Wednesday 14 June 2017

Ceritha 12

BONET KERETA dibuka lalu masing-masing mencampak beg baju mereka ke dalamnya.

   "Mak,sihat?",tanya Danish sebaik sahaja memasuki kereta.Tangan tua itu disalam.

   "Alhamdulillah",jawab ibu Danish lalu tersenyum.

   "Ni Dani ada bawak bala tentera sekali untuk rewang."Tempat duduk belakang dikerling.Kening sebelah sengaja diangkat penuh makna.

   Senyuman Mak Cik Hani makin lebar.Amin dan Hafiz di belakang pula sudah mula berbalas pandang.Habislah.

"HAA BARU NAMPAK muka teruna tiga orang ni",tegur Tok Jah,nenek Danish.

   Masing-masing tersengih macam kerang busuk.Lepas Zohor tadi mereka ingat nak baring-baring sekejap.Sekali tertidur sampai pukul tiga petang.Nasib baiklah Danish terjaga sebab dengar bunyi kecoh dari luar.Segera dia mengejutkan Hafiz dan Amin bila sedar yang mereka dah terlajak tidur.

   "Apa bising-bising kat luar tu tok?"Tanya Danish.Amin dan Hafiz pula terhendap-hendap di tingkap dapur nak tengok apa yang terjadi kat luar.

   "Orang sembelih lembu",jawab Tok Jah.Tangannya ligat memotong bawang.

   "Laa.Kenapa tak panggil kami tok.Kami boleh tolong lapah daging lembu tu.Jom Amin Hafiz kita keluar."

   "Tak payah.Abang kamu empat orang tu dah tolong ayah kamu lapah lembu tu kat luar.Lembunya sekor je,yang nak pi lapah ramai-ramai tu buat apa",balas Tok Mah mematikan langkah mereka.

   "Habis tu kami nak buat apa tok?"Nak tolong dirikan khemah,waktu mereka sampai sebelum Zohor tadi dah siap pasang kesemuanya.

   "Tolong tok kupas bawang.Banyak lagi ni haa.Cili ni pon tak dipotong lagi.Nak harapkan anak dara,kamu mana ada adik-beradik perempuan",Tok Jah mula mengarah.Danish mempunyai empat orang abang dan dia merupakan anak bongsu.Tiada kakak.Tiada adik perempuan.

   Mereka bertiga berpandangan. "Menangislah kita kejap lagi",kedengaran Amin berbisik.

   Mereka duduk dalam bulatan.Tengahnya  terdapat dua bungkus guni kecil bawang yang masih penuh isinya.

   "Kupas semua ni ke tok?"

   "Ye".

   "Ok kita mulakan usrah bawang kita dengan Ummul Furqan,Al-Fatihah",pecah tawa mereka mendengar lawak dari Hafiz.

   "Nish,tak ada helmet ke?Mata ana start pedih dah ni",tanya Hafiz.

   "Anta nak buat apa?"

   "Kat rumah kalau mak ana suruh potong bawang.Helmetlah yang ana capai dulu.Pakai masa tengah potong bawang tak nak bagi aura pedih masuk mata",terang Hafiz.Amin bantai gelak.Danish hanya menggeleng kepala.

   "Kau pula tak nak guna apa-apa perisai ke?"Tanya Danish kepada Amin pula.

   "Tu cermin mata sapa atas almari tu?Dari tadi aku perhati je",balas Amin bersahaja.

   "Korang ni macam-macamlah",gelak Danish.Kerja memotong bawang ditinggalkan sebentar.Helmet yang terdapat di almari kasut dicapai.Cermin mata yang ayahnya selalu guna untuk memesin rumput disambar.Kemudian diberikan kepada kedua rakannya.Turutkan sahajalah permintaan diorang ni.Kesian dia tengok drama air mata mereka ini.Kerja memotong bawang yang tergendala tadi diteruskan.

   "Korang buat apa ni?"Soal Pak Cik Syuib,ayah Danish lalu mengekeh ketawa.Along yang juga baru melangkah masuk ke dapur itu gelak sakan.

   "Stye giler korang potong bawang."

   Amin dan Hafiz yang sedar mereka menjadi tumpuan ramai turut ketawa.Malu sebab kena gelakkan tu adalah sikit tapi takkan nak tanggal perisai mereka pulak.Pedih mata woo.Bawang depan mereka ada seguni lagi tak kupas.

   "Inilah gayanya kalau orang jarang masuk dapur",sampuk Tok Jah.Kepala digeleng.

   "Anta sini kejap.Tolong angkat besin ni ke singki",panggil Tok Jah.

   "Tok,panggil siapa tok?"

   "Anta laa yang pakai helmet tu.Sini kejap.Terhenti mereka mengupas bawang.Pelik.

   "Tok,kenapa panggil saya anta,Nama saya Hafiz lah tok",balas Hafiz.

   "Laa ye ke.Bukan apa,tok dengar si Dani ni dari tadi panggil kamu anta,anta,tok ingatkan nama kamu memang anta",jawapan selamba dari nenek itu membuatkan dapur itu makin riuh dengan tawa mereka.

   "Ye laa tok",Hafiz mendekati basin yang dipenuhi cili.

   "Haa pengantin ni,kenapa ada kat sini pula",Tok Jah bersuara lagi.

   "Lapah lembu dah siap tok.Dah tak ada kerja lain nak buat along tolonglah mereka ni kupas bawang",jawab Along.

   "Suka hati kamu laa.Esok kamu bersanding bau bawang jangan salahkan tok",sahut Tok Jah bersahaja.Danish yang mengetawakannya dipandang tak puas hati.

   "Dani,sejak bila engkau kebal bawang ni?Nak kata kau selalu tolong mak kat dapur.Hmm memang taklah.Relek je aku tengok kau potong bawang",soal Along

   "A'ah laa.Tak menangis pon dari tadi.Tengok aku walaupun dah pakai protection ni still mata pedih",sampuk Amin menyokong. Hafiz turut mengiyakan.Muka Danish dipandang ingin tahu.

   Danish tersengih.Kening sengaja diangkat sebelah.Dua tiga kali.Poket seluar diseluk lalu dia tayangkan kertas pembalut hijau yang bertulis 'paper mint'.

   "Chewing gum?"

No comments :