Wednesday 14 June 2017

Ceritha 10

PELUH DI DAHI dikesat menggunakan hujung lengan baju.

   "Mat ganti tempat aku",laung Danish.Kayu berbentuk L itu diserahkan kepada Mat sebelum keluar gelanggang.100 plus entah siapa punya kat tepi gelanggang disambar lalu diteguk rakus.

   Jam di tangan sekilas dikerling.Enam dua puluh petang."Woi aku  naik asrama dulu",laung Danish kepada rakan-rakanya yang masih lagi leka bermain hoki.Kelihatan beberapa orang angkat tangan membalas.Perlahan langkahnya diatur ke asrama putera.

   Tubuhnya dihempas ke katil sebaik sahaja sampai di biliknya.Matanya ditala ke arah kipas syiling yang berputar laju.Nyaman.Angin yang mengenai badanya membuatkan matanya mula terasa berat.

   "Bro,nak maghrib dah ni. Bangun, bangun. Mandi sana,"tegur Amin.

   "Bangunlah kamu sebelum kamu dibangunkan",ucap Amin sambil menggaraukan suara bila tengok Danish masih tak bergerak.

   Lambat-lambat Danish bangkit dari baringnya.

   "Macam malaikat maut dah aku dengar",usik Danish.

   "Tau takut",sengih Amin.Rambutnya yang masih basah diramas guna tuala.

   "Tadi aku ambil kau punya shampoo sikit.Terima kasih."

   "Hmm."Danish membuka lokernya lalu tuala dicapai.

   "Tapi kenapa rambut aku ni kasar semacam je ekk lepas pakai kau punya Rejoice tu.Kat iklan bukan main kata,guna jari pon boleh",ujar Amin siap buat gaya lagi.

   "Oh.Botol kecik tu eh?"

   "Ha'ah".Amin perasan Danish dah sengih sampai dahi."Nape?"

   "Hari tu botol sabun shaver yang aku baru beli pecah.Sayang nak buang isinya.Alang-alang botol rejoice tu kosong,aku taruklah dalam tu",terang Danish selamba sambil selipar disarung ke kaki.

   Melopong Amin mendengarnya.Danish pula mengekeh ketawakannya.

   "Woi rosaklah rambut aku yang macho ni.Gugur rambut aku siap engko."

   Danish cepat-cepat menapak menuju ke bilik air.Makin kuat tawanya.

DANISH MENCAPAI jam loceng Amin yang dari tadi menjerit minta dilayan.Butang off ditekan mendiamkan jam yang macam dah nak hilang suara itu.Bateri nak habis agaknya.

   "Hoi kau kunci jam ni nak bangun ke?"Danish mengejut Amin bangun.Entah kenapa budak si Amin ni kunci jam pukul empat setengah pagi.

   "Emm..setengah jam lagi kejut balik",balas Amin dengan suara yang serak lalu muka ditekup dengan bantal busuknya.

   Pukul empat tadi dia dah bangun.Matanya ini memang automatik akan terjaga sekitar pukul empat pagi.Mungkin sebab terikut gaya alongnya dulu yang suka study awal-awal pagi agaknya.Sewaktu dia darjah empat, alongnya tingkatan tiga.Empat pagi bilik along mesti sudah terang-benderang.Danish yang memang berkongsi bilik dengan along biasanya akan terjaga bila lampu dihidupkan.Lama-lama dia jadi terikut untuk study sama.Maka sejak itulah tabiat bangun awalnya bermula.

   "Yelaa".Pembacaannya yang tergangnggu tadi disambung semula.Baru otaknya mahu menghadam maksud sebaris ayat yang dibaca dalam buku teks ekonomi,bunyi pintu dibuka menarik perhatiannya.

   "Oh Hafiz",getus hatinya.Kelihatan Hafiz menghamparkan sejadah.

   "Rajin betul si Apiz ni qiam setiap hari",puji Danish dalam hati.Rutin Hafiz setiap pagi itu sudah diperasannya sejak awal dia masuk situ.
   
   Selalu sahaja Hafiz mengajaknya untuk solat sekali.Tapi dia selalu bagi alasan nak study.Lagi pon qiamullail bukanya wajib..kan?

   Malas nak fikir,Danish menghadap buku ekonominya semula.

   "Belanjawan negara boleh mengatasi masalah inflasi dengan.."

No comments :