Wednesday 14 June 2017

Cerpen1- Cita-cinta


"Kau kat mana?" Suara Hafiz menerjah sebaik sahaja panggilan telefon diangkat. Rolex di lengan dia kerling sekilas. 12.30 tengah hari.

 

"Library. Port biasa," jawab Farish sambil mata masih berlari pada baris-baris ayat dalam Textbook of surgery yang terbentang luas di hadapannya itu. Sesekali dia mencatat nota penting pada sticky note.

 

"Ok. Aku on the way ke sana," beritahu Hafiz sebelum mematikan talian.

 

Pensel Shaker dilepaskan lalu dia menyandarkan badan ke kerusi. Badanya ditegakkan sambil mengurut leher yang dah terasa lenguh . Sudah dua jam dia berada di situ. Naik beku jugalah dia kat situ bahana sejuk air cond . Nasib bawa sweater. Badan diregangkan untuk menghilangkan lenguh badan. Kemudian earphone yang terdampar atas meja dia sambungkan ke ipod biru miliknya sebelum disumbat ke telinga. Youth nyanyian Troye Sivan mula berlagu di gegendang telinga. Badan kembali disandarkan lalu mata ditutup rapat. Nak merehatkan otaknya yang dah tepu.

 

Lusa merupkan kertas akhir untuk exam tahun akhirnya. Bermaksud kalau dia lulus peperiksaan semester itu dia sudah boleh graduate. Tak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke Malaysia semula. Selama dia belajar enam tahun di Kursk itu, pernah sekali je dia balik ke Malaysia. Itu pun sebab abang dia kahwin tiga tahun lepas. Itulah pertama dan terakhir kalinya dia balik bercuti. Dia bukannya apa, ikutkan hati nak je dia piulang ke Malaysia setiap tahun tapi sebab risau akan kos penerbangan. Kos pergi balik Malaysia-Rusia bukannya murah. Pokailah dia jawabnya kalau setiap tahun nak balik ke Malaysia. Tambahan pula dia belajar di situ dengan biaya sendiri. Dia tak naklah bebankan lagi abahnya yang selama ini dah banyak keluarkan duit untuk memastikan dia dapat teruskan belajar di situ.

 

Terasa bahunya dipukul perlahan. Matanya dibuka sebelah. Kelihatan Hafiz sudah mengambil tempat di hadapannya. Ipod dia capai lalu butang volume dia tekan memperlahankan lagu.

 

"Senang exam?" Sengaja Farish bertanya. Masa exam mereka tidak sama memandangkan mereka berlainan course. Hafiz merupakan student dentist manakala dia student medic.

 

"Naa, bolehlah jawab," ringkas jawapan Hafiz.

 

"Kejap aku kemas barang," tangannya laju memasukkan buku-buku dan alat tulis ke dalam beg sandangnya. Pagi tadi mereka dah berjanji untuk makan tengahari bersama.

 

Kau study apa je tadi?" Hafiz bertanya sambil bermain dengan Iphone miliknya sementara menunggu Farish siap berkemas.

 

"Anatomi ." Earphone di telinga dia cabut sebelum disumbat ke dalam beg. Beg dizip rapat lalu digalas ke bahu. Mereka beriringan keluar dari library menuju ke kafe.

 

….………….

 

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. "Masuklah. Pintu tak kuncipun," arah Farish sambil tangannya ligat melipat baju. Dia sedang sibuk packing barang-barangnya untuk dibawa pulang ke Malaysia. Hafiz masuk ke biliknya dengan wajah yang berkerut. Kepala kawannya itu terteleng-teleng ke kiri.

 

"Kenapa dengan kau ni?" Terangkat kening Farish melihat kelakuan Hafiz yang pelik itu.

 

"Tolong aku. Ada semut masuk dalam telinga," beritahu Hafiz cemas. Dia mengibas-ngibas telinga kirinya sambil menelengkan kepala.

 

"Macam mana pula binatang tu boleh masuk?" Tanya Hafiz yang cuba menahan tawa kerana melihat aksi lucu sahabatnya itu.

 

"Entah, tadi aku tengah syok baring atas katil dalam bilik aku tu haa. Aku nampak je semut berkeliaran atas tu tapi aku buat tak tahu jelah. Tak naklah kacau diorang. Sekali tiba-tiba aku rasa ada benda masuk dalam telinga. Huh menyesal aku biarkan semut-semut tu bermaharajalela kat situ tadi."

 

"Ha tulah makan lagi dalam bilik. Kan dah bersemut bilik tu."

 

"Hesyy aku datang sini bukannya nak dengar kau bebel. Tolonglah cepat keluarkan semut daripada telinga aku yang berharga ni," marah Hafiz.

 

"Yelah,yelah. Meh sini," Katilnya ditepuk-tepuk tanda menyuruh Hafiz  supaya duduk di situ. Hafiz hanya menurut perintah.

 

"Mula-mula aku nak kau tenang. Tangan tu jangan nak gatal duk jolok-jolok telinga. Kalau kau korek telinga tu nanti makin ke dalamlah perginya inche semut tu," tegah Farish. Hafiz yang baru saja nak memulakan aktiviti mengorek telinganya itu terhenti.

 

"Tutup telinga kanan. Tutup hidung kau jugak. Lepas tu tunggu beberapa minit. Nanti keluarlah semut tu," senang sahaja Farish mengarah.

 

"Tu je? Macam mana aku nak bernafas kalau hidung kena tutup?" tanya Hafiz ragu-ragu.

 

"Nafas guna mulut lerr. Dah jangan banyak tanya. Ikut je apa yang aku cakap ni. Nak aku tolong ke tak," gertak Farish membuatkan Hafiz terus mengikut petua yang diberikan.Farish meneruskan kembali aktiviti mengemas yang tergendala tadi.

 

"Wah banyaknya barang kau dah kemas. Ni memang tak sabar betul nak balik Malaysia ni. Congrats bro sebab dah berjaya tamatkan pelajaran dengan suksesnya. Minggu depan kau nak balik dah. Lepas ni aku kena cari orang barulah nak ganti bilik kau ni ," ujar Hafiz. Dia masih dalam tahun kelima disebabkan dia masuk sedikit lambat daripada Farish. Ada lagi setahun dia kena tempuh. Suaranya kedengaran penyek disebabkan dia sedang menutup hidungnya. Farish hanya tergelak mendengar suara kawan serumahnya itu.

 

"Tiket kau dah uruskan belum?"

 

"Belum lagi. Esok baru aku nak uruskan. Kau free tak esok? Jom teman aku."

 

"Boleh je. Ni nak aku tolong pape tak?" Laju je Hafiz bersetuju.

 

"Tolong pass kan buku-buku atas katil tu," pinta Farish. Buku yang dihulurkan Hafiz kepadanya itu dia sambut lalu memasukkannya ke dalam kotak kosong. Dia merancang untuk pos buku-bukunya yang berlambak itu dan bebarapa barang yang lain ke Malaysia terlebih dahulu.

 

"Weh Farish!" Dia dah keluar," jerit Hafiz tiba-tiba. Teruja dia beritahu.

 

"Siapa pula yang dah keluar?" Tanya Hafiz tak faham.

 

"Tengok ni," Hafiz menjulurkan tangan ke hadapan muka Farish. Kelihatan seekor semut terkedek-kedek berkeliaran tanpa arah tuju di telapak tangan Hafiz. "Wah, tak sia-sia aku ikut cakap kau. Mana kau dapat petua menghalau semut tu? Macam manalah inche semut ni boleh jumpa jalan keluar," tanya Hafiz lalu memandang muka kawannya itu. Kelihatan Farish sengaja membega-begakan mukanya bangga.

 

"Saluran hidung dengan telinga kitakan bersambung. Bila kau tutup hidung dan telinga kanan kau tu tadi. Udara dah terhalang dari masuk. Jadi sumber udara yang masih tinggal hanyalah datang dari telinga kiri kau. Semut tu masuk dari telinga kiri kau tadikan? Haa sebab itulah dia patah balik keluar, sebab dia nak udara untuk bernafas.

 

"Ooo," terangguk-angguk Hafiz mendengar penerangan Farish.

 

….…………

 

Farish melangkah tenang memasuki balai pelepasan. Sesekali dia melambaikan tangan ke arah sahabat-sahabatnya yang sanggup menghantarnya ke airport walaupun ada diantara mereka yang masih dalam mood peperiksaan. Rasa sebak makin menghimpit diri bila memikirkan dia akan meninggalkan bumi Russia yang sudah banyak mengajarnya hidup berdikari selama dia merantau di situ selama enam tahun. Topi Nike hitam di atas kepala sengaja direndahkan menutupi matanya yang dah mula merah. Tak macho lah kalau orang nampak dia menangis.

 

Sebaik sahaja Farish masuk ke dalam kapal terbang, dia disambut dengan senyuman ramah daripada beberapa orang pramugara dan pramugari. Seorang daripada mereka menunjukkan tempat duduknya sejurus sahaja dia menunjukkan tiket penerbangan.

 

Setelah melabuhkan duduk, phone di poket dia keluarkan. Aplikasi Whatsapp dibuka. Mesej daripa Hazriq menarik perhatiannya.

 

"Have a safe flight."- Hazriq

 

Senyuman kecil terlakar di bibir tanpa dipaksa. Mesej daripada kawan baiknya itu membuatkan dia tak sabar untuk sampai ke Malaysia. Dia akui setiap kali dia mendapat mesej atau emel daripada Hazriq pasti dia akan merasa berdebar. Kawannya itu mengingatkan dia kepada seseorang di Malaysia.

 

Dia menanggalkan topi di kepala . Kemudian topi itu ditenung lama. Buat pertama kali dia memakai topi itu. Perasaan serba-salah selalu menerpanya apabila terkenang akan si pemberi topi itu.

 

"Lelaki yang baik tak akan memberikan harapan palsu", Farish teringat akan pesanan ayahnya. Kata-kata itulah yang selama ini menjadi pengubat dan penguat hatinya.

 

"Kalau dah jodoh tak ke mana", bisiknya perlahan. Yakin dengan ketentuan Nya.

….…….

 

Mata ditenyeh perlahan-lahan. Jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Ngantuk yang masih terasa dia lawan. Sayup-sayup kedengaran laungan azan daripada surau berdekatan rumahnya. Perlahan-lahan dia bangun daripada katil menuju ke bilik air. Badan terasa segar setelah mengambil wuduk. Usai solat Asar, dia turun ke bawah mencari ibunya di dapur.

 

"Wah, sedapnya bau karipap. Buat karipap tak ajak Ish," Farish menegur ibunya dari belakang.

 

" Ish ni, terkejut ibu. Dah solat?" Balas Puan Aisyah.

 

" Dah. Nak Ish tolong pape tak?"

 

"Tak apalah. Nak siap dah ni. Pergilah rehat kat depan TV sana. Ish kan baru je sampai pagi tadi. Mesti penat lagi ni. Nanti dah siap ibu panggil makan," arah Puan Aisyah.

 

"Penat apanya ibu. Dari lepas Zohor tadi sampai ke petang Isy tidur berdengkur. Lagipun dalam kapal terbang tu Isy bukannya berdiri pun. Duduk je memanjang. Makan, tidur, makan, tidur."

 

"Hmmm yelah tu."

 

"Yelah. Rindu nak tolong umi buat kerja rumah," pinggang ibunya dipeluk.

 

"Dah, dah jangan nak kacau ibu tengah goreng karipap ni. Karang terkena minyak panas ni. Haa nak tolong ibukan. Ni tolong siram pokok-pokok bunga ibu dekat luar tu. Dah berapa hari ibu tak siram", bebel ibunya sempat lagi memberi arahan.

 

"Ai ai Maam!"

 

Flipper biru yang terletak di hadapan pintu rumah dia sarung ke kaki. . Makin bertambah pokok bunga di halaman rumah itu dia tengok. Ibunya memang seorang penggemar bunga. Salur getah dia capai lalu paip air dia pusing.

 

"Kurrr kurrrrr haa jangan berebut. Semua dapat, semua dapat jangan risau," katanya sambil memastikan setiap bunga di situ mendapat siraman air.

 

"Woii, kau tengah siram bunga ke tengah bagi ayam makan tu!" Tegur seseorang di luar pagar. Kedengaran tawanya berdekah.

 

Perlahan-lahan salur air yang dipegang, sengaja dihala ke arah Hazriq yang menyapanya. Farish sengih kejam.

 

"Woii!!! Basahlah baju aku nanti." Kelihatan Hazriq sudah berlari menjauhkan diri daripada serangan air Farish.

 

"Haaa tulah padahnya. Sibuk mengintai anak teruna orang lagi," Farish tersengih lebar. Setelah menutup paip air,dia mendapatkan Hazriq di pintu pagar.

 

"Huh, tak hingin aku," balas Hazriq. Kemudian mereka berpelukan. Sempat lagi dia mengetuk kepala Farish. Rindunyalah dengan sahabatnya seorang ni. "Makin hensem dah kau sekarang. Amacam, sihat?"

 

"Alhamdulillah. Bakal doktor mestilah kena sentiasa sihat," kening sebelah sengaja diangkat-angkat.

 

"Ish, siapa yang datang tu?" Kedengaran suara Puan Aisyah bertanya dari dalam rumah.

 

"Hazriq," laung Farish menjawab pertanyaan ibunya.

 

"Oh Hazriq. Jemputlah masuk. Mak cik ada buat karipap sikit ni. Bolehlah berborak sambil makan-makan kat dalam," Puan Aisyah menjenguk kepalanya di hadapan pintu rumah.

 

"Huisyy rezeki, jangan ditolak. Tapi saya kena ke kedai sekejap mak cik. Mak suruh beli santan. Santan kat dapur tu dah habis haa. Kalau bertangguh alamatnya tak dapatlah nak menjamah masak lomak malam ni. Ni pun kebetulan nampak orang obesi mencapap kat luar rumah ni. Tulah yang sengaja singgah sini kejap nak tegur," balas Hazriq sambil tersengih serba-salah. Rumah Hazriq dan Farish sememangnya dekat. Hanya selang tiga buah rumah.

 

" Yolah. Poie laa shopping sana dulu haa," jawab Puan Aisyah sebelum menghilang ke dalam rumah.

 

"Hamboi terus berubah jadi orang nogorhi mak kau lepas dengar masak lomak. Kelaasss kau Timah." Gurau Hazriq membuatkan Farish ketawa.

 

"Yang kau ni duk tercegat kat sini lagi kenapa? Cepat siap nak ke kedai," arah Hazriq. Indirectly dia mengajak Farish.

 

" Hai sejak bila aku terjebak dalam misi masak lomak kau ni."

 

"Alaaa jomlah. Dah lama tak borak dengan kau. Alang-alang tu bolehlah kita lumba.," ujar Hazriq sambil tayang skateboard yang dari tadi dia usung.

 

"Hmm yelah.Tunggu kejap."

 

Farish menjenguk kepalanya ke dapur. "Ibu, ibu simpan deck Ish kat mana?"

 

"Cuba cari kat stor atas," jawab ibunya yang sedang membancuh air teh.

 

Alamak tingginya nak kena naik. Bilik stor tu dahlah kat tingkat tiga. Malas dia nak mendaki tangga naik ke atas. Tiba-tiba dia teringat hoverboard adiknya yang terletak di penjuru ruang tamu. Terus dia mendapatkannya. "Battery full. Cantekk."

 

"Mak cik, saya minta izin nak pinjam anak mak cik kejap ye", kedengaran Hazriq sedang berborak dengan ibunya yang entah bila keluar dari rumah.

 

"Pinjamlah."

 

"Ibu Isy pergi kejap teman Hazriq," Farish minta diri.

 

"Hati-hati. Jaga Hoverblue tu elok-elok," pesan Puan Aisyah. Hoverblue merupakan gelaran yang diberikan adiknya pada hoverboard kesayangannya itu.

 

"Tak acilah kau guna hoverboard. Tak manual. Macam mana nak lumba," Hazriq mula bising.

 

"Banyaklah songeh kau . Kita nak pergi beli santan ke nak berlumba ni?" balas Farish yang sibuk mengimbangkan badanya di atas hoverboard.

 

"Ye lah," perlahan-lahan dia menolak deck miliknya ke hadapan menyaingi Farish yang sudah mula bergerak.

 

"Aku baru je ingat nak lepak dengan kau malam ni. Tup tup dah terlepak awal pulak dengan kau petang ni," ujar Hazriq tersengih.

 

"Lah ye ke? Datang jelah. Aku tak ke mana pun malam ni."

 

"Bereh! Bolehlah aku tuntut souvenir aku malam ni. Eh, by the way, nombor telefon Malaysia kau memang kau dah tak guna ke apa?"Selama ni rasanya dia berhubung dengan Farish melalui nombor telefon Russia rakannya itu. Sememangnya hanya dia saja yang tahu nombor telefon Russia Farish.

 

"Entah. Aku dah lama tak top-up nombor aku tu. Rasanya dah kena terminated kott," agak Farish. "Kenapa tetiba tanya?"

 

"Dah agak dah. Tak de lah, kengkawan kita tu ramai yang tanya pasal engkau sebab bila diorang whatsapp engkau je kompem satu greytick je diorang dapat. Lagi satu, tak ada function laa gitu aku masukkan nombor Malaysia kau dalam group batch kita tu," terang Hazriq.

 

Farish hanya mampu tersengih garu kepala. " Engkau remove jelah nombor tu. Nanti aku dah beli nombor baru aku inform. Sampaikan salam maaf aku kat dalam group tu. Apa cerita diorang sekarang?" Farish sengaja bertanya. Serba-salah pula rasanya kerana telah ter'loss contact' dengan kawan-kawannya itu.

 

"Haa nilah cerita panas dan sensasi yang aku nak bagitahu kau ni," kecoh Hazriq nak bercerita macam papazola. Eh salah, macam paparazzi.

 

"Lutfi, KU zaman kita dulu. Dia nak kahwin dah. Hari tu terjumpa dia kat Giant. Dia adalah juga suruh aku pass kan kad kahwin dia kat kau. Malam nanti aku bawa."

 

"Bila majlisnya?"

 

"Bulan depan. 1 Disember, hari Sabtu," Hazriq merasa kakinya sudah mula lenguh menolak deck yang dinaikinya dari tadi. Bahu Farish di sebelahnya dipaut.

 

"Amboi sedap landing," Hazriq hanya tayang sengih kambing apabila taktiknya berjaya dikesan oleh Farish. Farish terpaksa menfokuskan seketika tumpuannya mengawal pergerakan Hoverboard itu memandangkan beban sudah makin bertambah. Iphone milik Hazriq yang tiba-tiba berbunyi tanda ada panggilan masuk tidak diendahkan.

 

"Weh mak aku kat rumah tu dah membebel suruh aku balik cepat. Weh laju weyy, lajuuu! Go, Hoverblue, go!!"

 

Farish hanya geleng kepala. Kena bulilah kau hari ni Hoverblue.

 

….…………

 

   Kot putih disarung ke badan. Farish baru sahaja selesai berehat dan hendak memulakan semula tugasannya. Dia menuju ke wad unit pediatrik. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke wad itu, tangisan seorang kanak-kanak lelaki di hujung wad telah menarik perhatiannya. Dia menghampiri budak lelaki itu. Jururawat yang ditugaskan menjaga budak itu hanya mampu angkat bahu sambil gelengkan kepala kepadanya tanda sudah puas dia memujuk. Tak tahu nak buat apa lagi dah.

 

"Adik, kenapa menagis ni?" Perlahahan-lahan dia mengusap kepala budak kecik itu yang dianggarnya berumur enam ke tujuh tahun. Soalannya tak bersahut. Masih lagi menangis teresak-esak.

 

"Meh sini tangan tu. Doktor tengok," pujuk Farish. Dia meneliti tangan kanan budak itu yang sudah siap dibalut. "Patah tangan," bisik jururawat di sebelahnya.

 

"Sakit lagi?"

 

Angguk. Esakan masih kedengaran.

 

"Adik siapa nama?" Tanya Farish lembut. Kemudian dia menyeluk saku kotnya.

 

"Aiman," comel sahaja Aiman menjawab.

 

"Oh, Aiman. Doktor ada gula-gula ni. Aiman nak?" Cupacup ditayang kepada Aiman. Sengaja mahu memancing perhatian Aiman. Serta-merta tangisannya sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin sudah penat menangis agaknya. Atau pun kerana mula tertarik dengan Cupacup di tangan Farish.

 

"Kakak Aiman kata jangan terima barang daripada orang yang kita tak kenal," petah Aiman menjawab membuatkan Fariah ketawa terhibur.

 

"Doktorkan doktor Aiman. Aiman kenalah kenal. Nah," Cupacup dihulurkan. Laju saja Aiman menyambut huluran itu. Lebar senyumannya sampai ke telinga. "Gula-gula ni boleh tolong hilangkan sakit kat tangan Aiman tau," tambah Farish

 

"Terima kasih abang doktor!" ucap Aiman riang.

 

"Tapi nanti Aiman tak boleh naik kuda," tiba-tiba nada suara Aiman berubah sayu. Kelihatan muka budak lelaki itu kembali monyok. Matanya terarah pada tangan kanannya yang patah.

 

"Laa kenapa pula? Cuba cerita kat doktor."

 

"Semalam Kak Iya kata nak bawa Aiman pergi tunggang kuda Ahad ni. Pastu Aiman excited laa sebab dah lama Aiman teringin nak naik kuda. Tapi kalau tangan Aiman berbalut macam mana nak naik kuda," adunya.

 

"Macam mana tangan Aiman boleh jadi macam ni?" Farish tertarik mendengar cerita Aiman.

 

"Pagi tadi Aiman ingat nak praktis naik kuda. Aiman praktislah guna motor papa Aiman kat luar rumah. Lepastu.." Aiman terhenti bercerita. Farish macam dah boleh agak apa yang jadi lepas itu. Keliahatan air mata dah mula bergenang di mata Aiman. Nampak gaya macam nak nangis balik saja budak si Aiman ni. Menyesal pula dia tanya.

 

"Okey, okey. Doktor boleh tolong Aiman. Macama ni, kejap lagi doktor akan bagi lagi banyak gula-gula dekat Aiman biar tangan Aiman ni cepat sembuh.  Tapi dengan satu syarat. Nak tak?" Pancing Farish.

 

"Nak! Nak!" Sahut Aiman terus ceria. Bersinar mata Aiman mendengar kata-katanya.

 

"Aiman kena janji dengan doktor, gula-gula tu Aiman kena makan setiap kali ibu atau kakak Aiman suruh makan. Walaupun pahit , kena makan juga. Lagi satu, Aiman kan lelaki. Tak macho lah nangis-nangis macam tadi. Kalau kuda nampak Aiman nangis mesti dia pun tak nak main dengan Aiman," nasihat Farish. Sengaja dia tak menyebut perkataan ubat sebab kanak-kanak baya Aiman selalunya takut bila dengar perkataan ubat.

 

"Ai ai, kapten!" sahut Aiman bersemangat. Tangan kirinya siap buat tabik hormat lagi. Kepala Aiman Farish gosok. Kemudian jam di tangan dikerlingnya. Lama dah dia melepak kat situ.

 

"Misi selesai," sempat lagi dia berbisik kepada Ahmad, jururawat yang menjaga Aiman sebelum dia berlalu dari situ. Ahmad tayang ibu jari tanda bagus.

 

….…………

 

   "Mat,mana Aiman?" Farish menegur Ahmad apabila dilihatnya katil yang diduduki Aiman tengah hari tadi sudah kosong. Sengaja dia hendak melawat Aiman sebelum dia pulang.

 

 

"Dia dah boleh keluar, tu kakak dia dekat kaunter tu," terang Ahmad sambil jari telunjuk diarahkan ke kaunter pendaftaran wad itu.

 

Perhatiannya dialih ke kaunter yang dimaksudkan Ahmad. Kelihatan seorang gadis yang mungkin sebaya dengannya sedang khusyuk mengisi borang  di situ manakala kelibat Aiman tidak kelihatan.

 

Baru sahaja dia nak menuju ke sana, langkahnya terhenti. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Kelihatan gadis itu sudah selesai berurusan di kaunter.

Farish kaku. Aimy? Wanita itu membuatkan dia terkenang kembali peristiwa tujuh tahun lepas di KLIA .

 

….…………

 

Rolex ditangan entah kali ke berapa dia kerling, yang pasti dia kena cepat. Takut tertinggal flight. Langkah kaki dipercepatkan. Terasa Samsung miliknya bergetar di dalam poket. Panggilan daripada abah.

 

"Assalamualaikum bah."

 

" Ish dekat mana?"

 

"On the way. Ni Ish baru lepas habis solat Asar."

 

"Okey. Cepat sikit. Takut terlepas flight nanti," pesan Encik Hadi sebelum menamatkan panggilan.

 

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia terus meluru keluar. Kakinya laju dihalakan menuju ke balai pelepasan. Tiket dan barang-barangnya telah diuruskan awal tadi sebelum solat. Jam sekali lagi dikerling. Lagi 20 minit sebelum pagar ditutup. Dalam dia sibuk menganggar kelewatannya, tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis. Aduhai Farish mata kau letak kat mana. Tulah sibuk lagi dok tengok jam. Dia memarahi dirinya.

 

"Maaf. Awak tak pape?" Farish bertanya cemas. Serba-salah dia dibuatnya.

 

Dilihatnya gadis itu menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya lalu matanya digosok.

 

"Awak okey?" sekali lagi Farish bertanya apabila gadis itu masih berdiam diri. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Farish. Gadis tersebut tayang muka tak berperasaan.

 

"Eh ni bukan minah yang pernah suruh dia tunjukan jalan ke bilik guru dulu ke? Apa dia buat kat sini" Detik hatinya. Matanya tak lepas memandang Aimy. Tiba-tiba hatinya terasa berbunga.

 

Aisehh dah kenapa dengan kau ni Farish. Dia cuba menidakkan perasaannya. Cepat-cepat dia kekalkan wajah serius.

 

"Jaga diri dekat sana," tak semena kedengaran Aimy berkata. Sebuah beg kertas coklat dihulurkan kepada Farish.

 

Farish keliru. "Maaf tapi kita kenal ke?" Tanpa sedar pertanyaan itu terkeluar dari mulutnya.

 

Aimy hanya melemparkan senyuman. Kepalanya digeleng sebelum berlalu meninggalkan Farish terkontang-kanting keseorangan di situ. Beg kertas yang entah bila ada ditangannya itu dia pandang.

 

"Woi. Apa kau buat kat sini lagi ni. Melangut sensorang. Lambat dah ni," Farish terkebil-kebil apabila tiba-tiba ditegur oleh Afiqah. Tangannya terasa ditarik. Farish akur mengikuti langkah laju adiknya itu. Dari jauh kelihatan family dan beberapa orang rakannya sudah lama menunggunya di hadapan pintu pelepasan antarabangsa.

 

"Fiq," Farish memanggil adiknya.

 

"Hmm."

 

"Apa maksud kalau sesorang yang kita tak rapat tiba-tiba bagi kita kat hadiah?" Terangkat kening Afiqah mendengar soalan yang keluar dari mulutnya. Lama dia kena tenung dengan adiknya itu.

 

"Laki ke perempuan?"

 

"Girls."

 

"Dia minat kau lah kot," selamba adiknya menjawab membuatkan dia terdiam. "Dah salam. Jaga diri kat sana. Pape roger kitorang kat sini." Farish hanya membalas dengan sengihan. Rasa sebak mula menguasai dirinya.

 

"Isy jaga diri kat tempat orang. Jaga solat. Belajar sungguh-sungguh. Jangan  dok sibuk menggatai main cinta pula kat sana. Kejar cita-cita tu dulu baru kejar cinta. Ingat pesan abah ni, perempuan untuk dilindungi bukan untuk dipermainkan," tiba giliran untuk bersalaman dengan ayahnya, lama mereka berpelukan. Farish hanya menadah telinga mendengar nasihat daripada Encik Hamid. Dia dah naik hafal dengan nasihat itu. Nasihat yang sama sejak dari kecil lagi yang selalu abahnya berikan setiap kali abahnya itu menghantarnya ke sekolah. Mungkin sebab itulah selama ni dia susah untuk bergaul rapat dengan kawan-kawan perempuannya. Abahnya itu bukanlah seorang yang kuat agama tapi kalau bab ikhtilat, pergaulan antara lelaki dengan perempuan, beliau memang tegas.

 

"Maaf tapi saya nak kejar cita-cita saya dulu. Saya tak nak bagi harapan palsu pada awak," bisiknya perlahan pada topi hadiah pemberian si dia. Nike hitam itu dia simpan semula dalam beg kertas coklat itu. Farish sudah mengambil tempat di seat dalam kapal terbang. Sedikit sebanyak nasihat daripada orang tuanya itu membuatkan hatinya yang gundah tadi kembali tenang.

 

….……….

 

 

"Hoi Farish. Sini, sini. Haa sampai pu engkau," Hazriq menyambut kedatangannya di khemah hadapan.

 

"Kenalah datang lagi-lagi bila kawan baik yang kahwin. Hah mana si pengantinnya?" Tanya Farish.

 

"Kat masjid lagi. Kejap lagi depa berarak laa tu ke sini. Jom makan dulu. Elok benar kau dah sampai, bolehlah teman aku makan. Dari pagi tadi aku tak makan lagi ni. Sibuk jadi dulang boy tak bertauliah dari tadi," becok Hazriq membuka cerita. Kelihatan Hazriq segak bergaya dengan memakai baju melayu warna emas siap bersamping bagai.

 

Ni tak makan daripada pagi ke dah tak makan seminggu ni," Tegur Farish. Matanya dilirikkan ke pinggan Hazriq. Bukan main tinggi menggunung nasi budak ni.

 

"Pergi ambil pinggan lain. Sayang je kalau papadom tu jatuh," bising Farish apabila dilihatnya Hazriq nak sumbat lagi papadom dan buah oren ke dalam pingganya yang dah penuh itu.

 

"Yelah. Kau pergilah cop tempat dulu. Bawakkan nasi aku ni sekali please. Kau nak air apa? Meh aku tolong ambilkan," Balas Hazriq sambil tayang sengih kambingnya.

 

"Teh ais kurang gula satu," gurau Farish.

 

" Amboi kau pikir ni kedai mamak. Dah aku ambilkan sirap je untuk kau," kata Hazriq sebelum berlalu pergi.

 

"Lorhh baik tak payah tanya tadi," sempat lagi Farish membalas. Kemudian matanya melilau mencari meja kosong. Sementara menunggu Hazriq, dia memerhatikan suasana majlis itu. Meriah. Sudah lama dia tak datang ke majlis kenduri kahwin. Paling last rasanya tiga tahun yang lepas. Ramai rakan-rakannya waktu sekolah dulu datang. Cikgu-cikgu pun ada yang datang menyambut undangan Lutfi. Penuh khemah-khemah di situ dengan tetamu yang datang. Mana taknya kedua-dua belah pihak serentak buat pada hari yang sama. Jimat masa, duit dan tenaga.

 

"Eh, Aiman?" panggil Farish. Tak sangka dia terjumpa Aiman di situ.

 

"Eh, abang doktor!" Aiman yang tadi leka bermain lari-lari dengan kawan-kawannya datang mendekati Farish. "Abang doktor buat apa kat sini," Terdapat bunga mangga di tangan kirinya.

 

"Kawan abang kahwin. Eh ni tangan dah elok belum," kelihatan tangan kanan Aiman masih berbalut.

 

"Dah. Dah tak sakit dah tangan Aiman ni. Wah kawan abang kahwin jugak. Kakak Aiman pun kahwin hari ni," becok mulutnya bercerita. Tergelak Farish mendengar ayat yang keluar dari mulut Aiman. Bukan main seronok lagi dia, kakak dia kahwin.

 

"Eman buat apa kat sini?" Sampuk Hazriq. " Nah air sirap kau."

 

"Tengah borak dengan abang doktor ni haa. Bang Chik, Aiman pun nak air sirap gak," balas Aiman.

 

"Pi amik sendiri sana. Hah main dengan kawan tu jangan lasak sangat. Tangan tu berbalut lagi," pesan Hazriq sebelum Aiman berlari pergi mendapatkan air sirap.

 

"Sejak bila kau ada adik?" Sengaja Hazriq bertanya sambil mulutnya dimuncung kepada Aiman. Setahu dia Hazriq anak bongsu dalam keluarganya.

 

"Banyaklah kau punya adik. Anak buah aku tu. Ni macam mana kau boleh kenal dia pulak?"

 

"Jumpa kat hospital waktu dia patah tangan hari tu."

 

"Laa ye ke. Kecik je dunia ni."

 

"Eh, ni lupa pulak aku nak tanya. Siapa pengantin perempuannya?" Tiba-tiba Farish bertanya ingin  tahu.

 

"Ni mesti kes tak tengok kad kahwin yang aku bagi hari tu kan," Hafiz angkat bahu tersengih.

 

"Sepupu aku."

 

"Seriously. Ni memang kecik betul dunia," seloroh Farish tak percaya.

 

"Tulah pasal. Ni ada ke patut tadi depa pakat suruh aku jadi pengapit. Memang tak naklah aku. Aku ni dahlah pemalu."

 

"Pemalulah sangat," Farish mencebik.

 

Kedengaran kompang mula dipalu tanda pengantin sudah tiba. Mereka berdua hanya memanjangkan kepala memandangkan mereka belum habis makan lagi. Kelihatan Lutfi dari jauh segak bergaya dengan baju pengantinnya.

 

"Eh tu bukan sepupu kau ke? Aimy kan?"

 

"Yelah kan aku dah bagitahu tadi. Kenal pula kau dengan.." suara Hazriq sudah tak didengarinya. Farish bungkam.

 

"Wah kawan abang kahwin jugak. Kakak Aiman pun kahwin hari ni."

 

Otaknya baru dapat tangkap ayat Aiman..

 

"Eh siapa pengantin perempuannya?"

"Sepupu aku."

 

Dan jawapan daripada Hazriq tadi. Nasi minyak di hadapannya dia jamah cuba mengawal riak mukanya di hadapan Hazriq. Nasi yang ditelannya itu terasa berpasir.

 

….…………..

 

"Tahniah bro," ucap Farish kepada Lutfi. Wajahnya dimaniskan.

 

"Farish! Lamanya aku tak jumpa kau. Thanks datang bro. Jauh-jauh pun kau sanggup datang," teruja Lutfi melihat Farish. Mereka berpelukan seketika.

 

"Tak de hal lah. Demi engkau bro aku sanggup datang. Setakat Kedah ni apalah jauh sangat. Lainlah kalau Russia," balas Farish.

 

"Lain dah kau sekarang. Lama sangat kau kat luar negara tu haa. Nasib baik ingat nak balik," ujar Lutfi.

 

"Kau nak terus balik KL ke lepas ni?" Celah Hazriq yang juga berada di situ.

 

"Ye kot. Dah tak ada pape dah nak buat kat sini."

 

"Lorhh tak kan nak balik dah. Bukan senang nak dapat lepak dengan kau ni. Lagipun bukannya selalu kau datang rumah aku kat Kedah ni haa. Entah bilalah nak tunggu kau dapat jejak kaki ke sini lagi," ujar Lutfi membuatkan Farish garu kepala. Hazriq di sebelahnya turut mengiyakan.

 

"Mesti kau penat drive datang sini. Bermalam jelah dulu kat rumah aku malam ni. Bilik kat rumah aku tu banyak lagi kosong. Tak pun boleh je kongsi bilik dengan si Hazriq ni. Bolehlah petang ni kita pi mancing ikan kat bendang hujung kampung tu haa," rancang Lutfi.

 

"Amboi sedapnya kau merancang. Tak sedar dia tu dah kahwin. Tak marah ke orang rumah tu nanti. Lagi-lagi baru kahwin ni kan. Lainlah macam kami ni. Masih bujang lagi," usik Hazriq lalu menjelir lidah. Lutfi menjegilkan matanya kepada Hazriq.Tergelak melihat keletah dua orang sahabatnya itu.

 

"Aku bukannya apa. Aku datang sini pun sehelai sepinggang je. Baju lebih semua tak bawa. Lagi pon tak naklah kacau pengantin baru," Farish beralasan. cUba menolak dengan pelawaan sahabatnya itu.

 

"Tak adanya kacau. Kau dengarlah cakap si Hazriq tu. Ke sebab esok kau on call?" Tanya Lutfi masih cuba memujuk.

 

"Eh tak de lah. Esok aku cuti."

 

"Hah elok sangatlah tu cuti. Risau apanya dengan baju. Kau pinjam je baju aku. Ada lebih aku bawak. Macam tak biasa pulak pinjam-meminjam ni," Hazriq juga masih tak berputus asa memujuknya.

 

"Hei korang ni bab buat pakatan bersekutu memang nombor satu. Yelah, yelah," Farish mengalah. Kelihatan budak dua orang itu bertepuk tampar keseronokkan sebab berjaya ubah fikirannya.

 

"Abang," kedengaran seseorang memanggil. Mereka bertiga serentak berpaling ke arah pemilik suara yang memanggil.

 

"Abang yang mana satu? Ada tiga orang ni," sahut Hazriq sengaja mengusik si pengantin perempuan.

 

"Aku panggil Lutfi lah. Sibuk je," Balas wanita itu geram.

 

"Engkau ni tak habis nak mengusik. Kesian isteri aku. Apa punya sepupu," sempat Lutfi mengetuk kepala Hazriq sebelum melarikan diri mendapatkan isterinya.

 

Dan sebab itulah dia berat hati untuk tinggal lama kat situ. Farish mengeluh. Nak kata cemburu, entahlah. Menyesal? Mungkin. Move on lah Farish.

 

….………..

 

 

"Diam je aku tengok engkau sejak lepas makan tadi," Hazriq menegur. Pelik dengan perangai kawannya itu. Selalunya kecoh bercerita itu ini.

 

"Penat memandu tak hilang lagi kot," Farish bagi alasan. Tak sangka pula Hazriq perasan akan perubahannya. Sejadah di hadapannya dia lipat. Mereka berdua baru sahaja selesai menunaikan solat Asar berjemaah.

 

"Kalau gitu kau rehat je lah dulu. Aku nak gi turun tolong apa yang patut kat bawah."

 

"Eh, tak apa. Malu pulak aku. Orang lain duk sibuk mengemas aku pulak bersenang-lenang duduk dalam bilik ni."

 

"Alaa apa nak malunya. Mesti engkau penat gila. KL dengan Kedah ni bukannya dekat lagi- lagi engkau drive datang sini."

 

"Mana boleh. Aku nak join gak tolong kat bawah. Lagipun boringlah duduk sensorang dalam bilik ni nanti. Tak dak kawan nak borak," balas Farish masih berdegil.

 

"Hmm suka hati kaulah," balas Hazriq malas nak bertekak.

 

"Tunggu kejap aku nak tukar baju." Selesai menyalin baju yang dipinjamkan Hazriq, beg sandang yang kebetulan dibawanya dia geledah. Topi dia capai lalu disarung ke kepala.

 

"Jom!" Hazriq melangkah menuju ke luar rumah. Dia membuntuti dari belakang. Tetamu sudah ramai yang balik. Kebanyakan meja dan kerusi di luar rumah telah siap dikemaskan. Tinggal tunggu nak angkut ke atas lori saja.

 

"Riq! Sini kejap," kedengaran seseorang memanggil Hazriq. Mereka berjalan beriringan mendekati wanita yang memanggil Hazriq itu.

 

"Hah kenapa Mak Su?" Sahut Hazriq sebaik sahaja mereka mendekat.

 

"Pi tolong Farid basuh pinggan mangkuk kat belakang rumah sana. Kesian dia sorang-sorang basuh kat belakang tu," arah Mak Su.

 

"Baik bos!" Hazriq akur. Farish di sebelah turut menganggukkan kepala.

 

"Wui sorang aje ke?" Hazriq menyapa Farid yang sedang khusyuk membasuh pinggan-pinggan kotor.

 

"Elok benar engkau datang. Meh sini tolong," balas Farid.

 

Terus mereka menyertai Farid mencangkung keliling besen yang penuh dengan pinggan mangkuk dan cawan yang kotor.

 

"Ni siapa?" Tanya Farid yang baru perasan akan kehadiran Farish.

 

" Kawan time sekolah dulu," beritahu Hazriq sambil tanganya mula menyabun cawan di tangan.

 

"Farish," Farish perkenalkan diri sambil tersenyum ramah.

 

" Aku Farid. Sepupu Hazriq. Tua tiga tahun dari korang. Panggil Farid je tak payah berabang-abang dengan aku," sempoi je Farid perkenalkan diri.

 

"Kawan si Ira jugaklah ni kan?"

 

"A'ah," Hazriq mengiyakan. Terangkat kening Farish. Siapa Ira? Muka Hazriq dipandang meminta jawapan.

 

"Nah kuali. Terima kasih ye kanak-kanak tolong basuhkan," Teguran daripada Mak Su membuatkan Hazriq tak perasan akan isyarat daripada Farish.

 

"Amboi Mak Su mengarah aje kerjanya sekarang," usik Hazriq sebelum wanita itu masuk semula ke dalam rumah. Kemudian kuali yang diserahkan kepadanya tadi dia sental setelah bubuh sedikit bancuhan sabun ke dalamnya. Mereka meneruskan kerja sambil rancak berbual. Pinggan mangkuk yang sudah siap dibasuh mereka jemur di bawah cahaya matahari.

 

"Lutfi mana? Dari tadi tak nampak pun batang hidung dia," tanya Hazriq kepada Farid.

 

"Dia baru je gerak ke sawah. Nak photoshoot gambar kahwin katanya. Berkepit jelah depa dua orang tu. Pengantin barulah katakan," jawab Farid.

 

"Amboi, tadi bukan main sembang kencang kata nak ajak si Farish ni pusing satu kampung. Nasib engkaulah Farish," Hazriq geleng . Farid hanya ketawa manakala Farish tak tahu hendak membuat riaksi apa. Dia tunduk pura-pura khusyuk mencuci pinggan di tangannya.

 

"Tapi tulah tak sangka pula berjodoh diorang tu. Dari kecik mereka berdua tu berkawan. Setiap kali jumpa tak sah kalau tak gaduh. Pandai pula si Lutfi tu ambil hati adik aku," Farid tersengih mengenang kembali.

 

"Mula-mula benci, lama-lama sayang. Elok sangatlah tu depa dua orang tu kahwin," tambah Hazriq.

 

"Adik?" Farish yang dari tadi memasang telinaga mencelah bertanya, ingin tahu.

 

"Eh, lupa pulak aku nak bagitahu, Farid ni sepupu aku a.k.a abang kepada pengantin perempuan," terang Hazriq manakala Farid membuat gaya peace di sebelah.

 

"Oh," baru Farish tahu.

 

"Arghh penatnya. Bilalah nak habis basuh pinggan mangkuk semua ni. Aigoo," Hazriq mengeliat. Badannya mula terasa lenguh.

 

"Oitt baru buat kerja sikit dah mengeluh. Nah air," kedengaran seseorang menegur. Farish berpaling ke arah si empunya badan yang menegur . Ek?

 

"Eh Ira. Tahu -tahu je aku tengah hauskan," laju sahaja Hazriq menyambut huluran air daripada perempuan itu.

 

"Thank you sis. Ingat juga kau kat kitorang ek. Ni lah aku sayang kau lebih ni," ucap Farid pula. Air sirap itu diteguk dengan penuh nikmat.

 

"Hmm time ni je lah nak sayang."

 

Farish menundukkan kepalanya. Apa dia buat kat sini?

 

"Awak?" Perempuan itu memanggil Farish. Air dihulurkan.

 

" Terima kasih," ucapnya. Teragak-agak dia menyambut huluran cawan itu. Muka perempuan itu dipandang sekilas sebelum kembali menundukkan muka.

 

"By the way, lawa topi," puji Aimy sebelum beredar dari situ. Pujian itu membuatkan Hazriq dan Farid serentak memandangnya.

 

"Apa yang lawanya? Biasa je aku tengok," kedengaran Hazriq bertanya. Tangannya dipanjangkan untuk membelek topi di atas kepala Farish.

 

"Woi kotorlah topi aku ni nanti," belum sempat Hazriq mencapai, Farish menolak tangan Hazriq yang penuh dengan sabun itu. Farid pula hanya memandangnya lama sebelum tersengih panjang.

 

"Cepatnya diorang balik,"ujar Farid sengaja mahu mengubah topik.

 

"Siapa diorang?" Terangkat kening Hazriq bertanya.

 

"Si Lutfi dengan Aimy. "

 

"Huh? Balik daripada mana?" Hazriq bertanya lagi masih tak dapat tangkap.

 

"Balik dari photoshoot la," sabar Farish menjawab. Dah kenapa si Hazriq ni lampi tiba-tiba.

 

"Mana kau tahu diorang dah balik?" Farid pula bertanya. Kali ni Farish mereka pandang macam orang tak pernah tengok semut angkut gula. Apa yang peliknya soalan dia tadi.

 

"Tadi tu bukan Aimy ke?" soalan yang keluar dari mulut Farish membuatkan Hazriq dan Farid berpandangan antara satu sama lain. Suasana di situ diam seketika sebelum tiba-tiba mereka berdua bantai gelak. Terkebil-kebil Farish dibuatnya . Dah kenapa mamat dua ekor ni gelak tak ingat dunia.

 

"Aku rasa kau dah salah faham ni," kata Hazriq dengan sisa tawanya.

 

"Riq kau tak pernah bagitahu Farish ke yang si Ira tu ada kembar," tambah Farid membuatkan Farish ternganga.

 

"Dah dia tak pernah nak tanya," jawab Hazriq yang dah tersengih macam kambing gurun.

 

 

 

….……………

 

Dia ingat lagi dulu dia pernah sekali je tanya pasal Aimy pada Hazriq. Tu pun sebab dulu pernah ternampak sekeping gambar Hazriq dan Aimy dengan sepupu mereka yang lain dalam loker kawannya itu dan sejak itulah dia tahu Aimy tu sepupu kepada Hazriq. Lepas tu dia tak pernah tanya dah. Bukannya sebab tak nak tanya tapi malu, mungkin. Farish pun tak taulah sejak bila dia ada hati dengan sepupu sahabatnya itu. Selalu je mereka terserempak kat sekolah dulu, tapi dia selalu buat dek je. Tak nak layan sangat perasaannya itu. Kuat betul pengaruh nasihat ayahnya kepadanya buatkan dia jadi pemalu bila berhadapan dengan perempuan. Tapi pemalu dia bertempatlah.

 

"Kenapa kat sini orang panggil dia Ira?"

 

"Dekat sekolah je orang selalu panggil si Ira tu Aimy. Kat sini kitorang memang panggil dia Ira sebab kembar dia lagi sorang tu kitorang panggil Aimy. Aiman pula panggil Aimy Kak Iya sebab dulu budak tu pelat dan sampai ke sudah dia panggil Kak Iya sebab dah terbiasa," Farish teringat perbualannya dengan Hazriq petang tadi.

 

Aimy Syahirah. Hari itu banyak benda dia tahu pasal Aimy. Lutfi dan Aimy memang kawan satu kampung. Tambah pula rumah diorang memang sebelah menyebelah je. Bak kata Farid mereka dah rapat sejak dari kecil lagi. Cakap pasal Farid, dia jugak baru tahu yang si Aiman tu adalah anak kepada lelaki itu.

 

Terasa katil itu bergegar dihenyak ganas oleh kawannya itu. Hazriq baru selesai membersihkan diri. "Nasib katil ni tak roboh," katanya kepada Hazriq yang baru saja melompat ke atas katil.

 

"Huarghh sedapnya dapat baring," Hazriq tersengih sambil lagi dia mengeliatkan badan.

 

"Hazriq," panggil Farish setelah lama mereka mendiamkan diri. Hazriq yang berbaring di sebelahnya dia jeling. Kelihatan mata Hazriq sudah tertutup. Dah tidur ke?

 

"Hmm," balas Hazriq.

 

"Ayah si Aimy tu garang tak?"

 

"Dia nampak garang ke waktu kita makan malam sama-sama tadi?" jawab Hazriq dengan matanya masih lagi terkatup rapat.

 

Farish geleng kepala menidakkan. Mesra je tadi Pak Akob melayannya. Banyak benda yang mereka bualkan. Daripada isu semasa hinggalah ke hal bola. Dia pun layankan jelah.

 

"Aimy tu dah berpunya belum?"Soalan luar alam daripada Farish membuatkan Hazriq terus mengerengkan badan menghadap ke arahnya. Bulat mata dia memandang Farish.

 

"Ira ke yang kau maksudkan?"

 

"Yelah. Takan isteri si Lutfi tu pulak."

 

"Dah kenapa dengan kau ni?" Tanya Farish bila lihat mamat sebelahnya ni tiba-tiba tersenyum penuh makna.

 

"Pak Su!" laung Hazriq memanggil Pak Akob, ayah saudaranya itu membuatkan Farish panik seketika. Mulut Hazriq dia sumbat dengan bantal sebijik.

 

"Yang kau pergi jerit panggil ayah Aimy tu kenapa?" Geram Farish dibuatnya.

 

"Woii sesak nafas aku kau tekup dengan bantal ni," kata Hazriq sebaik sahaja berjaya melepaskan diri daripada serangan bantal Farish. Tak pasal-pasal bantal tu jadi mangsa.

 

"Hehe aku dah agak dah. Lama dah aku perasan. Sebenarnya kau ada hati dengan sepupu aku tu kan," usik Hazriq membuatkan Farish terdiam. Kedengaran Farish berdekah ketawa. "Apa hal muka kau merah dowh."

 

Sekali lagi muka Hazriq menjadi target serangan bantal daripada Farish

 

Tiba-tiba pintu bilik mereka terbuka. "Hah Riq ada apa panggil Pak Su tadi? Pak Akob muncul di muka pintu. Automatik tawa Hazriq terhenti . Mereka berdua berpandangan.

 

No comments :