana oiii."

   "Macam mana dia kenal aku?"

   "Manalah tau kau ada terserempak ngan si Danish tu kat mana-mana ke?"

   Danish?Danish.Dani.Nike.Biru.

   "Marker biru??"

No comments :