Tuesday 29 March 2016

Cuaks+ss



Tempat:dekat sekolah rendah aq
Tarikh:aq tak ingat
Kes:result UPSR keluar!!

   Pagi itu seperti biasa Sal(bukan nama tipu)menjamah air teh panas yang disediakan oleh ibu terchenta.

   "Hari ni result keluar enn?" Mak bertanya.

   "Aah",Sal mengiyakan.Debaran terasa di dada.Bukan kerana berdebar nak ambil keputusan UPSR tetapi tidak sabar untuk menghadiri majlis khatam Alquran peringkat negeri di stadium nilai.

   "Haii hari ni jugalah nak buat majlis khatam Quran",kedengaran rungutan Syiqin salah seorang classmate Sal sebaik sahaja masuk ke sebuah bas yang akan menghantar mereka ke stadium.Sal hanya jongket bahu tersengih.

   Setelah majlis tersebut tamat mereka terus pulang.Suasana sunyi yang tak berapa krik krik di dalam bas itu semasa perjalanan balik diganggu oleh beberapa orang pelajar yang dokk sibuk call mak ayah depa untuk tahu result UPSR."Huh mengganggu ketenteraman awam jelah", rungut Sal yang cuba control rasa takut dan berdebarnya untuk dapat result.

   Sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah, Sal terus menuju ke bilik guru untuk mengetahui n mengambil result upsr. Almaklumlah sampai sekolah pon sudah pukul 12 tengahari. Konpem pintu dewan sudah berkunci.

   "Sal,ayah kamu dah tolong ambilkan slip kamu. Hehe maaflah cikgu lupa pula result kamu berapa"beritahu Cikgu Razid.Sal melangkah keluar daripada bilik guru tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru- guru yang pernah mengajarnya(jangan tiru aksi ini) kerana frust sebab masih tak tahu lagi resultnya.

   Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan persekolahan tamat, laju langkah Sal menapak ke arah kereta ayahnya.

   "Tahniah Sal.Sal dapat 4A 1B",ucap ayahnya sebaik sahaja dia menutup pintu kereta.

   Sal hanya tersengih. Timbul sedikit kekecewaan di hati kerana tidak mendapat 5A.Lafaz syukur langsung tidak diucapkan (isy3 jangan tiru aksi ini,, tak baik untuk kesihatan iman).





Tempat:dekat rumah
Tarikh:bulan 12
Kes:kelahiran result PMR

   Pagi itu Sal bersemangat meng'iron' baju sekolahnya.Tak sabar rasanya nak ke sekolah untuk ambil keputusan PMR.Debarannya terasa lebih hebat daripada sewaktu menjawab kertas PMR.

   Tiba2 pinta biliknya dibuka. Mak melangkah masuk sambil tersenyum. Kelihatan raut serba salah pada wajah mak.

   "Tadi bapak kata tak payah pergi sekolah"ringkas mak beritahu. Jatuh rahang Sal mendengarnya.Huh buat penat saja den gosok baju. Mood Sal untuk mengetahui result PMR terus jatuh menjunam ibarat orang terjun dari bangunan nak bunuh diri(ceh hiperbola nyerr).

   Dalam leka Sal dan adik beradiknya menonton cerita hagemaru, kedengaran telefon rumah berbunyi.

   Terasa sesak nafas Sal.Mesti bapak telefon. Sal membiarkan mak menjawab panggilan result tersebut. Sal berlagak tenang sedangkan hatinya terasa bagai tsunami melanda.

   "Tahniah akin 8A 1B" ucap mak tayang muka happy. Sal pula hanya tayang sengih palsu. Lagi sekali kekecewaan melanda kerana tak dapat straight A.Terus Sal masuk ke dalam bilik.

   Sal bergolek-golek dia atas katilnya sambil dok sibuk melayan kekecewaannya. Alhamdulillah terdetik hatinya untuk bersyukur. "Sekurang kurangnya adalah A daripada tak ada...ye dakk",Sal memujuk hatinya sambil mengajar dirinya untuk bersyukur.



Tempat: salah sebuah sekolah sbp
Tarikh:3mac(rasanye)
Kes:result Spm....

Kes seterusnya ini lebih saspens dan mendebarkan.Nantikannya pada hari tempat dan waktu yang sama.Hehu

To be continue...









 

 







 

 



 

No comments :