Wednesday 14 June 2017

Ceritha 11

"KENAPA PAGI tadi kau kunci jam?"

   "Oh,ingat nak siapkan karangan Bahasa Melayu yang Cikgu K suruh buat semalam.Kan benda alah tu kena hantar hari ni",jawab Amin.

   "Siap dah?"

   "Tinggal nak siapkan perenggan akhir je.Sampai kelas nanti aku pulunlah siapkan.Nasib baik hujan pagi ni.Perhimpunan tak da,bolehlah siapkan homework.Bak kata orang apa?Hujan rahmat?",rancang Danish.Air teh panas di hadapanya dihirup senang hati.Macam dia pula yang dah siapkan semua kerja sekolah.

   Danish hanya geleng kepala. Amin..Amin..suka sangat buat kerja last minute.Kuey teow disuap ke mulut.Matanya memerhatikan suasana dewan makan.Penuh.Mungkin ramai yang kebulur sebab hujan.Selalunya tak ramai.

   "Kau makan cepat sikit.Jangan nak santai sangat.Banyak homework menunggu ni."

   "Tahu pulak nak gelabah.Tadi bukan main relek aku tengok."

   "Cepatlah".

   "Tiba-tiba aku rasa macam nak tambah kuey teow acik DM ni.Sedap pulak dia masak hari ni",Danish sengaja mengusik Amin.

   "Pilih nak siku ke buku lima?"Amin berang.Besar tawa Danish tengok muka Amin mencuka.

   "Kuey teow".

"BRO NI macam mana nak buat?Apahal kitorang buat dari tadi tak imbang-imbang?"Tanya Hafiz kepada Danish yang baru balik dari kantin.Amin mengiyakan.Kelas kosong,hanya ada Amin dan Hafiz sahaja dalam kelas itu.Lambat lagi waktu rehat tamat.

   "Anta tak turun rehat ke?"

   "Puasa",jawab Hafiz pendek.

   "Kau pulak?"Muka Amin dipandang.

   "Pokai",balas Amin sengih kambing.

   "Laa tak cakap.Kalau tahu tadi aku belanja".

   Danish bila dengan Amin saja dia beraku engkau manakala dengan kawannya yang lain tidak.Sekolah itu telah menerapkan supaya para pelajarnya menggunakan panggilan ana-anta-anti.Pergaulan antara laki perempuan juga perlu dijaga.

   Danish mengambil tempat di sebelah Amin.Dalam kelas tempat duduknya bersebelahan Amin.Hafiz pula dihadapannya.

   Soalan akaun itu dibaca lalu meneliti jawapan yang telah dibincang oleh kedua rakannya itu.

   "Jualan bersih ni terkurang kosong.Sepatutnya enam puluh ribu tapi korang tertulis enam ribu.

   "Kalkulator?"

   "Nah",hulur Hafiz.

    Sesekali tangan Danish membetulkan angka di penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

   "Imbang",ujar Danish.

   "Hekeleh.Tu je ke salahnya.Soalan ni pon satu banyak sangat kosongnya",bebel Amin.

   "Agaklah.Bila satu salah satu akaun efek."Sokong Hafiz.Danish hanya tersengih mendengar komen rakan-rakannya.

   "Minggu ni korang balik tak?"Tanya Danish

   "Tak",Amin dan Hafiz geleng.Mana taknya masing-masing rumah jauh.Hafiz nun Kedah sana manakala rumah Amin dekat Johor.

   "Cuti tiga hari je."

   "Jomlah balik rumah aku.Sabtu ni ada kenduri.Along aku kahwin",pelawa Danish.

   "Wah lama dah aku tak pekena nasi minyak.Dah kau ajak aku ikut je la",laju saja Amin bersetuju.

   "Anta?",perhatian dialih kepada Hafiz.

   "Okey",balas Hafiz turut bersetuju.

   "Cantik."


No comments :