PAGI SABTU itu Amril bangun agak lewat. Hari cuti biasalah.Pagi tadi subuh gajah walaupun si Syah sudah kejutkannya bangun awal untuk mengajaknya bersama ke surau.Last-last Syah sendirian menapak ke surau. Abang Zaid dengan Faris ada program dekat kolej mereka sejak semalam.Tidur sana kata mereka.
Amril melihat jamnya.Lapan suku. Kenapa Syah tak balik lagi ni.Lapar dah ni.Dia cuba memujuk dirinya supaya bersabar dengan menghidupkan TV di ruang tamu.Terpacul keluar iklan pizza sebaik sahaja television itu dihidupkan membuatkan perutnya makin rancak berkonsert.
"Sedapnya pizza",getus hatinya. Terus dia mencapai iphone miliknya.Gotcha.Pantas jari menyentuh nombor yang sudah diset sebagai pak cik pizza. Sekali-sekala pesan pizza waktu pagi apa salahnya.
Usai membuat pesanan dia melangkah ke luar rumah untuk menghirup udara pagi. Nyaman.Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Pak Lang dan Syafira di halaman rumah mereka.Pak Lang sedang leka membaca Stars manakala Syafira sedang tekun membuat kerja sekolah mungkin.Serius mukanya menghadap buku sesekali kelihatan menekan kalkulator.
"Assalamualikum",sapa Amri membuatkan mereka berdua mengangkat wajah.
Pak Lang terus mempelawa Amril duduk setelah menjawab salam manakala Syafira kembali menghadap bukunya .
"Hai kusyuknya buat kerja",tegur Amril setelah Pak lang menghilangkan diri di sebalik pintu.Hendak bersiap untuk ke pasar katanya.Syafira tidak memberi sebarang reaksi.
"Buat kerja sekolah ke?"Soal Amril lagi.
Angguk.
Amril menjenguk melihat buku yang sedang ditenung Syafira.Akaun.Patutlah berkerut saja muka mak cik ni. Dia perhatikan lama soalan yang cuba diselesaikan oleh Syafira. Silih berganti dia perhatikan soalan dan jalan kerja budak perempuan itu."Kacang je ni ", Getusnya dalam hati.
"Jumlah pemiutang dengan penghutang tersilap catat. Terbalik. Then diskaun diterima terakru tu sepatutnya kau masukkan dalam kunci kira-kira",terang Amril selamba.
Terangkat kening Syafira mendengar teguran lelaki itu.Dia perhatikan jumlah penghutang dan pemiutangnya. Terbalik.Laju dia membetulkannya. Kemudian dia memindahkan jumlah diskaun diterima terakru dari penyata pendapatan ke akaun kunci kira-kira. Cekap dia menekan semula kalkulator.Imbang."Akhirnya..", Seketika dia tersenyum gembira sambil menutup buku latihan tersebut sebelum duduk tegak menghadap Amril.
"Apahal kau pandang aku macam tu.Ada soalan akaun ke dekat dahi aku ni ",sarkastik Amril bertanya sambil mengusap dahinya. Pelik dia melihat reaksi Syafira yang berkerut meneliti wajahnya.
Geleng."Terima kasih ",ucap Syafira."Hebat",puji Syafira sambil menunjukkan ibu jarinya.Terus dia memberikan senyuman.
Most welcome. No hal. Aku ambik ACCA",beritahu Amril.
"Ooh. Tak tahu pon".
"Dah kau tak tanya.Heh tu lah hari tu datang rumah aku sibuk dengan makanan je",perli Amril.Syafira garu kepala. Malu.
Tiba-tiba Amril terpandang tulisan Syafira yang kemas di hadapan kulit buku latihan itu. "Nuru Syafira binti Nazri",sebut Amril dalam hati.
Bukan nama ayah kau Nizam ke?"Musykil Amril bertanya.
Geleng. "Tu nama Pak Lang".
Terdiam Amril mencerna ayat yang baru sahaja didengarinya.
"Ayah aku dah lama tak da. Mak pon sama. Accident time aku baru umur setahun.Sejak tu pak lang dengan mak lang jaga aku.Aku panggil diorang ibu dengan papa sebab diorang dah macam mak dengan ayah bagi aku",tenang Syafira menjelaskan.
"Sorry",Amril gigit bibirnya serba-salah.Hari tu borak dengan Pak Lang kau tak tanya. Amril menyalahkan dirinya.
"No worries",tutur Syafira tak berperasaan."Nama panjang kau?"
"Muhammad Amrilamin".
"Amrillaiman.Amrila..Dah macam umbrella pulak aku dengar",komen Syafira.
Jatuh rahang Amril."Amboii mulut. Unik kot nama aku.Penat mak aku carikan nama ni",degus Amril.
Syafira jungkit bahu.
"Ekella minah ni boleh pulak dia buat dunno je",marahnya dalam hati.
Belum sempat dia mahu meluahkan ketidakpuasan hatinya kedengaran hon motor dibunyikan.Serentak mereka berpaling ke luar pagar.Penghantaran pizza.Hah dah sampai.
"Tadi aku pesan", ringkas Amril menerangkan.Gembira terus Amril.
"Hey pagi-pagi dah order pizza. Kalah mat saleh",Syafira senyum mengejek.
Amril menggeleng. Memang kena banyak bersabarlah bila bercakap dengan minah sorang ni. "Sekali sekala jadi mat saleh apa salahnya",balas Amril yang sudah melangkah mendapatkan pak cik pizza.
LAMBAT-LAMBAT SYAFIRA melangkah menuju ke taman permainan di hujung simpang rumahnya itu.Beberapa orang kanak-kanak sudah mula berkeliaran di taman permainan tersebut.
"Kenderaan berat ikut kiri",usik Amril yang sudah berjalan seiring dengannya.
Syafira terus melangkah tanpa menghiraukan kehadiran Amril yang entah dari mana itu. Sebaik sahaja mereka menghenyakkan punggung ke buaian Amril terus mengeluarkan iphone miliknya.
Terangkat kening Syafira memerhati. "Tengok apa tu?"Tanya Syafira.
Video.
"Ni lah budak-budak zaman sekarang. Sibuk sangat dengan gajet sampai dah tak reti nak bergaul",Syafira menjeling iphone Amril.
"Dah kau buat dek je aku tegur tadi. Siapa yang tak reti nak bergaul sekarang?" Soal Amril mempertahankan diri.Matanya masih lagi tidak berkalih dari screen iphone.
Syafira mencebik." Video apa tu?"Tanya Syafira malas nak bertekak.
Terus Amril hulurkan iphone tersebut kepada Syafira. "Siapa pak cik ni? "Tanya Syafira ingin tahu.Video yang menunjukkan seorang lelaki berjanggut sedang bagi talk. Macam sesi soal jawab pon ada jugak.
"Dr.Zakir Naik".
"Siapa tu?"Garu kepala Amril mendengar pertanyaan daripada Syafira.
"Seorang pendakwah yang sangat hebat dalam penghafalan dan perdebatan.Nak tahu,beliau bukan setakat hafal and faham Quran sahaja malah beliau juga turut menguasai kitab Veda,Tripitaka,Bible dan beberapa kitab yang lain.Cuba Syaf tengok video-video beliau yang diupload di youtube.Debat dan ceramah beliau sering dihadiri ribuan orang tidak hanya orang Islam,orang Kristian,hindu budha bahkan ateisme juga turut hadir dan mengambil kesempatan pada sesi soal jawab.Hebatkan",terang Amril panjang lebar seperti seorang jurujual mempromosikan barang jualannya.
Agak -agak kalau Lee pergi ceramah doktor ni dia tertarik tak dengan Islam?soal Syafira pada dirinya.
"Hebatnya pak cik ni". Teruja dia berkata.
"Semua dengan izin Allah Syaf.Hidayah tu milik Allah. Doktor ni cuma menyampaikan dengan cara berusaha menyebarkan dakwah,yang campak hidayah pada hati manusia tu kerja Allah".
"Hidayah?"Tanya Syafira. Teringat seorang kawannya yang bernama Hidayah di sekolah. Polos wajah Syafira bertanya.
Hidayah means petunjuk ",sabar Amril menerangkan.
"Ooh",Sepatah dijawabnya.
Termenung panjang Syafira setelah video tersebut habis ditonton.
"Aku ada kawan. Nama dia Lee. Cina.Dia ada minat sorang minah ni. Melayu".
"Islam?"Soal Amril.
"Melayu mestilah Islam".Pelik Syafira mendengar soalan Amril.
"Tak semua Melayu Islam dan tak semua Islam Melayu. Kau kena ingat tu".
Terdiam Syafira seketika mencerna kata-kata Amril.
"Then?" Tanya Amril ingin tahu.
Kemudian Syafira terus bercerita. Amril setia mendengar."Apa pendapat kau?"Tanya Syafira mengakhiri ceritanya.
"Cakap kat dia kalau nak berubah,nak kenal Islam jangan sebab perempuan semata-mata.".
Terangkat kening Syafira mendengar komen Amril.
No comments :
Post a Comment