Wednesday 14 June 2017

Ceritha 16

HARI ITU sekolahnya mengadakan pertandingan merentas desa.Ikatan kasut yang terasa longgar dikemaskan.Kedengaran dari tepi padang orang memanggilnya membuatkan dia mengangkat kepala mencari siapa yang memanggil.Faris dan Anis.Kakinya melangkah mendekati mereka.

   "Lari laju-laju tau."Faris memberi semangat.Faris tak dapat ikuti larian itu kerana mempunyai masalah seput.

   "Kau kenapa tak lari?"Muka Anis dipandang.

   "Tolong buat air untuk koranglah."

   "Heleh.Alasan.Cakap jelah malas nak lari",ejek Faris yang memang maklum bahawa Anis bab-bab berlari ni culas sikit.Anis hanya tayang gigi.

    "Nanti kalau penat kat tengah jalan tu.Bayanglah muka aku.Kompem mengah kau terus hilang",ujar Faris membuatkan Anis di sebelahnya mencebik.

   "Perasan."

   "Aku gerak dululah",Hana yang malas mahu mendengar gaduh-gaduh manja mereka itu meminta diri.

   "Ok.Hati-hati."Laung Anis kepada Hana yang sudah melangkah menjauhi mereka untuk ke garisan permulaan.Hana hanya membalas dengan lambaian.

   Earphone sport yang dari tadi tergantung di leher disumbat ke dalam telinga.Butang on ditekan.Bunyi lagu golden nyanyian daripada Lukas Graham mula menerjah ke gendang telinga menaikkan semangat.

   Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan.Dia mula berlari.Pesaing yang berada di hadapan dipintas seorang demi seorang.

  
"WAH HEBATNYA HANA",Anis tak berhenti-henti lagi memuji.Mereka sedang duduk berkumpul di dalam dewan sekolah.Keputusan dan penyampaian hadiah akan diumumkan tak lama lagi.

   "Aku dah agak mesti engkau orang pertama sampai garisan penamat dulu",ujar Faris bangga dengan Hana.Tadi dia yang tengah jaga garisan penamat kecoh bersorak bila nampak dari jauh muka Hana merupakan orang pertama yang sampai.

   Hana hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk menghabiskan larian yang sejauh 4 km itu.Entah apa dia makan masa kecik-kecik dulu sampaikan lari pon dah macam harimau bintang.Laju bebenor.

   "Kalau Danish ada ni mesti acara merentas desa lelaki dia bolot",Faris terkenang akan Danish yang juga kuat lari itu. 

   "Eh apa citer Danish sekarang?" Kedengaran tiba-tiba Anis bertanya.

   "Hari tu aku ajak engkau pergi kenduri kat rumah dia.Kau tak datang."

   "Alaa aku dekat Johor laa waktu tu.Balik kampung."

   "Kau rasa dia tengah buat apa sekarang?"

   "Sekarangkan sepatutnya waktu orang belajar.Tidur laa apa lagi",tiba-tiba Peng yang duduk turut melepak dengan diorang menyampuk.

   Faris dan Hana bantai gelak membuatkan.Hana yang dari tadi tadah telinga mendengar perbualan mereka pelik.Apa yang kelakarnya?

   "Danish tu asal cikgu ajar kat depan je mesti tidur.Tapi tidur-tidur pon kalau cikgu tanya still dapat jawab.Result exam mamat tu pon selalu je gempak",terang Faris yang dah faham sangat dengan perangai Danish.

   "Ooh."

   Hana yang sedang duduk memeluk lutut menjatuhkan pandangannya ke arah kasut yang sedang dipakainya.Nike biru.Entah kenapa setiap kali dia beli kasut sukan baru mesti dia akan beli kasut  jenis itu.Terbit senyuman dari bibirnya.Teringat peristiwa dia tak pakai kasut sukan semasa darjah enam dulu.Mungkin sejak itu dia mula tertarik dengan kasut jenis itu.

   "Ok Hana ready.Kejap lagi nama engkau",beritahu Anis.Ucapan daripada guru besar tadi dah lama habis.Waktu tu mereka sibuk berborak tak dengar apa yang diucap oleh beliau.Sekarang merupakan penyampaian hadiah.

   "Dan johan disandang  oleh saudari Nur Hana Izzati dari rumah merah",riuh kedengaran Faris dan Anis bersorak untuknya bergabung dengan suara sorakan dari pasukan rumah merah.

   "Rumah tepi sawah pakai langsir merah baru,merah pantang kalah selalu dapat no satu!"

   Hana mengatur langkah menaiki pentas.Muka Farah pula terbayang di kotak fikirannya.Dulu Farah selalu memarahinya sebab tak pernah nak tunjukkan bakatnya itu.

   Pingat emas disarung ke leher.Hana melemparkan senyuman kepada Bonda Hasyimah,guru besar mereka selepas mengucapkan terima kasih.Bonda juga mengucapkan tahniah.

   "Farah as you wish",bisiknya perlahan.Bangga.Kemudia terasa suara Lukas Graham tergiang-giang sekali lagi di telinga.

No comments :