Wednesday 14 June 2017

Ceritha 9

LOCENG TAMAT SEKOLAH BERBUNYI.Atas meja yang bersepah dikemaskan.

   "Faris,Hana aku blah dulu eh.Bye assalamualaikum",tutur Anis sebelum berlalu pergi.

   Langkah Anis,Hana perhati hingga kelibatnya tak kelihatan.

   "Balik jom",ajak Faris.

   "Petang ni kau free tak?"

   "Nak ke mana?"

   "Kubur."

TANGANNYA TANGKAS membuang rumput liar yang baru nak tumbuh.Kubur ibunya ditatap sayu.

   "Selamat Hari Ibu.Hana datang ni nak bagi hadiah kat ibu.Terima kasih selama ini ibu bersusah payah mengandungkan Hana 9 bulan.Ibu sanggup tanggung sakit yang perit untuk lahirkan Hana.Thank you ibu.Hana sayang ibu",ucap Hana syahdu.Naskah Yassin digenggam erat.

   Hana terkenang akan perbualannya dengan Anis pagi tadi.Entah kenapa spontan nasihat-nasihat itu terkeluar dari mulutnya.Nasihat yang diberikannya itu mungkin datang dari rasa terkilan yang dipendam dari kecil.Melihat kebanyakkan rakannya mempunyai seorang ibu yang boleh bermanja.Lagi-lagi hari itu merupakan hari ibu.Jalan ke mana-mana saja mesti topik tentang ibu saja didengarinya.

   Terasa kepalanya diusap lembut.Kepala dipaling memandang Faris."Ok tak?"

   Angguk.

   "Bismillah", kedengaran lafaz Faris tanda mahu mula membaca surah Yassin .Cepat-cepat buku kuning nipis itu Hana buka.

   "Yassin.."

"ORANG LAIN semua sambut hari ibu dekat tempat yang best.Aku pula setiap tahun sambut kat sini je",ujar Hana sebaik melangkah keluar dari pagar tanah perkuburan.Jug air yang tadinya penuh dengan air bunga,kini kosong dipeluk erat.

   "Ye ke.Aku sambut kat rumah je",balas Faris.Hana diam.Tak tahu kenapa hari tu dia sedih sangat.Selalunya biasa je.

   "Banyakkanlah berdoa untuk mak kau.Moga dia tenang di sana.Doa anak yang soleh Allah terima tau",pujuk Faris.

   "Aku ni cukup soleh dah ke?"

   Kelu Faris seketika.

   Helmet dicapai lalu dipakaikan ke kepala Hana."Kalau kita buat kebaikan,ikut perintah Allah, solat cukyp lima waktu,tutup  aurat,tak buat maksiat..in sya Allah.Kita boleh jadi orang yang soleh atau solehah.Tapi kenalah niat buat semua amal ibadah tu kerana Allah.Bukannya semata-semata nak Allah terima doa kita je tau",nasihat Faris lembut.

   Hana hanya mendiamkan diri.Otaknya ligat mencerna kata-kata Faris.

   "Jom balik.Nak senja dah ni",enjin motor dihidupkan.

   "Faris kau tak nak buat apa-apa suprise ke untuk mummy?Hari ni kan hari ibu."

   "Bagi aku hari-hari,hari ibu."

No comments :