Wednesday 14 June 2017

Ceritha 2

   "Kenapa monyok pepagi ni?Macam tikus mondok pulak aku tengok.Hey sis happy laa sikit.Bukannya selalu cikgu nak buat hari sukan khas untuk pelajar darjah 6 kot.Time macam ni lah kita nak release tension.Lagi pon minggu depan UPSR dah nak mula",tegur Farah.

   Hana memandang kasut sekolahnya.

   "Laa baju sukan elok dah hang pakai.Ni pasai pa kasut sukan tak pakai pulak?"

   Aku lupa nak sumbat dia dalam rak kasut semalam.Habis kena hujan malam tadi."

   "Tu laa lain kali sediakan rak kasut sebelum hujan.Tak berkasutlah kau lari kat padang tu kejap lagi",usik Farah sambil tayang sengih jahat.

   Farah dijeling tajam sebelum dia melepaskan keluhan berat."Tu la careless lagi." Lambat-lambat Hana menuju ke arah padang.

   "Nah",sepasang kasut biru menghalang pandangan Hana yang sedang menunggu giliran di tepi trek.Terangkat keningnya.

   "Apa ni?"
  
   "Kasut",sarkastik Danish menjawab.

   "Saya bagi pinjam kat awak kasut ni.Takanlah awak nak lari berkaki ayam pulak.Trek padang ni awak nampak je berumput tapi banyak kot duri.Kalau awak terpijak siapa yang susah,saya jugak.Lagi pun minggu depankan UPSR dah nak start.Macam mana nak jawab periksa kalau kaki awak tu sakit?"Terang  Danish setelah Hana tak memberi sebarang reaksi.

   "Aku jawab exam dengan tangan bukannya kaki",omel Hana perlahan.

   "Apa?Saya tak dengarlah."

   Muka Danish dia pandang."Sorry aku tak pinjam barang dari orang yang aku tak kenal."

   "Saya Danish.Ingat tak awal tahun hari tu?Kita tertukar kasut",Danish memperkenalkan diri sebelum berlalu pergi.

   Sebaik sahaja teringat kejadian itu mukanya terus merah.Malu.Ikutkan Hana yang tersalah ambil kasut Danish.Lepas peristiwa tu rasanya dia tak pernah terserempak dengan Danish.

   Kejap.Danish?Cerita Farah kembali menerjah ingatannya.Cikgu M.Ciri-ciri pasangan idaman.Macam Hana kelas sebelah.

   Mata terarah kepada kasut yang sengaja ditinggalkan oleh Danish untuk dia pakai.Hana rasa mukanya macam baru kena simbah dengan cat merah.Merah semacam.

   Dari jauh Farah hanya memerhati sebelum melemparkan senyuman yang bermakna kepada Danish.Ibu jari ditayang.

   FARAH BERLARI mendapatkannya sambil bertepuk tangan."Laju giler engko lari.Kalah olahragawati sekolah kita tu",puji Farah sambil menghulurkan sebotol air mineral.

   "Tengok kasutlah",balas Hana tersenyum bangga.Flip rambut.

   "Eh,kasut siapa pulak yang kau pakai ni?"

   Tersedak Hana dibuatnya.Baru dia teringat kasut ni kepunyaan Danish.Nak buat macam mana kasut Danish memang sebijik sama dengan dia punya.Waktu lari tadi rasa macam dia punya kasut pula.Nasib minah sebelah ni ingatkan.

   "Weh,nak minta tolong boleh?"Hana tayang muka comel.

   "Apa?"

   "Tolong pulangkan kasut ni kat Danish."

   "What!! Ni kasut Danish?Macam mana boleh terpinjam pulak?"Farah mula tersengih gaya paparazzi jumpa gossip terbaru.Patutlah semangat je berlari tadi.

   "No comment.So boleh tolong tak?"jawab Hana acuh tak acuh.

   Tak naklah aku.Kau yang pinjam aku pula yang kena pulangkan."

   "Alaa tolonglah.Korang kan satu kelas.Nah kasut.Cakap terima kasih kat dia",cepat-cepat Hana larikan diri.Kalau tak buat macam tu alamatnya memang dia sendirilah yang kena pulangkan.

No comments :