Wednesday 14 June 2017

Ceritha 6

LOCENG TAMAT sekolah sudah lama berbunyi.Hana tak menunjukkan tanda-tanda untuk balik lagi.Keluhan dilepas. Menyesal?Danish terkenang akan ibunya.Dia ambil keputusan untuk berpindah ke sekolah SBP kerana permintaan ibunya.

   Pada mulanya dia ikutkan sahaja dengan rela hati.Tapi tadi lepas tahu Hana berpindah ke sekolah yang bakal ditinggalkannya itu buatkan dia berasa kesal.Sekali lagi keluhan dilepaskan. Berat.

   Kedengaran kerusi bergeser tanda orang bangun.Anis kelihatan menuju ke hadapan kelas.Memadam papan putih.

   "Hana",tegur Danish.

   "Pardon?"Dengar suara dari belakangya menyahut.Tak bernada.

   Kenapa awak pindah sini?"Danish bertanya sambil matanya memerhatikan Anis.Tak kuat dia rasa untuk menghadap Hana.

   "Nak rasa apa yang Farah rasa.Suasana baru.Maybe."

   "Farah tahu awak pindah?"

   "Belum lagi."

   "Kenapa?"

   "Tunggu dia balik cuti."

   "Ooh",patutlah Farah tak bagitahu dia apa-apa.Sebenarnya Danish dan Farah masih lagi berhubung sampai sekarang.Motifnya untuk tahu khabar tentang Hana.Banyak yang dia tahu tentang Hana termasuk kesedihan Hana bila Farah kena pindah sekolah.Tapi rasanya Hana tak tahu dia bersekolah di sini.

   "Sorry."

   "For?"

   "Leave u",Alone.Tak sanggup dia nak sambung satu perkataan itu.

   Perlahan dia berdiri lalu menghadap Hana.Sehelai surat diselitkan pada buku di atas meja Hana.Kemudian wajahnya diangkat memandang wajah Hana yang tak berperasaan.Mereka berbalas pandang.Macam biasa muka Hana tidak beriak tapi matanya..berkaca?

   "Mungkin awak terbuang surat ni dulu?"

   
SURAT YANG pernah diberi oleh Danish kepadanya empat tahun yang lepas ditatap kosong.

   Stay strong and makes friends.

   Hanya sebaris ayat itu sahaja yang tercoret.Baginya surat itu merupakan satu usikan kepadanya yang sememangnya anti sosial.Terus dia buang ke dalam tong sampah luar kelas.Terasa.Tapi itu dulu.

   Sebuah senyuman terbit di bibirnya.Setitik air mata menitis membasahi kertas putih itu.

   "Kalaulah kau tahu aku pindah sini sebab kau",tempat duduk di hadapannya yang sudah tidak berpenghuni itu dipandang.

   
"HANA!!Nak join kitorang makan tak?"ajak Anis.

   "Jomlah Hana.The more the merrier",ajak Faris pula.

   Angguk.

   "Ok jom.Memandangkan mood aku baik hari ni,aku belanja korang berdua",ujar Faris.

   "Wah seronoknya",Anis keriangan.Hana hanya tersenyum.

   Sedar tak sedar dah sebulan lebih dia bersekolah di situ.Nasi goreng dihadapannya ditenung.

   "Hana,kenapa tenung makanan tu macam tu.Telan je la",usik Faris.

   Laju tangannya mencapai sudu.Nasi goreng disuap ke mulut.

   "Hana,kau dengan Danish tu ada pape ke?"

   Nasib dia sempat telan nasi lemak ni.Kalau tak boleh mati tersedak dibuatnya.Muka Faris dipandang tak beriak.Kening sengaja diangkat.

   "Kenapa?"

   "Semalam Danish call aku.Ingatkan nak tanya khabar dekat aku.Alih-alih dia tanya pasal kau.."Bebelan seterusnya dari Faris sudah tak didengari.

   Matanya dialih memerhati wajah Anis.Hana ingin lihat reaksi Anis.Riak selamba Anis tayang.Bukannya apa,
Hana rasa Anis perasan je drama antara dia dan Danish yang berlaku dalam kelas sebelum Danish berpindah.Jarak papan putih dengan meja mereka tak adalah jauh mana.Mesti boleh dengar apa yang mereka bualkan.

   Tapi lepas Anis kembali semula ke mejanya hanya senyuman dilemparkan kepadanya.Dia tak tanya apa-apa lepas tu.Mungkin sebab tu lah kot Hana rasa selesa berkawan dengan Anis.Jenis yang tak suka nak jaga tepi kain orang.

   "Kau ni macam Mak Jemahlah.Suka membebel.Kalau ye pon tak puas hati dengan Danish tu janganlah lepaskan kat kitorang pula.Sakit telingalah dengar kau membebel.Kacau aku makan je",celah Anis memarahi Faris.

   Yeah I like it.Tawa Hana pecah melihat muka cemberut Faris.

   "Esok jadi tak nak study kat rumah aku?Barang projek sains semua ada kat sana,"Hana tukar topik.

   "Pagi kat rumah kau.Petang kat rumah aku",Faris menambah.

   "Asal tak kat rumah aku je sampai petang?"

   "Mak aku ajak korang makan tengahari",terang Faris.

   "Amacam?"

   "On."

No comments :