Wednesday 14 June 2017

Ceritha 3

   FUH PENATNYA!Kerusi ditarik.Hana duduk di tempatnya untuk lepaskan lelah.Air yang masih berbaki diteguk perlahan.Kemudian rambutnya yang tidak terurus diikat kuda.

   Suasana kelas diperhati. Lengang. Hanya ada dua tiga orang sahaja duduk bertapa di dalam kelas.Kawanya yang lain mungkin masih di padang kali.Bahu dijungkit.Malas nak ambil tahu.

   Kelihatan seorang pelajar lelaki,entah siapa ntah namanya,khusuk study di hadapan kelas.Skema.Hana tersengih."Cubalah beriadah sikit.Bagi badan tu cerdas.Enjoy our moment while we're young.Asyik study je.UPSR.Lima subjek je kot.Gelabah",komen Hana dalam hati.

   Tadi dia berlari pusing padang lima kali.Lepaskan gian.Malas nak berlama kat padang dia terus bersihkan diri di bilik mandi.Gila tak mandi.Berlengas.

   Badan disandarkan ke belakang kerusi.Bawah meja diraba mencari buku.Komik,bolehlah.

   Tiba-tiba sehelai kertas jatuh ke atas ribanya.Kening terangkat.Surat?Dia terus menilik mencari nama si pengarang surat tersebut.

   From Danish.

"MACAM MANA exam tadi?"Farah terus mengajukan soalan sebaik sahaja keluar dari dewan.Kertas akhir untuk peperiksaan UPSR.

   Bahu dijungkit.Tersengih."Kau?"

   "Boleh la.Tak susah mana",balas Farah.

   "So?"

   Sengihan bermakna dilemparkan kepada Hana."Merdeka!"jerit Farah lalu disahut oleh rakan-rakan mereka yang lain.

   Hana hanya menggeleng memerhati keletah Farah.Siapa tak bahagia.Baru lepas habis exam kot.

No comments :