Monday, 2 May 2016

Bab3



   Leka Syafira menghayunkan tubuhnya di atas buaian.Suara Najwa Latif menyanyikan lagu kosong menjamu halwa telinganya.Kosong.Ibarat jiwanya yang terasa kosong.Bukan sebab cacian yang membuatkan jiwanya kosong. Tetapi soalan Lee pagi tadi yang membuatkan jiwanya kosong. Dia perhatikan kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan itu.Sesekali gelak tawa kanak -kanak itu berselang selingi dengan suara Najwa.Memang kebiasaannya dia menyumbat earphone ke sebelah telinga kanannya sahaja.

   "Seronokkan jadi budak kecik?Tak banyak benda yang perlu dirisaukan",tiba -tiba satu suara memecah lamunannya. Mamat gelabah.

   Dia memandang Amril yang entah bila sudah duduk di buaian sebelahnya yang tadinya kosong.Kemudian dia melontarkan semula pandangan ke arah kanak-kanak tersebut. Kelihatan ibu bapa mereka memerhatikan di tepi taman sambil berborak antara satu sama lain.

   "Lumrah kehidupan. Makin meningkat usia
makin banyak benda yang kena fikir",ucap Syafira tak berperasaan.

  Tersengih Amril mendengar bicara Syafira.Matang."Kenapa termenung?"

   Kau pernah ceritakan tentang Islam tak dekat non-muslim? Spontan soalan itu meluncur keluar daripada mulut Syafira membuatkan Amril mengangkat kening double jerk.

   "Pernah".

  Tertarik dia mendengar satu patah perkataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.Terus dia berpaling ke arah Amril.

   Then apa jadi?

   "Their knowledge about Islam makin bertambah.

   "Ooh",balas Syafira .Layak ke aku yang solat pon masih banyak lopong ni nak  bercakap tentang agama?Soalnya dalam hati.Argh serabut je aku fikir benda ni.Kemudian dia tenung muka Amril. Lama.

    "Pernah tak orang cakap muka kau macam Afghan?"Soalnya  kepada Amril tiba-tiba.

  Berkerut dahi Amril.Memang tak boleh dijangka betul soalan minah seorang ni.Geleng."Kenapa?Aku ada rupa dia ke?"Terbayang Amril wajah penyanyi lelaki yang berasal dari Indonesia itu.

   "Ada.Tapi dia lagi hensem laa",selamba Syafira mengulas.
   "Ok lah tu.Nasib tak sebijik  macam Mr.Bean",selamba juga Amril membalas membuatkan meletus tawa Syafira.

   "Bro,kalau muka kau sebijik macam Mr. Bean dah lama aku mintak autograph".


   MALAM TU DIA dia menghabiskan masa menelaah pelajaran.Kerja sekolah sudah dia siapkan di sekolah tadi.Setelah penat Syafira menghadap buku sejarah dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Haus. Kelihatan kakaknya leka menghadap laptop sewaktu dia melintasi ruang tamu.

   "Nah air",mug yang berisi coklat panas dihulurkan kepada Amy.Tiba-tiba malam itu mood baiknya datang.

   "Hai sejak bila baik hati ni buatkan air untuk akak",tersengih Amy selepas mengucapkan terima kasih. Syafira jongket bahu.

   "Belum siap lagi ke novel tu?" Soal Syafira sambil  menjenguk ke screen laptop Amy.Kemudian dia merenung Amy. Amy seorang penulis. Sepenuh masa. Dia tak faham macam manalah alongnya dapat survive dengan jadi penulis sepenuh masa. Boring.Nasib buku dia memang laku dekat pasaran.

   "Sikit lagi".

   "Ibu dengan pa dah tidur ke? Senyap je".

   "Agaknya".

   Syafira mencebik. Orang berpatah-patah bertanya ,sepatah saja yang Amy jawab. Matanya terpandang remote control tv yang tersadai di atas meja.Terbit sengih jahat di bibirnya. Terus dia capai dan menekan button on.

  "Yaa jangan ganggu along nak buat kerjalah. Perlahankan sikit volume tu", bebel Amy yang sudah menghantar jelingan maut kepadanya. Dia sengaja menguatkan volume tv tersebut.Syafira hanya menayangkan giginya yang putih.

   "Syaf perlahan sikit Tv tu. Ganggu ibu nak tidurlah",sayup kedengaran ibunya melaung dari bilik. Kakaknya sudah ketawa mengekek kemenangan.

   Ingat nak kenakan Along sekali aku yang terkena. Syafira menjeling Alongnya yang masih lagi ketawa.

   Terus dia ke muka pintu yang ternganga luas . Dia menjenguk ke luar. Eh pa dekat luar?Buat apa tu? Terdetik hatinya untuk mendekati Pak Langnya yang sedang berdiri di depan pagar rumah.

   Langkahnya terhenti.Baru dia  perasan Pak Lang sedang berborak dengan seseorang.Erk? Tu bukan mamat gelabah ke?


  SEWAKTU AMRIL hendak menutup pagar rumahnya dia terpandang seorang lelaki tua berdiri di perkarangan rumah Syafira.

   "Ayah dia agaknya",teka Amril.Amril melemparkan senyuman mesra kepada  lelaki itu sebaik sahaja lelaki itu tersedar Amril sedang memerhatikannya.

   Amril menghampiri lelaki itu apabila lelaki itu melambaikn tangan kepadanya.Rasanya dia tak pernah lagi berkenalan dengan ayah Syafira.

   "Nama pak cik Nizam.Panggil Pak Lang.Anak orang baru kat sinikan?Maaflah kenduri hari tu pak cik tak datang.Amy dengan Syafira ada cerita pasal kalian hari tu",Pak Lang memulakan perbualan setelah mereka berbalas salam.

   "Nama saya Amril. Panggil Am je. Aah orang baru kat sini".

   "Hari tu Pak Lang pergi lawat atok diorang ni haa kat Australia sana. Dia memang menetap di  sana",beritahu Pak Lang tanpa dipinta.

   Amboii class atok si Syaf ni. Tinggal dekat Australia oiii . Tersengih Amril mendengar.Lama mereka berborak.Apabila jarum jam  menunjukkan pukul sepuluh baru dia meminta diri untuk pulang. 

No comments :