Wednesday, 25 May 2016

Bab6



   Berkeriut bunyi buaian disebelahnya tanda ada orang duduk.Amril tidak mengendahkan sambil matanya leka meniti baris -baris ayat surat daripada sepupunya.Tahu dah siapa.

   Bunyi gitar dipetik menarik perhatian. Terangkat kening Amril mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Syafira. Bunkface.


   Haillaaa berkonsert lah pulak minah ni.Nasib suara sedap.Leka Syafira menyanyikan lagu itu tanpa mempedulikannya.


   Malam ini kita punya...,


   "Belum malam lagi lah cik kak oii. Baru pukul lima petang ni",celah  Amril sengaja mengusik. Terhenti Syafira melalak.Tersengih dia.


   "Seronok?"Tanya Amril. Almaklumlah orang baru lepas habis SPM. Semalam paper ekonomi. Last paper katanya.


   Tersengih Syafira sambil menaikkan kening dua kali.


   Kalau rasa gembira main gitar...


   Kedengaran gitar dipetik lagu.Lagu budak-budak pulak dah.Tergelak dia melihat telatah Syafira


  Kalau rasa gembira beginilah caranya.. 

  Kalau rasa gembira main gitar..

   "Hehe. Sedap tak suara aku ",tanya Syafira mengakhiri nyanyiannya.


   "No comment ",Amril jungkit bahu malas nak puji.Kembang tak kempis-kempis nanti kalau dia puji minah seorang ni.


   "Surat dari matahir ke?" Selamba Syafira bertanya sambil dia memetik gitar entah rentak apa agaknya. Random.


   "Cousin akulah".


   "Sweetnya berbalas surat.Nasib tak bersemut surat tu",usik Syafira lagi.Gitarnya sudah dibaringkan ke atas riba. Wajah Amril pula menjadi tumpuan Syafira.


   Amril jungkit bahu.Surat itu dilipat sebelum disumbatkannya ke dalam poket.


   "Serius ke tak ada siapa pernah kata muka kau macam Afgan",terpacul soalan dari mulut Syafira yang masih lagi tak lepas memandangnya.


   Geleng .Pelik Amril dibuatnya.Berapa kali dah perempuan tu menyatakan mukanya ada iras penyanyi yang berasal dari Indonesia itu. Pernah juga sekali dia bertanya perihal tersebut kepada Syah.Bukan setakat menidakkan, boleh pula Syah menyamakan mukanya dengan bangla yang selalu berlegar-legar menjual karpet di kampungnya.


   "Mungkin sebab lesung pipit kot".


   Dalam diam Syafira mengiyakan.Agaknya. Amril memang mempunyai lesung pipit yang dalam di kedua belah pipinya. "Gaya rambut kau pon dah macam  gaya dia",Syafira menambah.


   "Saja je aku tanya.Mana tau kau ada pertalian darah ke dengan dia".


   "Memang Afgan sepupu aku pon",tersenyum bangga  Amril memberitahu.


   Jatuh rahang Syafira mendengar pernyataan tersebut.Terhenti niatnya yang baru sahaja hendak  memetik gitar.


   "Surat tadi tu dia yang bagi",tambah Amril.Makin lebar senyumannya . Terus dia mengangkat punggung untuk pulang ke rumah.


   "Betul ke?"Jerit Syafira inginkan kepastian sambil mengekori langkah Amril .Teruja bercampur ragu-ragu dia dibuatnya.  Puas dia bertanya itu ini. Boleh pulak Amril buat tak tahu.


   "Rasa-rasa kalau aku hempuk gitar ni kat kepala kau nak tak kau bagitahu,"ujar Syafira yang sudah mengangkat gitarnya.


   Cepat-cepat Amril pecut meninggalkan Syafira keseorangan. Mengelat.

  


   LEE LEPAK JOM",ajak Syafira sebaik sahaja talian sebelah sana bersambung.

   KFC depan sekolah.Sepuluh  minit aku sampai sana", laju saja Lee bersetuju.


   Laju Syafira capai kunci scooter biru miliknya. One direction sedang melalak di telinga ketika dia sudah sampai di hadapan restoran KFC. Sempat dia menjeling cermin tepi membetulkan rambutnya yang serabut dek angin ketika memecut scooternya ke situ.


   Lee tak sampai lagi.Jauh. Rumahnya pula memang dekat dengan sekolah. Kalau pecut memang lima minit sudah boleh sampai.Selalunya dulu sewaktu habis sesi persekolahan Syafira dan Lee akan sama-sama lepak di KFC hadapan sekolahnya itu.


   Syafira terus menuju ke kaunter untuk memesan makanan sebaik sahaja melangkah masuk. Kemudian dia memilih meja paling  hujung penjuru belah kanan restoran.


   Lee melabuhkan punggung di kerusi hadapannya semasa makanan yang telah dipesan oleh Syafira sampai.


   "Aku dah pesankan untuk kau sekali",beritahu Syafira yang sememangnya sudah tahu makanan apa yang digemari rakannya itu.


  "Terima kasih",ucap Lee tersengih sambil meletakkan kamera Nikon yang dibawanya ke tepi.


   "Kau tertumpah minyak wangi kat baju  ke apa?"Kembang kuncup hidung dibuatnya . Wangi betul mamat ni.


   "Aku baru lepas mandi. Nasib kau ajak aku keluar kalau tak seharian aku tak mandi. Malas",ujar Lee bersahaja.


   "Habat",Syafira mencebik."Dari tadi aku tengok mata kau dokk melilau je.Cari siapa?"


   "Ok target dikesan",tersengih sampai telinga Lee sambil kelam kabut tangannya mengambil Nikon yang tadi diletakkan di penjuru meja. "Syaf cover aku ",terus Lee menyasarkan lensa Nikon ke arah belakang Syafira.


   Terangkat kening Syafira melihat gelagat rakannya.Kepalanya ditoleh ke belakang.Patutlah siap berminyak wangi bagai. Nak usyar minah tu rupanya.Geleng.


   Kelihatan Aisyah dan seorang temannya sedang memilih menu di kaunter.Jam ditangan dikerling.2 petang.Memang waktu budak-budak balik sekolah.Tiba-tiba idea jahatnya muncul. Terus Syafira menghalang kamera tersebut sambil membuat gaya peace.


   "Weh Syaf tepilah",marah Lee.


  "Patutlah ajak aku datang sini. Rupanya ada agenda lain eh.Ada batu di sebalik udang rupanya",ujar Syafira.

   "Patutlah trial subjek bm kau teruk,guna pribahasa pon masih salah.Tengoi aku A plus tau",sengaja Lee mengejek untuk menutup rasa malu.


   "Eleh gaya kau cakap macam aku ni dapat C je",Syafira mencebik.Kelihatan Lee masih leka dengan kameranya.


   "Ermm..aku nak tanya kau sikit boleh?"tanya Syafira.

   "Hei sejak bila pandai mintak permission aku sebelum bertanya.Selalunya main terjah je",balas Lee.Syafira tersengih.


   "Ingat tak time kita pergi MPH,yang kita terjumpa jiran aku dulu.Ingat tak?"


   "Ahaa,kenapa dengan jiran kau?"


   "Esyy bukan pasal jiran aku yang aku nak tanya".


   "Dah tu?"


   "Kenapa kau beli buku tu?"Serba-salah Syafira bertanya.Risau Lee tidak selesa.


   "Buku apa?"Lee sengaja bertanya,buat buat tak faham.


   "Dah kau beli sebuah tu je macam manalah aku tak perasan"Syafira mencebik.


   Lee tersenyum kelat.Tak sangka Syafira perasan.Puas dia suruh Syafira bayar buku milik Syafira terlebih dahulu sehingga Syafira melangkah keluar dari MPH,baru dia membuat pembayaran.Hadeh..buat penat je dia sorokan buku itu daripada Syafira.Apa Erti Saya Menganut Islam,buku itu sudah lama dicarinya.


   "Dah berapa tahun kau kenal aku?"Lee bertanya sambil membelek-belek kameranya.


   "Baru dua tahun".

   "Macam mana kita boleh kenal?"Soalan Lee membuatkan Syafira memandangnya tidak berkelip.



No comments :