Wednesday 14 June 2017

Ceritha 13

KELAS TINGKATAN empat Hambali bising dengan bunyi meja diseret.Enam buah meja digabung.Katanya mahu buat study group.Waktu prep,kelas antara lelaki dan perempuan diasingkan.Jadi bila sudah sejantina sahaja yang tinggal suka hati merekalah nak buat apa dalam kelas itu.

   "Malam ni nak study apa?"Tanya Amin kepada tujuh orang rakannya yang duduk mengelilingi meja.Gaya dah macam nak buat persidanganlah pula.

   "Bincang soalan akaun yang Cikgu Rosli suruh buat tadi,jom",cadang Apek.Kelihatan yang lain mengangguk setuju.Batch mereka hanya terdapat satu kelas sahaja bagi pelajar akaun.Mereka berlapan sahaja merupakan pelajar lelaki di dalam kelas itu.

   Danish mengeluarkan soalan yang Cikgu Rosli bagi petang tadi.Sehelai kertas diminta dari Hafiz lalu tanganya pantas mencoret jawapan di atasnya.Kemudian kalkulator ditekan tangkas.Sesekali pertanyaan yang datang dari rakan-rakannya dijawab.

   "Kalau stok akhir soalan bagi dua nilai harga,kita kena ambil yang mana satu ek?"

   "Ambil nilai yang terendah",kedengaran Hafiz di sebelahnya menjawab.

   "Hutang lapuk masuk bahagian belanja kan?"

   "A'ah."

   Danish yang sudah selesai menjawab soalan itu hanya tersenyum melihat ketekunan rakan-rakannya.Ada yang serius,ada yang terkial-kial,yang tekun menyalin jawapan kawan sebelah pon ada juga.

   "Peruntukan hutang ragu terkumpul ni nak campak mana?"Amin yang duduk seberang sana menghadapnya bertanya.

   "Masuk dalam kunci kira-kira kat bahagian aset semasa.Tapi kena ingat bila ada peruntukan hutang ragu mesti ada kaitan dengan penghutang.Setakat aku terang ni faham tak."

   Amin angguk."So?"

   "So penghutang tu kau kena tolak dengan jumlah peruntukan hutang ragu",sabar Danish menerangkan.

   "Oooh",balas Amin.Kelihatan Shahir dan Shahrul yang merupakan kembar seiras turut mengangguk mendengar penerangan Danish.

   "Yeah imbang!!"Jerit beberapa orang rakannya sebaik sahaja mereka semua selesai menjawab soalan itu.Ada yang siap bertepuk 'high five' lagi.Apabila kunci kira-kira imbang itulah merupakan antara saat paling yang paling indah bagi setiap pelajar akaun.

   "Soalan ni mencabar betul.Semua dia nak suruh kita kira.Sampaikan duti atas belian pon dia suruh kira.Ana rasa SPM akan datang nanti soalan suruh kira gst pon ada agaknya",komen Apek.Gst yang yang merupakan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini turut dibangkitkannya.

   "Tu laa barang semua naik.."

   "Hai ni macam da nak masuk bab politik je.Isu sensitif ni",tegur Amin.Risau perselisihan dan pergaduhan bakal berlaku.Danish mengangguk bersetuju.Umur tak cukup lagi nak colet dakwat kat jari,ada hati nak sembang politik.

   Sebelum isu itu makin hangat dibualkan Amin mengubah topik."Eh malam ni ada perlawanan MU lawan Chelsea en?"

   Dengar sahaja pasal bola mata semua bercahaya.Mereka semua maklum yang petang tadi Amin ada pergi berjumpa Ustaz Adlan,warden yang bertugas malam ni.Selaku ketua batch,Amin disuruh untuk minta kebenaran dari Ustaz Adlan supaya mereka dapat menonton bola malam ni.

   "Weh,Min ustaz kata apa?"Dilihatnya Amin sengaja tayang muka saspen.

   "Jeng,jeng",pintu bilik tv ditayang.Selalunya bilik tv hanya dibuka pada hujung minggu.Hari persekolahan pintunya dikunci.

   "Tapi dengan syarat.Habis game kita semua kena terus naik bilik.Tidur",ucap Amin sambil menggayakan percakapan Ustaz Adlan.

   "Ai'ai kapten",sahut rakan-rakannya.Seronok.Kelihatan masing-masing sudah sengih sampai ke dahi.

TEPAT PUKUL 12 malam ramai yang sudah terpacak dalam bilik tv.Senior tingkatan lima dan enam juga tumpang sekaki.Ada yang siap bawak bantal busuk sekali terun.Dua bungkus koci yang Amin beli dekat koperasi dia kongsi ramai-ramai.

   Danish hanya menggeleng kepala melihat pelbagai kerenah mereka yang berada di dalam bilik tv.Bagi Danish,dia tak adalah terlampau minat sangat dengan bola tapi si Amin yang beria sangat mengajaknya tengok,dia ikutkan sajalah.

   Matanya dah mula terasa berat.Sesekali dia menguap.Selalunya kalau pukul dua belas lebih dia dah terbungkang atas katil.Matanya makin kuyu.Kepala dia sandarkan pada bahu siap entah disebelahnya itu.Gelap.Danish tertidur di tengah keriuhan suara mereka yang sibuk menyokong pasukan masing-masing.

No comments :