Monday 25 April 2016

S.A.H.A.B.A.T



"Kau temanku


365 days,


Sahabatku,


Ku perlukanmu,


24/7 yes I am..





Kau kawanku,


365 days,


Sahabatku,


Ku perlukanmu,


24/7 yes I am





Jika kau tanya tentang kawan,


Dia penghibur di jiwa,


Agama yang utama,


Susah senang bersama,


Selamanya..."










 Korang dah dengar belom lagu ni??Amacam..best enn.Atas tu korus je.Tajuk lagu ni 365 days by Areef.Hesyy lagu ni buat aku rindu kengkawan sekolah dulu la pulak.Tetiba pandangan rasa kabur,cis!!



   Mulalah kenangan dengan diorang dok menari haa dalam ingatan ni.Sempatla jugak tadi dok belek-belek beberapa wasiat n tinggalan sejarah daripada sahabat-sahabat aku yang pelbagai kerenah ni haa.Tetiba terasa rajin pulak nak post pasal diorang malam ni.


   First of all,this is Syiqin's writing.Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah tulisan dia Syiqin ni kawan sekolah rendah aku a.k.a jiran lorong umah aku.Salah satu geng sekepala yang masih belum lost contact..haha.Dia rajin datang rumah aku huhu aku pulak palinglah liat kalah tanah liat nak datang umah minah ni hehu.


   Naik sekolah menengah pulak mulalah kawan dengan balqis nabilah salimin,panggil babal. Dia ni perangai gila-gila sikit.Sekali masuk mood jiwang dia boleh berbulu beb telinga mendengarnya.Geng pengawas(kp) yang sempoi n nakal. Aku paling suka dengan tulisan mak cik ni..kreatif versi budak budak punya tulisan.


   Ni yana bagi aku.Yana ni sangatlah lembut n sopan.Orangnya lawa tulisan pon lawa.Kreatif dia memang tahap tiptop laa.Pernqh tengok rancangan 'finger tips' kat TVIQ tak??Haa macam tulah kreatif dia.Nak tau,dia pernah dapat cincin daripada seseorang kat dalam hutan.Uisyy bila teringat balik peristiwa tu aku rasa macam nak suruh je misteri nusantara datang siasat.Btw,lawa gilerr dowhh cincin tu.


   Ni pulak dari kak shera omeyy.Kakak dorm paling sporting pernah aku ada.Suka sangat menyakat si aimi jumjumah haha.Kekadang hobi kami berbalas poke kat fb hahha tak de kejer punya pasal.


   Inilah dia karya seni dari si Aimi jumjumah.Ust Gabr lah yang bagi dia gelaran jumjumah sebab keding sangat macam tengkorak dalam lab tu.Budak ni badan je kecik tapi makan banyak plus kuat membebel.Kalau dia dengan kak shera bergambung dalam dorm tu boleh meletup dek keriuhan mulut diorang ni haa.


   Ima imot!!!Selalu tegur dia macam tu dalam ws.Ima sangatlah pemalu depan lelaki tapi kalau dengan kitorang hrmm budak tadika pon kalah hehu.Behave!! Sekali dia tegas haaa semua orang tabik spring tak berani nak bantah..memang patutlah mak cik ni jadi kp.Lagi satu dia ni otak sastera, pandai berkarya kalah cikgu bm.Form4 dia pindah kisas...hebatkan..


   Aku suka sangat lepak dengan budak Syafira kecik ni.Kami panggil dia syaf lepas cerita 'sebenarnya saya isteri dia'..Kalo dia ni dengan babal duduk lepak sesama memang tak sah kalau tak borak pasal detective conan.Kadang-kadang aku pon tumpang sekaki hehu.Bestlah kawan dengan mak cik ni...mulut becok.Kalau aku naik ktm,masa announcement da sampai batang benar mesti teringat dia sebab rumah dia kat situ.


Seterusnya,ini dari atiqah yang gebu n comel.Hatinya as soft as tissue.Sangatlah setia orangnya.Dia paling pantang kalau tudung effect.Memamang lamalah kalau mak cik ni dok depan cermin.Seorang yang sangat penyayang.


   Ni pulak kerja bebudak ahli usrah aku laa..main permainan pepagi jumaat.Antaranya atiqah,bell syaf n...siapa lagi ekk huhu tak ingat.Rindu lerr nak usrah dengan deme lagi!!


   Ni nukilan daripada adik dorm aku yang bernama izzah waktu aku nak pindah sekolah.Dia ni memang pandai melukis.Ramai laa jugak mintak khidmat lukisan daripada dia ni haa.Aku pernah tengok sketch book dia..sebijik woo macam animie-animie dalam komik jepun.


   Masuk sekolah baru dapat berkenalan dengan gadis kelate ni.Naillah ni lembut sangat orangnya tapi kalau nak puji dia jangan depan-depan..boleh muntah hijau gamaknya.Malam-malam spm aku memang selalu lepak dengan mak cik ni.Penat study mulalah borak benda yang merepek-repek.Dia selalu la mengadu kat aku pasal 'jiran' dia.Naillah..buat nasi minyak jangan lupe jemput tau..hehu.

   Ini pulak dari nadhirah.Satu satunya kawan dari form 1 sampailah form 5.Kadang-kadang kalo rindu sekolah lama mulalah kami meroyan berduet haha.Budak ni hot n cun..ramai kott peminat dia.Kalah aku hehu...



   Bangun-bangun je pagi spm bukak loker terus nampak benda ni.Nasib tak banjir depan loker tu terharu punya pasal.Sweetnya adik adik dorm aku ni...tq awaokss semua lup u so much.


   Anis ni form 4 baru sama cam aku kat smap.Budak rumah biru (AU).Minah ni sangatlah sengal.Memang tak kering gusilah kalau duduk dengan mak cik sorang ni.Sarkastik plus happy go lucky.


   Flyers ni darpada dawi.Form 4 dawi pindah sbpi jempol.Aku memang rajin berbalas flyers dengan dia ni.Dawi sangatlah suka melompat kalah monyet dalam hutan.Dulu aku lagi tinggi daripada dia tapi naik f3 dia lagi tinggi dari aku...mungkin sebab hobi dia melompat ..kott hehu.Salah seorang koop-mate aku selain daripafa aimi jumjumah.


   This is gift from my new friend,Nanako Asakura.Student jepun dari mukogawa school.Patner aku masa pertukaran pelajar.Comel sangat nanako ni...tapi susah sikit nak borak dengan dia ni sebab dia tak berapa faham english.Btw sangat best dapat kenal dia.

   Disamping itu,for my tutor akaun yang tak bertauliah, farhana ha..ha..hasshimm(adeyy terbersin pulak)hehu.My deskmate and sangatlah rajin berebut kipas dengan aku.Suka membebel tapi seorang yang penyabar...lagi lagi masa ajar aku akaun.Nasib aok lerrr dapat mentee yang banyak tanya macam ana ni.Mak cik ni semangat dia memang waja betul dan suka bagi semangat dekat orang lain.Dia ada kembar yang bernama farhani.Naik form5 aku rajin lepak dorm budak nih...kadang2 tido je teros kat dorm dia.Orang selalu kata kitorang ni selalu bersweet-sweet..aku pon tak paham kenapa,,nak kata aku selalu bagi dia gula tak pernah pulak..erkk!

   Last but not least,,haaaa siapa tak kenal muna hajar binti roslan kat sekolah dulu..isy3 memang rugi laa.My destmate gakk.Seorang yang saaaaangat pemurah,,suka belanja aku dan kengkawan.Ummu hurairah gelaran eh sebab suka sangat kucing.Selain itu dia ni merupakan tauke gau..pengedar air di smapk haha..kecik2 dah rajin berniaga,bagos bagos.(Btw banyak lagi barang yang dia jual).Muna ni sangatlah suka loyar buruk lawak hambar...nasiblah aku ni rajin gelak(nanti kesian pulak tak ada sesiapa nak gelakkan).Walaubagaimanapun,bagi aku bila pandang mak cik ni mesti akan tenang n teringat akan Allah..istaqamah dia memang aku tabik spring.Rindulah mak cik ni.

p/s:Alaa sorry lah muna n farhana... korang punya artifak tak dapat dikesan...puas den selongkar kahzanah-kahzanah alam dalam kotak tu).So untuk korang ana buatkan desc panjang sikit..hehe.

   In the nutshell,moga persahabatan kita diberkati-Nya n kekal till jannah.Sekolah rendah thank you for de sweet moments.Sekolah menengah (f1-f4) terima kasih sebab perkenalkan aku dalam medan tarbiyyah n dakwah.Sekolah menengah (f4-f5) pula terima kasih kerana telah mewarnai n menguatkan lagi proses pentarbiyyahan untuk diri yang lemah ini.Maaflah sebab tak dapat mention semua.

P/s:Maaf jika ada terslack bahasa,mohon ditegurin.Peace..






Saturday 9 April 2016

SiLat


Tempat:Centre court Paroi,N9
Tarikh:9 April 2016
Kes:Pertandingan Silat Cekak Ustaz Hanafi Nasional

Hari ni aku pergi pertandingan silat!!Tapi bukan sebagai peserta lah.Hehu.Aku jadi penyokong untuk adik-adik junior smap.Tahun lepas aku masuk tapi tak de rezeki nak menang..huhu.

Tahun ni N.Sembilan jadi tuan rumah so disebabkan aku orang noghri dan kebetulan tempat tu memang dekat dengan rumah aku pergilah untuk beri semangat kepada mereka.


Dengar-dengar daripada jurulatih usaha diorang tahun ni berlatih memang terbaiklah.Malam before pertandingan pon diorang still training sampai pukul 12 lebih. Memang bersungguh-sungguh betol.Maklumlah nak bersaing dengan sekolah yang dari dulu memang hebat iaitu mana lagi kalau bukan SMK Taman Kosas.Heh memang diorang hebatlah sebab habis kebanyakkan mereka rembat pingat emas. Huhu.Tak pe smap..tahun depan korang boleh buktikan smap memang hebat..bagi saingan pada mereka,, yeahh hidup smap.

Selain bagi semangt pada diorang,aku dapat jugak jumpa cikgu farhana dan cikgu zurial yang jadi guru pengiring budak smap.Seronok dapat jumpa and borak dengan cikgu.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlid penutup. Huhu berdebor nak tau siapa pemenang.

Alhamdulillah smap dapat 2 perak and 7 gangsa.Emas tak dapat sebab semuanya dirembat oleh kosas... Huhu.Tapi kira ada peningkatanlah untuk smap daripada tahun lepas,right?

Paling tak kami sangka bila anugerah pesilat harapan putera dianugerahkan kepada Ahmad Danial iatu....pelajar smap!!!! Hoooooo alhamdulillah.Hebatlah korang...!!Amacam kosas,tergugat tak?? Ehe.

Aku tengok abang fadzul(main coach) sengih sampai ke telinga.Haha abang Hasan pon happy. Berbaloi betul mereka ajar budak smap siang malam. Haha terbaiklah jurulatih2 smap semua.Thumbs up.

Tahniah aku ucapkan kepada pelajar2 silat smap.Alhamdulillah semua dapat pingat kecuali seorang(tak pe dik tahun depan kita usaha sungguh-sungguh lagi eh). For yusof n zati(pengerusi n naib pengerusi) yang tak join pertandingan tahun ni sebab sakit kaki..takpe tahun depan korang ade lagi.

Congratulationss for all coach smap too!!!Abang Fadzul,Abang Hasan,Kak Ummi,Kak Niena,Kak Zie,Abang Faiz,Abang Joe,Kak Yus n jurulatih yang lain (maaf tak mention sebab lupo nama huhu ingat muko jo). Tanpa abang2 n kakak2 semua susah na dapat peningkatan yang memberangsangkan ni.

Lepas ni kita struggle lagi tingkatkan mutu n kualiti silat bukan sahaja untuk pertandingan pada tahun depan tapi untuk kebaikan diri kita jugak ye. All the best.Tahun depan pertandingan kat selangor enn hehe buat yang terhebat tau.Aku sentiasa doakan korang. Bagi sangain sengit pada smk tmn kosas n smk tasik permai.Btw jangan lupa tunjukkan nilai murni sebagai pelajar sekolah agama ekk.Niat pon penting gakk. Jaukan diri daripada riak,takabbur n seangkatab dengannya haa.Eh panjang pulak aku membebel..

Last but not least, ingat Allah ingat rasul, sayang cikgu sayang warden,kasih ibu bapa kasih semua.. Haha sentiasa ingat tau quotes utz Bak tu.All da best, beat da rest.


We belive that smap can win!!

Abang Fadzul(baju merah) bagi kata semangat.

Bendera smap.

Pesilat puteri.




Wednesday 6 April 2016

Cuaksss


Tempat:salah sebuah sekolah sbp
Tarikh:3 mac (maybe)
Kes:pengumuman keputusan Spm

   "Antara pelajar yang berjaya mendapat 10 A dalam Spm ialah.."kedengaran pengurusi majlis memanggil nama nama pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang naik ke atas pentas.

   Berdebar-debar Sal mendengar nama nama yang diumumkan.

   "Noor Asyikin Nordin".

   "Bukan nama aku",bisik Sal.

   "Anis Azreena Rosli".

   " Bukan juga"Sal menenangkan dirinya.

    "Syarifah Farah Hanim ".

   " Bukan",Sal geleng kepala.

   "SAL BINTI AMAT".

   "Buk..eh aku?Aku??Sal binti Aammaatt..aku..aku lah tu!!" bulat mata Sal.Tak percaya namanya dipanggil.

   "Sal.. Sal.."Sal terdengar orang memanggil namanya. Kemudian dia rasa ibarat sekelilingnya berputar. Eh bukan berputar tapi bergoncang.

   Sal..oii Sal bangunnn laa.Pukul berapa ni nak kena pergi sekolah ambil result?"Kedengaran mak mengejutkannya.

   Tegak terus badan Sal. Terpinga pinga dia memerhatikan sekeliling. "Heh mimpi rupanya.Alaaa..." Sal merungut.Bestnya kalau mimpi tu betul..

   Majlis start pukul 9 pagi.Sal yang sudah tercenguk di tepi kereta menjeling jam phone.Pukul 8.30 pagi daa ni,, sempat ke na sampai sekolah ni.Ambik masa sejam kott na sampai sana.

  "Huh tulah siapa suruh liat sangat nak bangun tadi",omelnya menyalahkan diri.

   Tak yah na jadi macam monyet tergigit cili lerr.Result tu kecoh je na keluar pukul 9 or 10.Sedangkan nanti mesti umum dalam 11 lebih gitu.

   Sal terbaca beberapa status dalam facebook lebih kurang ayat macam di atas jugaklah.Sal mencebik.

   "Sekolah aku lain. Memang kena datang awal sebab ada majlis graduationlah untuk kitorang. Putih matalah aku kalau tertinggal majlis tu.Say bubbye tu jubah,topi petak and bunga ros.Huh",dalam asyik Sal mengomel kelihatan ayahnya keluar dari rumah.

   "Ok jom".

   Terus Sal melompat masuk dalam kereta. Amboi gelojohnya.Tiba-tiba dia rasa ada orang bermain drum dekat jantung plus rasa perut kena serang rama- rama.Sal cuba untuk melelapkan matanya supaya dapat hilangkan debarannya.Terkumat kamit mulutnya berselawat menenangkan hati jiwa dan raga."Nih aku tengah naik Pesona ke f1 nih. Laju bak hang ayah aku bawak".

   Sebaik sahaja sampai di perkarangan dewan sekolah, mereka terus menapak masuk ke dalam dewan.

   Setelah Sal menyarungkan jubah terus dia mengambil tempat di sebelah Ain sebab situ je tempat duduk yang kosong.

   Akhirnya dapat jugak bergaya dengan baju ni hehu.."seloroh Sal dengan Ain sambil tersenigh-sengih macam kerang yang da expired.

   Sibuk mereka berselfie sebagai kenangan sampai ucapan cikgu-cikgu di atas pentas tak lekat pon kat telinga.Tahu-tahu da kena bangun beratur untuk amik cenderahati hati dari pihak sekolah sempena graduation day mereka.

   "Yeah dapat bunga ros,"Sal teruja sebab tu laa first time dapat bunga daripada lelaki. Ok jangan salah faham eh sebab yang sampaikan hadiah tu Mr pengetua.Hehu.

   Senyuman Sal serta mera hilang sebaik sahaja teringat yang selepas itu result spm akan diumumkan.

   "Hailah rama-rama time nilah kau nak berpesta dalam perut aku enn",omel Sal sewaktu pengacara majlis mula mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Pelajar yang mendapat 9A ke atas disuruh untuk menaiki pentas.Tayang muka hehu.

   Out of the blue, Sal berasa macam diserang dejavu sewaktu nama yang mendapat 10A diumumkan.Mimpi tu!!Bulat mata Sal.Sebijik! Pelanduk dua serupa!

   Baru Sal perasan memang tempat duduk sama,,pengerusi majlis yang sama dan nama yang...

   "SAL BINTI AMAT".

   "...sama!!!That's my name.Subhanallah Alhamdulillah".

   Pelajar-pelajar yang dipanggil ke atas pentas perlu tunggu kat atas tu. Tak boleh turun. Membuatkan pentas sesak dengan lautan pelajar yang berwajah ceria+gembira+air mata.

    "Upsr 4A1B,Pmr 8A1B,Spm 101B.Hmm aku dengan B berpisah tiada.Apa yang penting result UPSR dan PMR dah mengajar aku erti syukur buatkan perasaan kecewa dilarang bertapak dalam jajahan hati ini.Alhamdulillah",Sal bermonolog sambil senyuman tidak lekang di bibirnya.The end..

 
   Moga kisah yang tak berapa nak nyata ditambah dengan perisa tambahan ni dapat bagi pengajaran kepada anda..yes anda yang sabar membaca post yang aq rasa..macam panjang je.Berbalik kepada tajuk post ini dan hari tu. Kenapa cuaks+ss dan cuaksss??

Entry cuaks+ss mendapat namanya kerana aku menggabungkan upsr dan pmr dalam entry yang sama.Kiranya formulanya macam ni:

Cuaks(upsr)+Cuakss(pmr)=Cuaks+ss

Haa gempak enn idea aku (ceh..perasan).Manakala cuaksss pulak khas for my result spm.Kiranya 'S' tu macam menunjukkan ketakutan aku laa time nak amik ketiga-tiga eesult ni.Hehu.So da conclusion is....

Conclusion:Semakin penting sesuatu exam itu,semakin gerun untuk seseorang mengetahui result mereka.

   Heh boleh terima tak konklusi aq ni??Hehu.Nak tahu result exam dunia pon cuak gilerrss..AGAKNYA RESULT EXAM AKHIRAT NANTI MACAM MANA EH?? Tersedak sudu.