Wednesday 14 June 2017

Ceritha 4

   "Sampai hati kau nak tinggalkan aku",rajuk Hana.

   "Alaa pindah sekolah je pon.Nanti aku cuti kita jumpalah",balas Farah.Pindah ke sekolah SBP memang angan-angan Farah dari dulu lagi.Pernah dulu,lepas dapat keputusan UPSR dia mohon.Tapi tak dapat.Bak kata Hana tak ada rezeki.

   Bila result PMR keluar,Farah terus seret Hana sekali untuk isi borang masuk SBP.

   Bagi Hana pula dia memang tidak gemar duduk di asrama. Rimas.Banyak sangat peraturan.Dia ada juga dapat tawaran masuk ke SBP macam Farah.Satu sekolah lagi.Tapi nak buat macam mana,dia memang tak minat.Bila Farah dapat dapat tahu Hana tolak tawaran tu,merajuk seminggu dia.Lagi pon belajar kat mana-mana sama je..kan?

   "Nanti aku nak kawan dengan siapa?"

   "Haa tulah kau hari tu dapat tawaran hang pi tolak.Kau ni pon janganlah anti social sangat",ungkit Farah geram.

   "Kau tak takut ke nanti masuk asrama kena buli?"

   "Buat apa nak takut.Aku masuk sana nanti terus jadi senior.Budak bawah nak buli form 4 macam aku ni,cermin diri laa dulu.Tengok-tengok nanti aku yang buli diorang",Farah gelak jahat.

   "Amboi.Kau jangan lupa form 5 pon ada kat sekolah tu",Hana masih lagi tak berputus asa nak menakutkan Farah.

   "Apa kesah.Diorang nak buli aku yang ayu,cantik lagi menawan ni.Cikgu ada.Report je laa kat depa",balas Farah acuh tak acuh.

   "Eeh budak ni.Tadi bukan main nak buli jenior.Alih-alih bila dia yang nak kena buli pandai pulak nak report kat cikgu",omel Hana.Keluhan dilepaskan.

   
"AYAH BOLEH tak Ana nak pindah sekolah?"

   "Sekolah mana?"

   "Private school".

   
   SUASANA BARU itu diperhati dengan pandangan kosong.Langkah diatur ke pejabat sekolah.

   "Ye adik?Boleh saya bantu?"tegur seorang kerani sebaik sahaja aku berdiri di hadapan kaunter yang bertulis pengurusan.Terangkat kening Hana.Dia ni lelaki ke perempuan?Gaya pakaian macam lelaki tapi bila bercakap terlentok-lentok macam Mak Jemah.Kepala cepat -cepat digeleng.Buat apa kau nak sibuk Hana?

   "Pelajar baru",ujar Hana dengan sedikit senyuman.

   "Follow me."

   Sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik guru,Hana di bawa ke meja cikgu yang bernama Ali.

   "Ok this is your guru kelas.Anything just ask him",Hana hanya mengangguk.

   "Hana right?"

   Angguk lagi.

   "Saya cikgu Ali.Awak akan ditempatkan di kelas 4B."

   "Aik macam nama gred pensel pulak",getus hatinya.Hana perhatikan muka guru kelasnya.Macam Alvin Chong.Tapi nama Ali.Chinese muslim kali.

   "Faris,sini kejap",Cikgu Ali memanggil seseorang yang kebetulan lalu.

   "Yes sir?"

   "This is Hana.Our new student.Dia sekelas dengan awak so tolong tunjukkan kelas ye."

   "Alright sir."

   "Hana,welcome to our school.Aku Faris ketua kelas 4B.Jom ikut aku",Faris perkenalkan diri.

   Hana hanya membontoti Faris sambil matanya leka memerhatikan suasana sekeliling.

   "4B stand for apa?"

   "Gred pensel."

No comments :