Thursday 26 May 2016

Bab7



  KAKINYA MELANGKAH MASUK ke dalam kelas.Mata Syafira terus tertancap ke arah seseorang yang sedang duduk di sebelah mejanya.Seorang pelajar Cina.Lelaki.Syafira garu kepala.Ada orang rupanya meja sebelah aku ni.

   Hari ini merupakan hari kedua Syafira di sekolah barunya ini.Semalam meja sebelahnya tidak berpenghuni."Mungkin dia ni kot deskmate aku",getus hati Syafira mengagak.

   "Hai",tegur Syafira cuba beramah mesra.

   Pelajar itu mengangkat muka lalu melemparkan pandangan kosong ke arah Syafira sebelum kembali tunduk menghadap buku.

   "Nama aku Syafira.Syaf",Syafira masih cuba berbasi-basi.

   Diam.Tiada reaksi.

   Oitt sombongnya mamat ni.Syafira mencebik lalu memerhatikan suasana kelas.Cikgu tak masuk lagi.Dia menopang dagu.Bosan.Tak tahu nak buat apa.

   "Lee".

   Terangkat kening Syafira.Ada orang bercakap ke tadi.Dia toleh ke kiri.Kelihatan mamat cina tersebut sedang memandangnya."Huh?"

   "Nama aku Lee",ulang Lee.

   "Ooo",balas Syafira tersengih sambil garu kepalanya.Lambatnya respon.

   "Kenapa masuk sini lambat seminggu?"Tanya Lee masih lagi memerhatikannya.Sememangnya sesi awal persekolahan sudah bermula seminggu yang lalu.

   "Baru sampai sini minggu lepas.Jet lag",beritahu Syafira membuatkan Lee pelik.

   "Sekolah mana dulu?"

   "Australia".

   "Huh.Banyak la kau punya jet lag.Beza sana ngan Malaysia 2 jam je kot".

   "Tetap ada beza jugak kan",ujar Syafira tak nak kalah.


   "Kenapa pindah sini?"


   "Atuk aku.Dia suruh duduk Malaysia sebab aku liar dekat sana.Selalu balik rumah lambat.Sekolah selalu ponteng.Aku selalu lepak dengan kawan yang ntahpape blablabla and now im here",beritahu Syafira dengan muka bosan.


   Belum sempat Lee membuka bicara,Cikgu Farah melangkah masuk mematikan perbualan.

   "Memandangkan kelas kita kali ini pada waktu pagi,saya tahu otak kalian semua ni masih fresh lagi.Jadi saya nak korang mengarang sebuah karangan tentang keluarga selama sejam setengah",Cikgu Farah memberi arahan sebaik sahaja beliau membenarkan mereka duduk setelah menjawab salam.

   "Habislah aku.Bahasa Melayu aku berhabuk dah lama tak guna", keluh Syafira.

   Rakan-rakanya yang lain sudah mula tekun memulakan tugasan yang diberi.Syafira mengerling ke arah Lee.Kelihatan Lee tunduk sudah mula menulis.

   Bedal aje lah Labu.Baru sahaja dia hendak mula menulis kedengaran bunyi kerusi ditolak ke belakang.Kelihatan Lee terus melangkah keluar daripada kelas sambil menundukkan wajahnya.Pergi tandas kali.

   Syafira tersengih lebar.Peluang ada di hadapan mata.Sememangnya dia mempunyai banyak idea untuk menulis tetapi kekurangan kosa kata.Dia menjeling buku Lee.Mungkin dengan membaca karangan Lee sedikit sebanyak dapat bagi sedikit ilham atau beberapa kosa kata yang menarik.Syafira memerhatikan ke luar kelas.Okey line clear!Terus Syafira mencapai buku mamat tersebut lalu membukanya.

   Hanya empat baris yang sudah dicoretkan oleh Lee di dalam bukunya.Tulisan yang ditulis menggunakan pen itu pula ...kembang?Terpempan Syafira melihatnya.

   "Lee nangis?"



   SYAFIRA MELANGKAH KE luar pagar sekolah dengan fikiran yang berserabut memikirkan Lee.Lepas Lee keluar dari kelas BM pagi tadi,dia langsung tak kembali semupa ke kelas hinggalah tamat sesi persekolahan.Missing in action.

   Matanya terarah ke arah restoran KFC terletak di hadapan sekolah.Kedengaran perutnya sudah mula berkonsert.Terus langkahnya menuju je restoran tersebut.

   Setelah memesan makanan matanya meliar mencari tempat duduk kosong.

   "Eh macam Lee je tu",matanya terhenti ke arah satu meja di sudut hujung restoran.Laju dia melangkah ke arah meja tersebut.

   "Apahal ponteng sekolah?"Tegur Syafira lalu duduk menghadap Lee.Kelihatan Lee sedang leka memerhatikan gambar di dalam kameranya.Wajahnya dilindung dengan  topi merah yang dipakai.

   "Kau okey tak?"

   Diam.

   Syafira hanya menjungkit bahu.Tidak faham akan kerenah kawanya yang seorang ni.Makanan yang dipesannya tiba.Terus dijamahnya tanpa menghiraukan Lee lagi.Sudah orang tu tak nak cerita masalahnya,buat apa nak menyibuk ambil tahu.

   "Gelojohnya.Dekat Australia memang tak de KFC eh?"Lee bersuara tak bernada.Tiba-tiba.Terangkat kening Syafira.

   "Ingatkan bisu tadi",balas Syafira sarkastik.

   Lee menanggalkan topi yang dipakainya lalu memandang Syafira.Terkejut Syafirah melihat mata Lee merah.Macam baru lepas nangis.Mukanya pun kelihatan pucat.

   "Pehal tengok aku macam tu?Macam nampak alien baru turun dari UFO je gamaknya",tegur Lee.

   "Kau okey ke?Sihat tak ni?Pucat je muka tu aku tengok".

   "Lupa nak pakai make up tadi",jawab Lee acuh tak acuh.

   Syafira memberi jelingan maut."Orang tanya betul-betul dia main-main pulak.Kau ponteng eh tadi?Entah-entah semalam kau tak datang sebab ponteng jugak",teka Syafira serkap jarang.

   "Aku lepak bilik sakit la.Tiba-tiba je maigrain melawat kepala aku tadi",balas Lee sambil memberi senyuman.Hambar.Nikon yang dipegangnya dihulurkan kepada Syafira.

   Setelah Syafira membersihkan tanganya yang kotor dengan tisu,disambut huluran Lee.Matanya tertancap ke arah screen yang menayangkan gambar sepasang suami isteri tersenyum mesra.

   "Siapa?"

   "My mummy and daddy".

   Syafira angguk.Adalah sikit iras wajah meraka dengan Lee."Kenapa dengan mak ayah kau?"

   "Divorced.Semalam".


   
   SEJAK DARIPADA KEJADIAN tersebut mereka mula rapat.Pernah sekali Syafira bertanya kenapa parent Lee bercerai tapi Lee hanya mendiamkan diri.Lepas tu dia dah tak berani hendak bertanya lagi soalan sensetif tersebut.Serba salah.

   "Uitt lamanya termenung.Sampai Australia dah ke?"tegur Lee.

   "Terkenang balik kenangan kita dua tahun lepas".Syafira tersengih.

    "Ooo",Lee tersenyum pahit.

   "Kau nak tahu kenapa diorang bercerai?"tanya Lee tiba-tiba.

   Nak angguk ke nak geleng.Syafira berkira-kira.Last-last dia hanya menjungkit bahu.

   "My mom dia nak masuk Islam.My dad tak boleh terima.Lepas mereka divorce aku ikut ayah aku,adik lelaki aku ikut mak aku",ringkas Lee beritahu.

   Jeda.Syafira tak tahu nak beri respon apa.

   "A month after that,dengar cerita adik aku pon ikut langkah mak aku.Sejak tu aku mula tertarik nak tahu apa yang ada dalam Islam sampai mom and adik aku tertarik.Then,bila aku start kenal Aisyah and mula rapat dengan kau keinginanan untuk mendalami Islam tu makin kuat",lanjut Lee sambil melepaskan nafas berat.

   "Harap persoalan kau tentang buku tu dah terjawab",bicara Lee.Syafira hanya tersenyum.
   

Wednesday 25 May 2016

Bab6



   Berkeriut bunyi buaian disebelahnya tanda ada orang duduk.Amril tidak mengendahkan sambil matanya leka meniti baris -baris ayat surat daripada sepupunya.Tahu dah siapa.

   Bunyi gitar dipetik menarik perhatian. Terangkat kening Amril mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Syafira. Bunkface.


   Haillaaa berkonsert lah pulak minah ni.Nasib suara sedap.Leka Syafira menyanyikan lagu itu tanpa mempedulikannya.


   Malam ini kita punya...,


   "Belum malam lagi lah cik kak oii. Baru pukul lima petang ni",celah  Amril sengaja mengusik. Terhenti Syafira melalak.Tersengih dia.


   "Seronok?"Tanya Amril. Almaklumlah orang baru lepas habis SPM. Semalam paper ekonomi. Last paper katanya.


   Tersengih Syafira sambil menaikkan kening dua kali.


   Kalau rasa gembira main gitar...


   Kedengaran gitar dipetik lagu.Lagu budak-budak pulak dah.Tergelak dia melihat telatah Syafira


  Kalau rasa gembira beginilah caranya.. 

  Kalau rasa gembira main gitar..

   "Hehe. Sedap tak suara aku ",tanya Syafira mengakhiri nyanyiannya.


   "No comment ",Amril jungkit bahu malas nak puji.Kembang tak kempis-kempis nanti kalau dia puji minah seorang ni.


   "Surat dari matahir ke?" Selamba Syafira bertanya sambil dia memetik gitar entah rentak apa agaknya. Random.


   "Cousin akulah".


   "Sweetnya berbalas surat.Nasib tak bersemut surat tu",usik Syafira lagi.Gitarnya sudah dibaringkan ke atas riba. Wajah Amril pula menjadi tumpuan Syafira.


   Amril jungkit bahu.Surat itu dilipat sebelum disumbatkannya ke dalam poket.


   "Serius ke tak ada siapa pernah kata muka kau macam Afgan",terpacul soalan dari mulut Syafira yang masih lagi tak lepas memandangnya.


   Geleng .Pelik Amril dibuatnya.Berapa kali dah perempuan tu menyatakan mukanya ada iras penyanyi yang berasal dari Indonesia itu. Pernah juga sekali dia bertanya perihal tersebut kepada Syah.Bukan setakat menidakkan, boleh pula Syah menyamakan mukanya dengan bangla yang selalu berlegar-legar menjual karpet di kampungnya.


   "Mungkin sebab lesung pipit kot".


   Dalam diam Syafira mengiyakan.Agaknya. Amril memang mempunyai lesung pipit yang dalam di kedua belah pipinya. "Gaya rambut kau pon dah macam  gaya dia",Syafira menambah.


   "Saja je aku tanya.Mana tau kau ada pertalian darah ke dengan dia".


   "Memang Afgan sepupu aku pon",tersenyum bangga  Amril memberitahu.


   Jatuh rahang Syafira mendengar pernyataan tersebut.Terhenti niatnya yang baru sahaja hendak  memetik gitar.


   "Surat tadi tu dia yang bagi",tambah Amril.Makin lebar senyumannya . Terus dia mengangkat punggung untuk pulang ke rumah.


   "Betul ke?"Jerit Syafira inginkan kepastian sambil mengekori langkah Amril .Teruja bercampur ragu-ragu dia dibuatnya.  Puas dia bertanya itu ini. Boleh pulak Amril buat tak tahu.


   "Rasa-rasa kalau aku hempuk gitar ni kat kepala kau nak tak kau bagitahu,"ujar Syafira yang sudah mengangkat gitarnya.


   Cepat-cepat Amril pecut meninggalkan Syafira keseorangan. Mengelat.

  


   LEE LEPAK JOM",ajak Syafira sebaik sahaja talian sebelah sana bersambung.

   KFC depan sekolah.Sepuluh  minit aku sampai sana", laju saja Lee bersetuju.


   Laju Syafira capai kunci scooter biru miliknya. One direction sedang melalak di telinga ketika dia sudah sampai di hadapan restoran KFC. Sempat dia menjeling cermin tepi membetulkan rambutnya yang serabut dek angin ketika memecut scooternya ke situ.


   Lee tak sampai lagi.Jauh. Rumahnya pula memang dekat dengan sekolah. Kalau pecut memang lima minit sudah boleh sampai.Selalunya dulu sewaktu habis sesi persekolahan Syafira dan Lee akan sama-sama lepak di KFC hadapan sekolahnya itu.


   Syafira terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan sebaik sahaja melangkah masuk. Kemudian dia memilih meja paling  hujung penjuru belah kanan restoran.


   Lee melabuhkan punggung di kerusi hadapannya semasa makanan yang telah dipesan oleh Syafira sampai.


   "Aku dah pesankan untuk kau sekali",beritahu Syafira yang sememangnya sudah tahu makanan apa yang digemari rakannya itu.


  "Terima kasih",ucap Lee tersengih sambil meletakkan kamera Nikon yang dibawanya ke tepi.


   "Kau tertumpah minyak wangi kat baju  ke apa?"Kembang kuncup hidung dibuatnya . Wangi betul mamat ni.


   "Aku baru lepas mandi. Nasib kau ajak aku keluar kalau tak seharian aku tak mandi. Malas",ujar Lee bersahaja.


   "Habat",Syafira mencebik."Dari tadi aku tengok mata kau dokk melilau je.Cari siapa?"


   "Ok target dikesan",tersengih sampai telinga Lee sambil kelam kabut tangannya mengambil Nikon yang tadi diletakkan di penjuru meja. "Syaf cover aku ",terus Lee menyasarkan lensa Nikon ke arah belakang Syafira.


   Terangkat kening Syafira melihat gelagat rakannya.Kepalanya ditoleh ke belakang.Patutlah siap berminyak wangi bagai. Nak usyar minah tu rupanya.Geleng.


   Kelihatan Aisyah dan seorang temannya sedang memilih menu di kaunter.Jam ditangan dikerling.2 petang.Memang waktu budak-budak balik sekolah.Tiba-tiba idea jahatnya muncul. Terus Syafira menghalang kamera tersebut sambil membuat gaya peace.


   "Weh Syaf tepilah",marah Lee.


  "Patutlah ajak aku datang sini. Rupanya ada agenda lain eh.Ada batu di sebalik udang rupanya",ujar Syafira.

   "Patutlah trial subjek bm kau teruk,guna pribahasa pon masih salah.Tengoi aku A plus tau",sengaja Lee mengejek untuk menutup rasa malu.


   "Eleh gaya kau cakap macam aku ni dapat C je",Syafira mencebik.Kelihatan Lee masih leka dengan kameranya.


   "Ermm..aku nak tanya kau sikit boleh?"tanya Syafira.

   "Hei sejak bila pandai mintak permission aku sebelum bertanya.Selalunya main terjah je",balas Lee.Syafira tersengih.


   "Ingat tak time kita pergi MPH,yang kita terjumpa jiran aku dulu.Ingat tak?"


   "Ahaa,kenapa dengan jiran kau?"


   "Esyy bukan pasal jiran aku yang aku nak tanya".


   "Dah tu?"


   "Kenapa kau beli buku tu?"Serba-salah Syafira bertanya.Risau Lee tidak selesa.


   "Buku apa?"Lee sengaja bertanya,buat buat tak faham.


   "Dah kau beli sebuah tu je macam manalah aku tak perasan"Syafira mencebik.


   Lee tersenyum kelat.Tak sangka Syafira perasan.Puas dia suruh Syafira bayar buku milik Syafira terlebih dahulu sehingga Syafira melangkah keluar dari MPH,baru dia membuat pembayaran.Hadeh..buat penat je dia sorokan buku itu daripada Syafira.Apa Erti Saya Menganut Islam,buku itu sudah lama dicarinya.


   "Dah berapa tahun kau kenal aku?"Lee bertanya sambil membelek-belek kameranya.


   "Baru dua tahun".

   "Macam mana kita boleh kenal?"Soalan Lee membuatkan Syafira memandangnya tidak berkelip.



Thursday 12 May 2016

Pengalaman~interview JPA MARA '16



Wohaa!! Tahniah kepada mereka yang berjaya disenarai pendek untuk pi temudaga SAC..bravooo..tepuk tangan sikit hehuu..Entry kali ni aku nak kongsi sikit eheh banyak tentang pengalaman aku pi sac@student assessment centre.Ok chill tenang ,,muka tak mo berkerut sangat baca entry ni,,tahu lerr debo nak pi intebiu..hehu reliks sudah.

Date intebiu aku pada 21 April hari khamis sama dengan paan(budak smap gakk).Berdebo laa mula2 tu sebab ni first and the last interview yang aku pernah hadir(mana tak nya tu je scholarship  yang aku mintak hehu).Aku sampai di uniten kajang,tempat sac diadakan tepat pukul 8.30 dengan diiringi yang terhormat bonda terchenta.Ramailah jugak yang dah datang time tu sebab kitorang da disuruh hadir awal setengah jam..bior senanglerr sikit urusan pendaftaran dijalankan.

Before ni aku ada laa jugak buat blogwalking blog2 senior yang pernah pi sac sebelum ni.Dari pemerhatian aku Sac tahun ni lain sikit dari sebelum-sebelum.Yelah selalunyakn kalo intebiu kita kena bawak sijil koko,sijil berhenti and so on semua tu enn.Tapi sac tahun ni depa soh bawak benda ni je:
  • Kad pengenalan calon ori n salinan
  • Sijil lahir calon ori n salinan
  • Surat panggilan SAC
  • Borang EA dan borang pengesahan pendapatan bulanan jeluarga
  • Slip gaji ibu bapa
Haa benda ni jelah yang aku bawak berlenggang kangkung ke sana.Pakaian yang kena pakai pon santai je;t-shirt putih n bottom track serta kasut sukan.Sampai sana petugas tu suruh kitorang susun dokumen2 dahulu.Then kitorang diarahkan naik ke tingkat 2 untuk sesi pendaftaran n pembahagian kumpulan.Mak ayah tunggu kat bawah yekk.

Lepas habis daftar semua, dapat tag no memasing n blablabla petugas suruh kitorang beratur ikut kumpulan.Aku nyer no 36.Then kena nyanyi lagu Negaraku n ikrar.

Sebelum kitorang dibenarkan masuk ke dalam bilik intebiu,salah seorang petugas dengan tegasnya menyuruh kami silent or off phone masing-masing.Kirenya boleh la bawak masuk phone..tapi aku cakap awal2 gerenti korang tak kan sempat nyer tengok phone dalam tu even curik2 pon sebab otak korang memang takkan pikir dah pasal phone sebabnya dah sibok dok pikiaq nak cakap apa bila ditanya.

Group aku seramai 10 orang dapat sesi bi dahulu.Wohaa ketaq lutut den.Sesi ni dijalankan dalam bentuk interview berjemaah.Haha mula-mula dia suruh perkenalan diri.Then dia akan tanya beberapa soalan(banyak pasal isu semasa so banyak banyaklah membaca ya)untuk dengar pendapat daripada kita.Antaranya:
  • Anti vaccine
  • Strok haba
  • 1 Malaysia
  • Faedah sukan
Soalan last sekali pengintebiu tu tanya siapa yang mendorong kita minta scholarship jpa mara,apa bidang yang kita mohon dan kenapa kita mohon course tu.Banyaklah jawapan yang best,funny n interesting yang aku dengar dari kengkawan segroup aku ni.Ada yang minta bidang geologi sebab suka batu laa,,ada yang mintak digestion (ntah course ape benda tu tak hengat den)sebab dia pernah gemuk dulu dan dah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 40kg(time tu semua macam like seriously!!??),,ada yang sorang tu tiba time dia  jadi sesi tasmik hafazan pulak haha sebab dia ex mrsm ulul albab,,so kira mereka semua ni hebat2 lah cita cita eh.Ok yang paling aku tak leh lupa mamat yang dok sebelah aku ni cerita dia datang mai sac naik motor nagn kawan dia dari perak.Peng'intebiu' n kami macam woaa..!!From that baru aku tersedar im the only one yang tak mintak course science dalam group tu,,sebab aku mintak course ekonomi.

Korang tak dengaq lagi depa semua ni speaking huishh fluent depa masyallah..aku rasa aku je paling pasif time sesi bi ni.Rasa kalo aku yang tukang intebiu i will give a 'what are u want to say' stare.Nasiblah pengintebiu yang aku dapat tu was staring me supportly.Walaubagaimanapun,best sangat time intebiu tu sebab dapat dengar pandangan-pandangan yang menarik plus full of fun n laugh.Bila sudah habis bi session bersalam-salamanlah kami dengan peng'intebiu';seorang lelaki seorang perempuan.

Kitorang merupakan antara kumpulan yang habis intebiu bi awal.So lepak2 n borak santai kejap.Break sebentar tanpa makanan.Ok ni aku nak tekankan,pengendali sac tidak menyediakan makanan sebab nak terus sambung sesi seterusnya,harap maklum.So korang kalau na pi intebiu ni sarapan kat umah bebanyak takut lapar nanti.Nasi baik group kitorang dpt break kejap(tu pon borak selama beberapa minit je) sebab habis awal,,sian aku tengok ade kumpulan tu keluar2 je dari bilik intebiu terus kena menapak ke sesi seterusnya...sad life hehu.

Untuk sesi bm pulak kami perlu adakan group disscussion.Dalam satu bilik ada dua kumpulan.Pemantau juga dua(orang ye bukan kumpulan hehu);sorang lelaki seorang perempuan.Mereka akan nilai korang bila perbincangan secara berkumpulan bermula( so tips nya bebanyak lah bagi pendapat ye).Group aku dapat tajuk pasal gempa bumi kat Sabah.

Lepas bincang.. punya bincang.. punya bincang,kami diberi kertas mahjong untuk tulis point sebagai rujukan sewaktu prmbentangan.40 minit kemudian kami disuruh buat pembentangan tajuk kami.Dari aspek kerjasama sangat tip top aku tengok dari kedua -dua belah kumpulan.Kan ada dua kumpulan,so waktu pembentangan satu kumpulan akan membentang n lagi satu akan mendengar manakala sewaktu Q&A pulak satu kunpulan akan bertanya n lagi satu kumpulan akan menjawab.Vice versa.Manakala mr n mrs pemantau hanya memantau kami dengan adil lagi bijaksana..wahwah.

Itu sahaja sesi sac interview jpa mara..lepas tu boleh blahh.Habis dalam pukul 12 lebih macam tu laa n before balik sempatlah jugak kitorang berselfie,berwefie n blablaba...Aku rasa sangat bertuah n bersyukur sebab dapat group yang supportive,positive n suporting..hehu.

So untuk mereka yang bakal pi assessment ni tak mo nervous sangat..redah je sebab sesi ni pon dijalakan secara smooth n sempoi.Tetiba aku terajin pulak nak bagi tips untuk iv jpa mara ni..Baca betul2:
  1. Untuk pengetahuan SAC dijalan selama seminggu so pergilah tanya kengkawan yang dah pergi hari before nya.Contonya macam aku,sesi aku hari khamis n ada kawan aku tu hari isnin.Aku adalah pi tanya dia.Guess what??Soalan waktu sesi bi  tu sebijik macam soklan kawan aku yang waktu hari isnin..haha alhamdulillah(mungkin tak sesuai kot tips ni untuk mereka yang dapat hari isnin,,firs day ..ngehngeh)
  2. Always give a sincerely smile not a fake smile.Especially to da peng'intebiu'.
  3. Berkerjasamalah dengan member group anda,eg:kalau kawan sebelah hang lupa word bi tolong dia.Mungkin semalam dia terminum air semut..hehu.
  4. Tak mo selfish..selfie tak pa.(ekk cam lebih kurang sama je ngan point ketiga)
  5. Bebanyakan la berdoa n istighfar.
Ok tu je laa kot..takut penat pulak korang baca entry yang panjang berjela ni..hehu.So chaiyokk to da spm leavers yang bakal mengahadapi student assessment centre jpa mara ini.Moga entry ni dapat membantu.Kalo nak tanya pape pi tinggalkan surat chenta dekat bahangian comment di bawah.Bye bye n assalamualaikum.

P/s:pssst..result da keluar malam tadi,,pagi tadi baru aku cek (huhu takot benor nak cek).Nak tau aku dapat ke tak???Ok music on,,jeng jeng jeng.....(over jerpp)

Alhamdulillah..

Monday 2 May 2016

Bab5



   TERTARIK DIA membaca kisah tentang keperwiraan Tok Janggut sedangkan sewaktu gurunya menerangkan sebelum ini ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kira. Tersengguk -sengguk macam burung belatuk. Syafira tersengih sendiri. Kemudian dia perhatikan gambaran Tok Janggut di sudut tepi hujung buku teks sejarahnya.Berjanggut lebat.Agaknya sebab tulah orang menggelarnya Tok Janggut. Tiba-tiba dia teringat Dr Zakir Naik. Sama berjanggut. Dua dua ahli agamawan.

   Penat berfikir dia mengangkat mukanya menghadap Lee yang masih lagi tekun menelaah buku.

   Gara-gara doktor ni terlepas dia bercerita tentang Lee kepada Amril.Teringat dia peristiwa di taman permainan semalam.Eh Syafira,boleh pulak kau salahkan doktor tu. Syafira tersengih lagi.

   "Apa yang kelakar sangat dalam buku sejarah tu sampai kau tersengih-sengih macam kambing yang tak gosok gigi je aku tengok",tegur Lee kehairanan.

   Meletus ketawanya mendengar perumpamaan yang Lee buat."Kau ni bukan main cantik lagi muka aku ni. Boleh pulak kau samakan aku dengan kambing",balas Syafira dengan sisa tawanya.

   "Tengok sikit kau baca apa tu? Tok Janggut?Hari tu aku baca tak ada apa yang kelakar pon",lurus Lee bertanya.

   "Amacam hubungan kau dengan Aisy sekarang?"Soal Syafira membuatkan kening Lee terangkat.

   "Kenapa tiba-tiba kau tanya?"

   "Kau tak rasa ke muka Aisy tu ada iras Tok Janggut ",Syafira  berjenaka.

   "Not funny lah Syaf. Entahlah penat aku fikir pasal benda ni",lemah Lee bersuara.

   Eloklah tu kau dah penat. Baik kau tumpukan perhatian betul-betul untuk Spm daripada kau fikir benda-benda alah ni",serius Syafira memberi nasihat.

   "Alang -alang kau tengah buka topik pasal Tok Janggut ni aku nak tanya sikit boleh?"pinta Lee sengaja mengubah topik. Kalau tak dihentikan makin panjanglah bebelan Syafira.

  "Hmm apa dia?"

   "Kenapa Tok Janggut ni beria sangat eh pertahankan Islam?"

   Terkejut Syafira mendengar soalan yang keluar dari mulut kawannya itu.Syafira menarik nafas dalam-dalam sambil otaknya ligat menyusun kata.

   "Macam engkau jugaklah. Apa kau buat kalau ada orang tuduh mak kau lelaki?"Tanya Syafira sengaja beranalogi.

   "Mestilah aku pertahankan mak aku.Lama dah aku kenal mak aku.Lagi pun aku sayang kot mak aku.Takkan lah aku nak biarkan je orang tuduh makbaku macam tu. "Jawabnya yakin.

   "Bukti?"

   "Aku pernah tengok mak aku mengandungkan adik aku.Aku pernah pegang perut mak aku waktu dia mengandung.Siap boleh rasa lagi tendangan adik aku dalam perut mak.Lagipun mana ada lelaki yang mengandung ",hujah Lee panjang lebar.

   "Macam tu lah Tok Janggut. Dah lama dia mendalami untuk kenal Islam. Buatkan dia makin sayang Islam".

   "Buktinya?" Lee pula yang bertanya ingin tahu.

   "Al-Quran.Ramai saintis termasuk yang bukan Islam yang sudah mengiktiraf Al Quran malah ada je yang jadikan Quran tu sebagai sumber rujukan untuk kajian diorang".

   Terpegun Lee mendengar hujah Syafira.Lama dia terdiam sambil melemparkan pandangan kosing ke arah Syafira.

   "Apahal pandang aku macam tu?"

   "Tak.First time aku rasa engkau cerita tentang Islam dekat aku selama kita berkawan.Thanks ",ucap Lee membuatkan Syafira terpempan.


   SEDAR TAK SEDAR lagi sebulan SPM bakal menjelang.Makan dan minum pun Syafira rasa sudah tidak lalu. Teringat dia keputusan trial hari itu. Lapan A. Spoil BM itu pun lagi satu markah nak mencecah A minus.

   Dalam sibuk dia menghidupkan scooter miliknya untuk bergerak ke sekolah dia terdengar suara Amril menyanyi riang. Tak ada kuliah agaknya hari ini. Teka Syafira.

   "Pagi-pagi dah basuh kereta?"Tegur Syafira.

   Amril tersengih menayangkan gigi. "Sambil menyelam minum air. Sambil basuh kereta boleh mandi".

   "Bilik air kau roboh ke?"sarkastik Syafira bertanya.

   "Kau dah nak pergi sekolah eh? Soalan Syafira tidak dihiraukan.

   Angguk.

   Amril memerhatikan  Syafira yang sedang menyumbat earphone ke telinga.Setia betul minah ni dengan kotak kecik muziknya itu.Tak takut kena rampas ke MP3 tu?

   "Pandai-pandailah sorok", jawab Syafira yang sudah tersengih sumbang.

   Geleng."Bawak scooter tu elok-elok jangan merempit pulak".

   "Ciao", ucap Syafira sebelum menderu pergi.

   "Helmet entah hilang ke mana",Geleng Amril lagi.


   SELESAI SAHAJA solat Jumaat terus dia memandu keretanya ke MPH berdekatan.Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kedai buku tersebut terus dia menuju ke rak buku-buku islami.

   Apa Erti Saya Menganut Islam.Hmm selalu je nampak buku tu tersadai atas meja Syah.Pernahlah juga dia membacanya tetapi tak habis.Apa salahnyakan beli buku itu untuk dirinya.Lain rasanya jika membaca buku sendiri dengan buku yang dipinjam dari orang lain.Kalau sudah habis baca buku tu mudah nanti untuk dibuat rujukan atau refresh semula kalau terlupa.Hujah Amril dalam hati.

   Belum sempat dia hendak mencapai buku tersebut seorang lelaki yang berkaca mata sudah mengambilnya. Terangkat kening Amril melihat gerangan yang kini sedang kusyuk membelek buku itu.

   "Tak apalah.Tak ada rezeki"bisiknya memujuk diri memandangkan buku tersebut hanya tinggal satu di atas rak buku itu tadi.Matanya mula meliar melihat tajuk buku lain yang terdapat di situ.

   "Syaf?"Tegur Amril semasa hendak membuat pembayaran di kaunter kedai.Syafira yang masih lagi berpakaian sekolah terkejut melihatnya.

   "Eh Afgan", tersengih dia sempat lagi mengusik. Lelaki Cina di sebelah Syafira turut mengangkat kepala memandang Amril.

   "Lee ni jiran aku. Amril",Syafira memperkenalkan.

   "Meng Lee", senyum Lee ramah sambil menghulurkan tangan.Amril menyambut huluran  tangan sambil meneliti wajah Lee.Oh inilah dia Lee.Seingat dia Syafira pernah bercerita tentang Lee kepadanya hari itu.Eh,kejap.Ini bukan ke mamat yang ambik buku Apa Erti Saya Menganut Islam tadi?

Bab4



   PAGI SABTU itu Amril bangun agak lewat. Hari cuti biasalah.Pagi tadi subuh gajah walaupun si Syah sudah kejutkannya bangun awal untuk mengajaknya bersama ke surau.Last-last Syah sendirian menapak ke surau. Abang Zaid dengan Faris ada program dekat kolej mereka sejak semalam.Tidur sana kata mereka.

   Amril melihat jamnya.Lapan suku. Kenapa Syah tak balik lagi ni.Lapar dah ni.Dia cuba memujuk dirinya supaya bersabar dengan menghidupkan TV di ruang tamu.Terpacul keluar iklan pizza sebaik sahaja television itu dihidupkan membuatkan perutnya makin rancak berkonsert.

   "Sedapnya pizza",getus hatinya. Terus dia mencapai iphone miliknya.Gotcha.Pantas jari menyentuh nombor yang sudah diset sebagai pak cik pizza. Sekali-sekala pesan pizza waktu pagi apa salahnya.

   Usai membuat pesanan dia melangkah ke luar rumah untuk menghirup udara pagi. Nyaman.Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Pak Lang dan Syafira di halaman rumah mereka.Pak Lang sedang leka membaca Stars manakala Syafira sedang tekun membuat kerja sekolah mungkin.Serius mukanya menghadap buku sesekali kelihatan menekan kalkulator.

   "Assalamualikum",sapa Amri membuatkan mereka berdua mengangkat wajah.

   Pak Lang terus mempelawa Amril duduk setelah menjawab salam manakala Syafira kembali menghadap bukunya .

  "Hai kusyuknya buat kerja",tegur Amril setelah Pak lang menghilangkan diri di sebalik pintu.Hendak bersiap untuk ke pasar katanya.Syafira tidak memberi sebarang reaksi.

   "Buat kerja sekolah ke?"Soal Amril lagi.

   Angguk.

   Amril menjenguk melihat buku yang sedang ditenung Syafira.Akaun.Patutlah berkerut saja muka mak cik ni. Dia perhatikan lama soalan yang cuba diselesaikan oleh Syafira. Silih berganti dia perhatikan soalan dan jalan kerja budak perempuan itu."Kacang je ni ", Getusnya dalam hati.

  "Jumlah pemiutang dengan penghutang tersilap catat. Terbalik. Then diskaun diterima terakru tu  sepatutnya kau masukkan dalam kunci kira-kira",terang Amril selamba.

  Terangkat kening Syafira mendengar teguran lelaki itu.Dia perhatikan jumlah penghutang dan  pemiutangnya. Terbalik.Laju dia membetulkannya. Kemudian dia memindahkan jumlah diskaun diterima terakru dari penyata pendapatan ke akaun kunci kira-kira. Cekap dia menekan semula kalkulator.Imbang."Akhirnya..", Seketika dia tersenyum gembira sambil menutup buku latihan tersebut  sebelum duduk tegak menghadap Amril.

  "Apahal kau pandang aku macam tu.Ada soalan akaun ke dekat dahi aku ni ",sarkastik Amril bertanya sambil mengusap dahinya.  Pelik dia melihat reaksi Syafira yang berkerut meneliti wajahnya.

   Geleng."Terima kasih ",ucap Syafira."Hebat",puji Syafira sambil menunjukkan ibu jarinya.Terus dia memberikan senyuman.

  Most welcome. No hal. Aku ambik ACCA",beritahu Amril.

   "Ooh. Tak tahu pon".

   "Dah kau tak tanya.Heh tu lah hari tu datang rumah aku sibuk dengan makanan je",perli Amril.Syafira garu kepala. Malu.

  Tiba-tiba Amril terpandang tulisan Syafira yang kemas di hadapan kulit buku latihan itu. "Nuru Syafira binti Nazri",sebut Amril dalam hati.

   Bukan nama ayah kau Nizam ke?"Musykil Amril bertanya.

   Geleng. "Tu nama Pak Lang".

   Terdiam Amril mencerna ayat yang baru sahaja didengarinya.

   "Ayah aku dah lama tak da. Mak pon sama. Accident time aku baru umur setahun.Sejak tu pak lang dengan mak lang jaga aku.Aku panggil diorang ibu dengan papa sebab diorang dah macam mak dengan ayah bagi aku",tenang Syafira menjelaskan.

   "Sorry",Amril gigit bibirnya serba-salah.Hari tu borak dengan Pak Lang kau tak tanya. Amril menyalahkan dirinya.

   "No worries",tutur Syafira tak berperasaan."Nama panjang kau?"

   "Muhammad Amrilamin".

   "Amrillaiman.Amrila..Dah macam umbrella pulak aku dengar",komen Syafira.

   Jatuh rahang Amril."Amboii mulut. Unik kot nama aku.Penat mak aku carikan nama ni",degus Amril.

   Syafira jungkit bahu.

   "Ekella minah ni boleh pulak dia buat dunno je",marahnya dalam hati.

   Belum sempat dia mahu meluahkan ketidakpuasan hatinya kedengaran hon motor dibunyikan.Serentak mereka berpaling ke luar pagar.Penghantaran pizza.Hah dah sampai.

  "Tadi aku pesan", ringkas Amril menerangkan.Gembira terus Amril.

   "Hey pagi-pagi dah order pizza. Kalah mat saleh",Syafira senyum mengejek.

   Amril menggeleng. Memang kena banyak bersabarlah bila bercakap dengan minah sorang ni. "Sekali sekala jadi mat saleh apa salahnya",balas Amril yang sudah melangkah mendapatkan pak cik pizza.


   LAMBAT-LAMBAT SYAFIRA  melangkah menuju ke taman permainan di hujung simpang rumahnya itu.Beberapa orang kanak-kanak sudah mula berkeliaran di taman permainan tersebut.

   "Kenderaan berat ikut kiri",usik Amril yang sudah berjalan seiring dengannya.

   Syafira terus melangkah tanpa menghiraukan kehadiran Amril yang entah dari mana itu. Sebaik sahaja mereka menghenyakkan punggung ke buaian Amril terus mengeluarkan iphone miliknya.

   Terangkat kening Syafira memerhati. "Tengok apa tu?"Tanya Syafira.

   Video.

   "Ni lah budak-budak zaman sekarang. Sibuk sangat dengan gajet sampai dah tak reti nak bergaul",Syafira menjeling iphone Amril.

   "Dah kau buat  dek je aku tegur tadi. Siapa yang tak reti nak bergaul sekarang?" Soal Amril mempertahankan diri.Matanya masih lagi tidak berkalih dari screen iphone.

   Syafira mencebik." Video apa tu?"Tanya Syafira malas nak bertekak.

   Terus Amril hulurkan iphone tersebut kepada Syafira. "Siapa pak cik ni? "Tanya Syafira ingin tahu.Video yang menunjukkan seorang lelaki berjanggut sedang bagi talk. Macam sesi soal jawab pon ada jugak.

   "Dr.Zakir Naik".
   
   "Siapa tu?"Garu kepala Amril mendengar pertanyaan daripada Syafira.

   "Seorang pendakwah yang sangat hebat dalam penghafalan dan perdebatan.Nak tahu,beliau bukan setakat hafal and faham Quran sahaja malah beliau juga turut menguasai kitab Veda,Tripitaka,Bible dan beberapa kitab yang lain.Cuba Syaf tengok video-video beliau yang diupload di youtube.Debat dan ceramah beliau sering dihadiri ribuan orang tidak hanya orang Islam,orang Kristian,hindu budha bahkan ateisme juga turut hadir dan mengambil kesempatan pada sesi soal jawab.Hebatkan",terang Amril panjang lebar seperti seorang jurujual mempromosikan barang jualannya.

   Agak -agak kalau Lee pergi ceramah doktor ni dia tertarik tak dengan Islam?soal Syafira pada dirinya. 

  "Hebatnya pak cik ni". Teruja dia berkata.

   "Semua dengan izin Allah Syaf.Hidayah tu milik Allah. Doktor ni cuma menyampaikan dengan cara berusaha menyebarkan dakwah,yang campak hidayah pada hati manusia tu kerja Allah".

   "Hidayah?"Tanya Syafira. Teringat seorang kawannya yang bernama Hidayah di sekolah. Polos wajah Syafira bertanya.

   Hidayah means petunjuk ",sabar Amril menerangkan.

   "Ooh",Sepatah dijawabnya.

   Termenung panjang Syafira setelah video tersebut habis ditonton.

   "Aku ada kawan. Nama dia Lee. Cina.Dia ada minat sorang minah ni. Melayu".

   "Islam?"Soal Amril.

   "Melayu mestilah Islam".Pelik Syafira mendengar soalan Amril.

   "Tak semua Melayu Islam dan tak semua Islam Melayu. Kau kena ingat tu".

   Terdiam Syafira seketika mencerna kata-kata Amril.

   "Then?" Tanya Amril ingin tahu.

   Kemudian Syafira terus bercerita. Amril setia mendengar."Apa pendapat kau?"Tanya Syafira mengakhiri ceritanya.

   "Cakap kat dia kalau nak berubah,nak kenal Islam jangan sebab perempuan semata-mata.".

   Terangkat kening Syafira mendengar komen Amril.

Bab3



   Leka Syafira menghayunkan tubuhnya di atas buaian.Suara Najwa Latif menyanyikan lagu kosong menjamu halwa telinganya.Kosong.Ibarat jiwanya yang terasa kosong.Bukan sebab cacian yang membuatkan jiwanya kosong. Tetapi soalan Lee pagi tadi yang membuatkan jiwanya kosong. Dia perhatikan kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan itu.Sesekali gelak tawa kanak -kanak itu berselang selingi dengan suara Najwa.Memang kebiasaannya dia menyumbat earphone ke sebelah telinga kanannya sahaja.

   "Seronokkan jadi budak kecik?Tak banyak benda yang perlu dirisaukan",tiba -tiba satu suara memecah lamunannya. Mamat gelabah.

   Dia memandang Amril yang entah bila sudah duduk di buaian sebelahnya yang tadinya kosong.Kemudian dia melontarkan semula pandangan ke arah kanak-kanak tersebut. Kelihatan ibu bapa mereka memerhatikan di tepi taman sambil berborak antara satu sama lain.

   "Lumrah kehidupan. Makin meningkat usia
makin banyak benda yang kena fikir",ucap Syafira tak berperasaan.

  Tersengih Amril mendengar bicara Syafira.Matang."Kenapa termenung?"

   Kau pernah ceritakan tentang Islam tak dekat non-muslim? Spontan soalan itu meluncur keluar daripada mulut Syafira membuatkan Amril mengangkat kening double jerk.

   "Pernah".

  Tertarik dia mendengar satu patah perkataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.Terus dia berpaling ke arah Amril.

   Then apa jadi?

   "Their knowledge about Islam makin bertambah.

   "Ooh",balas Syafira .Layak ke aku yang solat pon masih banyak lopong ni nak  bercakap tentang agama?Soalnya dalam hati.Argh serabut je aku fikir benda ni.Kemudian dia tenung muka Amril. Lama.

    "Pernah tak orang cakap muka kau macam Afghan?"Soalnya  kepada Amril tiba-tiba.

  Berkerut dahi Amril.Memang tak boleh dijangka betul soalan minah seorang ni.Geleng."Kenapa?Aku ada rupa dia ke?"Terbayang Amril wajah penyanyi lelaki yang berasal dari Indonesia itu.

   "Ada.Tapi dia lagi hensem laa",selamba Syafira mengulas.
   "Ok lah tu.Nasib tak sebijik  macam Mr.Bean",selamba juga Amril membalas membuatkan meletus tawa Syafira.

   "Bro,kalau muka kau sebijik macam Mr. Bean dah lama aku mintak autograph".


   MALAM TU DIA dia menghabiskan masa menelaah pelajaran.Kerja sekolah sudah dia siapkan di sekolah tadi.Setelah penat Syafira menghadap buku sejarah dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Haus. Kelihatan kakaknya leka menghadap laptop sewaktu dia melintasi ruang tamu.

   "Nah air",mug yang berisi coklat panas dihulurkan kepada Amy.Tiba-tiba malam itu mood baiknya datang.

   "Hai sejak bila baik hati ni buatkan air untuk akak",tersengih Amy selepas mengucapkan terima kasih. Syafira jongket bahu.

   "Belum siap lagi ke novel tu?" Soal Syafira sambil  menjenguk ke screen laptop Amy.Kemudian dia merenung Amy. Amy seorang penulis. Sepenuh masa. Dia tak faham macam manalah alongnya dapat survive dengan jadi penulis sepenuh masa. Boring.Nasib buku dia memang laku dekat pasaran.

   "Sikit lagi".

   "Ibu dengan pa dah tidur ke? Senyap je".

   "Agaknya".

   Syafira mencebik. Orang berpatah-patah bertanya ,sepatah saja yang Amy jawab. Matanya terpandang remote control tv yang tersadai di atas meja.Terbit sengih jahat di bibirnya. Terus dia capai dan menekan button on.

  "Yaa jangan ganggu along nak buat kerjalah. Perlahankan sikit volume tu", bebel Amy yang sudah menghantar jelingan maut kepadanya. Dia sengaja menguatkan volume tv tersebut.Syafira hanya menayangkan giginya yang putih.

   "Syaf perlahan sikit Tv tu. Ganggu ibu nak tidurlah",sayup kedengaran ibunya melaung dari bilik. Kakaknya sudah ketawa mengekek kemenangan.

   Ingat nak kenakan Along sekali aku yang terkena. Syafira menjeling Alongnya yang masih lagi ketawa.

   Terus dia ke muka pintu yang ternganga luas . Dia menjenguk ke luar. Eh pa dekat luar?Buat apa tu? Terdetik hatinya untuk mendekati Pak Langnya yang sedang berdiri di depan pagar rumah.

   Langkahnya terhenti.Baru dia  perasan Pak Lang sedang berborak dengan seseorang.Erk? Tu bukan mamat gelabah ke?


  SEWAKTU AMRIL hendak menutup pagar rumahnya dia terpandang seorang lelaki tua berdiri di perkarangan rumah Syafira.

   "Ayah dia agaknya",teka Amril.Amril melemparkan senyuman mesra kepada  lelaki itu sebaik sahaja lelaki itu tersedar Amril sedang memerhatikannya.

   Amril menghampiri lelaki itu apabila lelaki itu melambaikn tangan kepadanya.Rasanya dia tak pernah lagi berkenalan dengan ayah Syafira.

   "Nama pak cik Nizam.Panggil Pak Lang.Anak orang baru kat sinikan?Maaflah kenduri hari tu pak cik tak datang.Amy dengan Syafira ada cerita pasal kalian hari tu",Pak Lang memulakan perbualan setelah mereka berbalas salam.

   "Nama saya Amril. Panggil Am je. Aah orang baru kat sini".

   "Hari tu Pak Lang pergi lawat atok diorang ni haa kat Australia sana. Dia memang menetap di  sana",beritahu Pak Lang tanpa dipinta.

   Amboii class atok si Syaf ni. Tinggal dekat Australia oiii . Tersengih Amril mendengar.Lama mereka berborak.Apabila jarum jam  menunjukkan pukul sepuluh baru dia meminta diri untuk pulang.