Monday, 2 May 2016

Bab5



   TERTARIK DIA membaca kisah tentang keperwiraan Tok Janggut sedangkan sewaktu gurunya menerangkan sebelum ini ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kira. Tersengguk -sengguk macam burung belatuk. Syafira tersengih sendiri. Kemudian dia perhatikan gambaran Tok Janggut di sudut tepi hujung buku teks sejarahnya.Berjanggut lebat.Agaknya sebab tulah orang menggelarnya Tok Janggut. Tiba-tiba dia teringat Dr Zakir Naik. Sama berjanggut. Dua dua ahli agamawan.

   Penat berfikir dia mengangkat mukanya menghadap Lee yang masih lagi tekun menelaah buku.

   Gara-gara doktor ni terlepas dia bercerita tentang Lee kepada Amril.Teringat dia peristiwa di taman permainan semalam.Eh Syafira,boleh pulak kau salahkan doktor tu. Syafira tersengih lagi.

   "Apa yang kelakar sangat dalam buku sejarah tu sampai kau tersengih-sengih macam kambing yang tak gosok gigi je aku tengok",tegur Lee kehairanan.

   Meletus ketawanya mendengar perumpamaan yang Lee buat."Kau ni bukan main cantik lagi muka aku ni. Boleh pulak kau samakan aku dengan kambing",balas Syafira dengan sisa tawanya.

   "Tengok sikit kau baca apa tu? Tok Janggut?Hari tu aku baca tak ada apa yang kelakar pon",lurus Lee bertanya.

   "Amacam hubungan kau dengan Aisy sekarang?"Soal Syafira membuatkan kening Lee terangkat.

   "Kenapa tiba-tiba kau tanya?"

   "Kau tak rasa ke muka Aisy tu ada iras Tok Janggut ",Syafira  berjenaka.

   "Not funny lah Syaf. Entahlah penat aku fikir pasal benda ni",lemah Lee bersuara.

   Eloklah tu kau dah penat. Baik kau tumpukan perhatian betul-betul untuk Spm daripada kau fikir benda-benda alah ni",serius Syafira memberi nasihat.

   "Alang -alang kau tengah buka topik pasal Tok Janggut ni aku nak tanya sikit boleh?"pinta Lee sengaja mengubah topik. Kalau tak dihentikan makin panjanglah bebelan Syafira.

  "Hmm apa dia?"

   "Kenapa Tok Janggut ni beria sangat eh pertahankan Islam?"

   Terkejut Syafira mendengar soalan yang keluar dari mulut kawannya itu.Syafira menarik nafas dalam-dalam sambil otaknya ligat menyusun kata.

   "Macam engkau jugaklah. Apa kau buat kalau ada orang tuduh mak kau lelaki?"Tanya Syafira sengaja beranalogi.

   "Mestilah aku pertahankan mak aku.Lama dah aku kenal mak aku.Lagi pun aku sayang kot mak aku.Takkan lah aku nak biarkan je orang tuduh makbaku macam tu. "Jawabnya yakin.

   "Bukti?"

   "Aku pernah tengok mak aku mengandungkan adik aku.Aku pernah pegang perut mak aku waktu dia mengandung.Siap boleh rasa lagi tendangan adik aku dalam perut mak.Lagipun mana ada lelaki yang mengandung ",hujah Lee panjang lebar.

   "Macam tu lah Tok Janggut. Dah lama dia mendalami untuk kenal Islam. Buatkan dia makin sayang Islam".

   "Buktinya?" Lee pula yang bertanya ingin tahu.

   "Al-Quran.Ramai saintis termasuk yang bukan Islam yang sudah mengiktiraf Al Quran malah ada je yang jadikan Quran tu sebagai sumber rujukan untuk kajian diorang".

   Terpegun Lee mendengar hujah Syafira.Lama dia terdiam sambil melemparkan pandangan kosing ke arah Syafira.

   "Apahal pandang aku macam tu?"

   "Tak.First time aku rasa engkau cerita tentang Islam dekat aku selama kita berkawan.Thanks ",ucap Lee membuatkan Syafira terpempan.


   SEDAR TAK SEDAR lagi sebulan SPM bakal menjelang.Makan dan minum pun Syafira rasa sudah tidak lalu. Teringat dia keputusan trial hari itu. Lapan A. Spoil BM itu pun lagi satu markah nak mencecah A minus.

   Dalam sibuk dia menghidupkan scooter miliknya untuk bergerak ke sekolah dia terdengar suara Amril menyanyi riang. Tak ada kuliah agaknya hari ini. Teka Syafira.

   "Pagi-pagi dah basuh kereta?"Tegur Syafira.

   Amril tersengih menayangkan gigi. "Sambil menyelam minum air. Sambil basuh kereta boleh mandi".

   "Bilik air kau roboh ke?"sarkastik Syafira bertanya.

   "Kau dah nak pergi sekolah eh? Soalan Syafira tidak dihiraukan.

   Angguk.

   Amril memerhatikan  Syafira yang sedang menyumbat earphone ke telinga.Setia betul minah ni dengan kotak kecik muziknya itu.Tak takut kena rampas ke MP3 tu?

   "Pandai-pandailah sorok", jawab Syafira yang sudah tersengih sumbang.

   Geleng."Bawak scooter tu elok-elok jangan merempit pulak".

   "Ciao", ucap Syafira sebelum menderu pergi.

   "Helmet entah hilang ke mana",Geleng Amril lagi.


   SELESAI SAHAJA solat Jumaat terus dia memandu keretanya ke MPH berdekatan.Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kedai buku tersebut terus dia menuju ke rak buku-buku islami.

   Apa Erti Saya Menganut Islam.Hmm selalu je nampak buku tu tersadai atas meja Syah.Pernahlah juga dia membacanya tetapi tak habis.Apa salahnyakan beli buku itu untuk dirinya.Lain rasanya jika membaca buku sendiri dengan buku yang dipinjam dari orang lain.Kalau sudah habis baca buku tu mudah nanti untuk dibuat rujukan atau refresh semula kalau terlupa.Hujah Amril dalam hati.

   Belum sempat dia hendak mencapai buku tersebut seorang lelaki yang berkaca mata sudah mengambilnya. Terangkat kening Amril melihat gerangan yang kini sedang kusyuk membelek buku itu.

   "Tak apalah.Tak ada rezeki"bisiknya memujuk diri memandangkan buku tersebut hanya tinggal satu di atas rak buku itu tadi.Matanya mula meliar melihat tajuk buku lain yang terdapat di situ.

   "Syaf?"Tegur Amril semasa hendak membuat pembayaran di kaunter kedai.Syafira yang masih lagi berpakaian sekolah terkejut melihatnya.

   "Eh Afgan", tersengih dia sempat lagi mengusik. Lelaki Cina di sebelah Syafira turut mengangkat kepala memandang Amril.

   "Lee ni jiran aku. Amril",Syafira memperkenalkan.

   "Meng Lee", senyum Lee ramah sambil menghulurkan tangan.Amril menyambut huluran  tangan sambil meneliti wajah Lee.Oh inilah dia Lee.Seingat dia Syafira pernah bercerita tentang Lee kepadanya hari itu.Eh,kejap.Ini bukan ke mamat yang ambik buku Apa Erti Saya Menganut Islam tadi?

No comments :