Wednesday 14 June 2017

Ceritha 8

"NAH MAK aku bagi",bekas pelastik yang boleh dipanaskan dalam oven itu diagih kepada Ani dan Hana.Sorang satu.

   "Apa ni."

   "Tengoklah."

   "Waa shushi.Amboi class beb mak kau. Pagi -pagi dah buat sushi",tak berkelip mata Anis melihat isi di dalam bekas itu.Teruja.

   "Nanti kirim ciuman sayang kat mummy eh.",ucap Hana yang sudah tersenyum lebar.

   "A'ah sampaikan terima kasih aku kat Mak Cik Ani.Rajin giler mak kau."

   "Tengok anak dia laa.Mak borek anak rintik",lagak Faris.Rambut sengaja diselak ke belakang.Kerek.

   "Tak payahlah nak angkat bakul sendiri.Aku telangkup bakul tu kat kepala karang,baru tahu",balas Anis sambil jelir lidah.

   "Amboi,amboi ambil balik kang bekal tu.Tak pasal putih mata nanti"mula bercekak pinggang.

   "Buruk siku."

   "Siku aku yang buruk.Apa aku kisah.Tak kacau siku kau pon kan."

   "Korang dah kenapa gaduh berperibahasa bagai pagi-pagi ni.Nak berbalas peribahasa ke pantun ke,tunggu lepas rehat nanti.Waktu BM",sampuk Hana.Bekal sushinya disimpan bawah meja.Tak pasal nanti Faris betul-betul nak ambil balik bekal Anis, dengan bekal dia sekali diambilnya nanti.Tak ke naya tu.Baik dia selamatkan dulu.

   "Alahai,gaduh-gaduh manja pepagi ni apa salahnya",balas Anis yang mula tersengih.Saja je nak sakat Faris tadi.

   "Memang cara gaduh budak pandai macam ni eh?"sarkastik Hana komen.Berperibahasa bagai.Tergelak Hanis dan Faris mendengarnya.

   Dah lah aku nak pergi bilik guru dulu.Nak panggil Madam Husna masuk kelas.Tak muncul-muncul lagi dari tadi.Debat dengan korang sampai rehatlah kita tak belajar gamaknya.Cioa!"ujar Faris sebelum melangkah keluar dari kelas.

   Laju tangan Hana mengeluarkan buku Bi.Tak lupa essay yang Madam suruh buat semalam.Matanya perhatikan essay yang telah dikarangnya malam tadi buat kali terakhir.Bolehlah ni.Kejap lagi kalau Madam minta boleh terus hantar.

   "Hana",Anis mencuitnya.

   "Hmm",sahut tapi mataya masih lekat pada essay.

   "Nak tanya sikit."

   "Sejak bila pula aku jadi kaunter pertanyaan ni?"Sarkastik.

   Anis tayang gigi.Serba salah nak tanya.Tapi tanya jelah."Hari tu waktu kita study kat rumah kau kenapa tak nampak pon mak kau eh?I mean mak kandung."

   Barulah dia angkat muka.Wajah Anis dipandang lama."Tak ada dah."

   "Huh?"

   "Meninggal masa lahirkan aku."

   "Ooh.Err Sorry."

   "Tak de hal lah."

   Anis ambil keputusan untuk berdiam diri.Tak mahu tanya lebih-lebih. Takut Hana rasa tak selesa.

   "Ni aku nak nasihat. Selagi kau ada mak ayah kat dunia ni.Hargailah diorang",tiba-tiba Hana bersuara.

   Kening sebelah terangkat mendengar ayat yang biasa didengarinya itu kalau hadir mana-mana kem motivasi.Ayat yang dulu sering masuk telinga kanan keluar telinga kirinya.Lali dah.

   "Dulu selalu terbayang,teringin nak ada mak yang hantar and tunggu aku balik dari sekolah.Raikan event like birthday aku dengan dia.Nak juga rasa berdebar bila tunggu dia dan dengar apa komen cikgu tentang perangai aku setiap kali perjumpaan tiga penjuru kat sekolah.Tengok dia disamping ayah aku waktu teman aku main kat taman permainan kecik-kecik dulu.Bila tangkap gambar lengkap ada tiga wajah dalam gambar.Aku nak rasa semua tu.Tapi tak boleh."

   Anis rasa air matanya tiba-tiba bergenang.Ibu bergenang air mataku..

   "Aku tak pernah merasa cium tangan dan pipi seorang wanita yang dah lahirkan aku kat dunia ni.Pelukan seorang ibu setiap kali aku dapat result cemerlang.Pujukan dia setiap kali aku sedih.Bahu yang boleh disandar sambil berkongsi cerita yang mengembirakan aku."

   Tulisan buku di hadapannya,Anis rasa kabur.Dia menahan sebak.

   "Selagi boleh ni hargailah",sekali lagi Hana ulang ayat keramat tu.Ayat yang Anis rasa dah lali itu entah kenapa hari ni dia rasa macam baru first time dengar.Menyentuh hati.

   "Bersyukurlah sebab pernah dan masih dapat lagi rasa kasih sayang seorang ibu.Ayah pon sama."

   Anis cuba tersenyum.Kelat.

   "Bila lagi kita nak dengar cakap diorang?Waktu kita kecik tak matang lagi ni lah kena ikut kata mereka.Bukan sahaja sebab diorang dah makan garam dulu dari kita.Perumpamaan Syurga kat bawak tapak kaki mak tu juga dah gambarkan betapa kata ibu wajib kita patuhi selagi tak langgar perintah-Nya.Jangan tunggu dah besar,dah kahwin nanti baru nak dengar.Waktu tu kata suami kita pulak yang kita wajib patuh.Mak dengan ayah dah tak ada kuasa atas kita dah sebab tanggungjawab depa dah bagi kat suami kita."

   Anis terkenang akan ibunya di rumah.Tiba-tiba dia rasa nak lari balik rumah sekarang jugak.Nak peluk ibunya.Ibu!

   "Mak!"Raungan Faris mengejutkan mereka berdua.

   "Kau dah kenapa?Bila masa ada kat sini ni?"Anis yang baru je nak feeling tadi terus tak jadi.

   "Eisy buat orang terkejut je.Mana Madam?"Kepala Faris diketuk Hana geram.

   "Aduh sakitla.Lama dah aku  tercenguk kat sini.Dari "tiga penjuru" lagi.Korang je tak perasan",beritahu Faris sambil mengusap kepalanya.Kemudian,suasana kelas diperhati.

   "Dengar sini penduduk kampung sekalian,selaku ketua kampung ni aku nak umumkan yang hari ni Madam tak datang.So korang buatlah kerja masing-masing eh",laung Faris tiba-tiba siap berdiri atas kerusi lagi.Kedengaran ramai yang bersorak.Seronok betul cikgu tak ada.

   Faris lalu melemparkan sengihan kepada Hana."Fuh terbaik laa Hana.Gaya pakar motivasi ada dah.Tersentuh hati aku dowh dengar motivasi pagi kau tadi",ibu jari ditayang gaya Boboi Boy sebaik sahaja turun dari kerusi.

   "Ni pujian ke perlian?"

   "Hesy buat apa nak perli."

   "Aku cakap balik je apa yang aku dengar dari Halaqah hari tu."

   "Uitt sejak bila kau layan rancangan agama macam tu."

   "Mummy lah yang heret aku sekali tengok cerita tu",balas Hana tak bernada.Mengekeh Faris ketawakannya.

   Hana kalau balik rumah mummy bab-bab akhirat ni memang ditekankan. Almaklumlah Mak Cik Ani tu merupakan antara guru ngaji termasyhur dalam kampung tu.Tambahan pula pak cik Kasim,ayah Faris merupakan antara orang kuat masjid.Satu geng dengan tok imam.Anak mereka si Faris ni tengok je perangai gila-gila tapi kaki masjid beb.Memang kalau balik rumai depa ni konfem solat 5 waktu dia tak akan tinggal.Nak kena piat?Buatlah perangai.Heh.

No comments :