Monday 28 March 2016

BAB1


  LAJU LANGKAHNYA menuju ke arah  tempat letak kereta surau.Sempat matanya memerhati persekitaran. Lengang.Hanya beberapa kereta sahaja yang tinggal. Leka berborak tadi.

  Amril mengeluh sebaik sahaja sampai ke kereta kesayangannya.Terdapat dua buah kereta di sebelah kiri dan kanannya yang mungkin tuan punya kereta masih melepak di dalam surau.Pandanganya jatuh pula  ke arah sebuah kereta Myvi berwarna kelabu. Terletak elok di hadapan keretanya menghalang laluan.

 Masalah betul.Esyy makhluk bertuah mana  pulak yang berdaulat sangat parking kereta tengah tengah jalan ni?? Desis hatinya tidak puas hati.Amril menyandarkan diri ke pintu keretanya lalu mengeluarkan iphone dari poket seluarnya.Ada mesej daripada Wan.

  Aku otw ke rumah kau,, dalam 20 minit sampai la kot dengan ummi n abah.

   Terbeliak matanya membaca mesej daripada abangnya.Ni kene balik cepat ni. Tapi..", Amril menjeling ke arah kereta Myvi tersebut. Sudah 10 minit dia tunggu. Amril melilaukan matanya tercari cari tuan punya kereta.

   Dalam sibuk dia merungut,kelihatan seorang perempuan tenang melangkah  menghampiri kereta Myvi itu.Perempuan itu melemparkan senyuman sebaik sahaja berhenti di hadapan kereta tersebut."Heh ni mesti kereta minah ni dah la buat muka tak bersalah ",Amril mencebik sambil melemparkan jelingan maut kepada perempuan yang berambut panjang itu.

  "Maaf.. "

  "Ok maaf kau diterima so sekarang ni aku nak kau cepat alihkan kereta kau yang menghalang kereta aku ni. Kau tau tak lama aku tunggu kat sini dengan nyamuk banyak nak hisap darah aku yang manis ni.Kau nak tanggung ke kalau aku kena demam denggi?Hesyy lagi satu macam manalah kau boleh lulus ujian memandu?Parking kereta pon fale.Menghalang kereta orang",bidas Amril kasar.

  Perempuan itu memandang pelik ke arahnya sebelum menjatuhkan pandangan ke kereta Myvi tersebut.Tiba-tiba dia tersengih membuatkan Amril pula yang berasa pelik.

  "Muka aku ni ada iras Mr. Bean ke sampai kau tersengih sengih macam kerang yang tak berapa nak busuk..huh?"Sarkastik Amril bertanya membuatkan sengihan perempuan itu terus mati.

  Tanpa berkata apa-apa perempuan itu melangkah ke belakang kereta Myvi itu lalu dengan selamba menolak  kereta tersebut sehingga tidak menghalang lagi laluan kereta-kereta di situ.

  "Ni kereta saya.Kereta yang buat awak marah tadi pulak rasanya kereta pak imam ",beritahu perempuan itu yang sudah bergerak ke arah  sebuah kereta Alza terletak elok sebelah kanan  kereta Amril.

  "Kau ni orang baru eh kat sini? Surau kat sini kalau nak parking memang  kena lepaskan break.Space tak cukup ".

  Amril terdiam.Kemudian dia terpandang papan tanda menyatakan apa yang telah diberitahu oleh perempuan itu terpampang besar di hadapan surau. Tiba -tiba Amril rasa nak hempuk iphonenya ke kepala.Kenapalah tak perasan tadi Amril oiii.

  "Lagi satu,saya rasa penduduk taman  ni baru je buat gotong-royong minggu lepas sempena kempen hapuskan nyamuk aedes",perempuan itu tersenyum sinis. Memang tiada nyamuk pon di situ.Amril sahaja menokok tambah tadi. Sekali lagi dia rasa nak hempuk kepalanya dengan iphone.

  "Kenapa kau diam time aku membebel kutuk kau tadi?"Tanya Amril tidak puas hati. Malu dia dibuatnya tetapi ego mengatasi segalanya.

  "A meaningful silence is always betters than a meaningless words".

  Ayat yang keluar tenang daripada mulut perempuan itu membuatkan Amril kelu.Terus Amril masuk ke dalam kereta.Dia teringat iphonenya. "Rasanya kalau aku hempuk iphone aku kat kepala ni benjol tak?"

  SEBAIK SAHAJA Amril memasukkan kereta ke halaman rumah sewanya kereta Wan pun tiba. Amril menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

  "Mama, abah kenapa tak bagitahu Am awal-awal nak datang malam ni ? Kalau tak bolehlah Am masakkan pape",tanya Amril manja sebaik sahaja mereka bersalam.

  "Hahaha kau nak masak?Memang tak laa.Tak pasal pasal nanti ada orang yang keracunan makanan ",usik Wan selamba.Sememangnya mereka tahu Amril kurang dalam bab masak memasak.

   "Eleh mentang-mentanglah kau tu chef, heh tak baik mengata orang.Nanti kalau kau dapat isteri tak pandai masak,aku orang pertama yang akan gelakkan kau",balas Amril puas.

  "Nak tunggu korang berdua ni stop bergaduh sampai tahun depan pon tak habis. Am ni bila nak bawak abah masuk ni "celah Datuk Halim membuatkan Amril menggaru kepala yang sememangnya gatal.

  Hehe sorry laa abah, haa jom jom masuk jangan malu-malu buatlah macam rumah sendiri ye "pelawa Amril.

  "Kamu dari mana tadi Amril ?"Tanya Datin Zaini sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.Dia tersenyum apabila melihat ruang tamu rumah anaknya tersusun rapi.Cekap anaknya mengemas rumah walaupun baru sahaja berpindah ke situ.

  "Dari surau ma.Saja nak berkenalan dengan orang- orang kat taman ni.Tadi sempat borak dengan tok imam,ramah orangnya",jawab Amril.

  "Eloklah tu berkenal-kenalan dengan jiran-jiran sini . Mana tau kalau ada pape jadi boleh mintak tolong dengan mereka.Tak adalah mak susah hati sangat nak tinggalkan kamu kat sini.Dah cari kawan -kawan yang nak sewa rumah ni sekali dengan kamu?"Tanya Puan Zaini prihatin.

  "Dah.Ada tiga orang. Mungkin lusa baru diorang pindah ke sini. Sorang tu sama baya dengan Am yang lagi dua orang senior Am dekat kolej",balas Am.

  Weh bila kau nak sediakan air untuk kami ni? Aku dah haus dah ni",Wan menyampuk tiba-tiba.

   "Kau pergilah buat sendiri.Haha aku nak borak dengan Ummi ".

  Hesyy budak ni, hai naseb badanlah dapat adik macam ni. Sian siapa yang jadi isteri dia ni nanti",rungut Wan sempat lagi mengusik Amril.Terus dia melangkah menuju ke dapur.

  "Hisyy tak baik kamu buat abang kamu macam tu.Sudahlah dia penat memandu dari Johor ke kl ni. Dah pergi amek beg-beg baju  dalam kereta sana.Ummi ada belikan barang dapur jugak tadi ",belum sepat dia hendak membalas usikan abangnya Datin Zaini  sudah mengeluarkan perintah. Ayahnya Datuk Halim hanya menggeleng melihat kerenah anak-anaknya.Amril tersengih. Ai ai ma'am!!

   Setelah selesai Amril mengeluarkan barang-barang yang dibawa keluarganya dari dalam kereta dia bergerak ke arah pagar untuk menutupnya. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sebuah kereta Alza merah di halaman  rumah jiran depannya.

   "Eh tu bukan kereta minah kat surau tadi tu ke? "Amril tertanya- tanya.Meliar matanya perhatikan rumah tersebut .Kereta itu diparkir elok di halaman rumah  teres dua tingkat itu. "Hmm number plat sama. Hehe berjiran kita rupanya".


  "AKHIRNYA.. ",segaris senyuman terbentuk di bibirnya.Kedua jari telunjuk mengesat kedua belah matanya yang terasa pedih dek terlalu lama menghadap laptop. Lantas badannya disandarkan ke  kerusi.Tersengih dia senang hati.

  "Pelajar akaun manalah yang tak gembira kalau kerja kursus sudah siap sepenuhnya .. imbang pulak tu haha ini kena bagitahu Meng Lee ni ",getus hatinya puas.Otak Syafira sudah merancang untuk terus menghantar kerja tersebut kepada Cikgu Maya pada keesokkan harinya.Lepas ni tak payah fikir dah pasal benda alah ni lagi ,fokus untuk spm pulak.

  Sedang asyik dia melayan perasaannya kedengaran Samsung hitam miliknya berbunyi . Meliar matanya mencari samsungnya yang mungkin terselit di dalam timbunan kertas atas meja study nya yang berselerak. Tak ada.Puas dia cari.Ceh atas katil rupanya.Terus dia capai Samsung tersebut. Meng lee.

   "Hello Syaf!! Guess what?"suara  Meng Lee menerjah sebaik sahaja dia merapatkan Samsung ke telinga.

   "Apahal suara kau exited sangat ni?"

   "Tekalah kenapa.."

   "Kau dah berjaya habiskan semua level candy crush kau tu ke? "Teka Syafira sarkastik.

   "Haaiiyaaa manyak laa lu punya candy crush".

   "Dah kau yang suruh aku teka.Lagi pun kau kan memang suka main  game tu .So apa yang kau nak bagitahu aku ni? Ha?"

    "Babe aku baru je siapkan kk account ahaha.Cepat puji aku sekarang",bangga suara Lee memberitahu.

   "Ceh mana boleh paksa orang puji. Heh tak kesah pon sebab  aku dah lama siap",ujar Syafira tak mahu kalah. Perkataan lama sengaja ditekan sedangkan dia juga baru sahaja siap.

   "Waa expert nya kau.Ceh aku call kau ni sebab nak kau puji. Sekali aku pulak yang puji kau".

  "Haha tu lah riak lagi kan dah kena. So bolehlah kita sama-sama hantar kat Cikgu maya esok ?"Balas Syafira yang sudah berdiri di beranda luar biliknya.Tersengih dia apabila teringat rupa rakan baiknya a.k.a deskmate sejak dari tingkatan empat lagi. Meng Lee ini budak Cina pandai orangnya.Pakai spec tapi yang spoil nya mamat ni pakai braces kat gigi.Kalau tak mesti terselah kekacakannya. Ceh.

   "Ok lah jumpa esok. Ciao",ucap Lee menamatkan perbualan.

   Syafira mendongak ke langit. Banyak bintang malam ni. Tersenyum lebar dia apabila mengesan kemunculan big dipper  celah -celah ribuan bintang di langit itu. Terus dia teringat akan atoknya . Apa khabar atok sekarang?

   Lamunannya terganggu apabila sayup-sayup kedengaran suara orang bergelak ketawa dari jiran depan rumahnya. Terangkat keningnya. Pelik. Sejak bila rumah depan ni berpenghuni? Kelihatan dua buah kereta diparkir elok di hadapan rumah tersebut.

   "Asal aku rasa macam pernah tengok eh kereta hitam tu?Hmm entah.."Syafira jungkit bahu lalu dia masuk ke dalam bilik.

   "Tidur Syaf tidur. Dari semalam kau bersengkang mata nak siapkan kk account tu.Terus dia membaringkan diri di atas katilnya yang empuk. Heaven.


No comments :