Monday 28 March 2016

BAB2



   Terik mentari terasa menyengat tubuhnya. Lantas Syafira memecut laju scooter birunya untuk cepat sampai ke rumah.

   "Aduss, time ni lah kau nak red light en mr.traffic light."Syafira mengomel sendirian sebaik sahaja tiba di persimpangan taman perumahnya.

   Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dia menyeluk tangannya ke dalam poket baju sekolah. Earphone dicapai lalu disumbatkan ke telinga kanannya.

   Suara Jason Chen menerjah ke gendang telinga menyanyikan lagu berjudul Best friend. Bila Syafira  dengar lagu ni,mesti dia akan teringatkan Meng Lee. Permulaan lirik tu aku sokong.Lee selalu ada time aku susah.

   Hijau. Terus dia memecut laju. Okey sampai part ni dah kontra. Tersengih dia apabila teringat yang Lee sudah ada yang berpunya .Makin melebar sengihannya sebaik sahaja teringat saat-saat Lee mencuba untuk memikat si dia.Tergelak guling- guling Syafira bila dapat tahu si Lee ni minat dengan sorang minah melayu dekat sekolah mereka.Itu boleh dia terima lagi.Apa yang tak boleh dia terima bila dia  terpaksa jadi orang tengah antara pasangan yang tak sejoli tu. Haru je.

   Wajah Lee yang tersengih bangga semasa menghantar kerja kursus mereka yang sudah siap pula menerjah ingatannya . Siapa tak bangga ada cikgu puji  kita oiii.Siap dapat coklat Cadburry lagi ganjaran daripada CikguMaya kerana mereka berjaya siapkannya dengan cepat.

  Jason habis menyanyikan lagunya sebaik sahaja dia sampai ke rumah.Dia perhatikan sekeliling rumahnya.Kereta tak da means kak Amy tak balik lagi.The conclusion is makan maggi lah jawabnya. Emm muaklah asyik makan maggi je.Ke nak call pizza eh?

   Dalam dia berkira nak makan apa, kedengaran seseorang memberi salam.

  "Waalaikumsalam"Syafira terus berpaling ke arah pagar rumahnya tercari-cari gerangan siapakah yang memberi salam.Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 40 tahun berdiri di luar pagar rumahnya sambil tersenyum.

  "Ya,boleh saya bantu?"Tanyanya setelah bersalaman dengan wanita tersebut.

   "Nama mak cik Zaini.Anak Mak cik baru je pindah rumah depan ni.Mak cik datang sini melawat tengok apa yang patut.Mak kamu ada kat rumah?"soal Datin Zaini ramah.

   "Oh,err ibu dekat kampung. Dia tak balik lagi.Nama saya Nurul Syafira,panggil Syaf",balas Syafira.

   "Malam ni Mak Cik ada buat kenduri doa selamat.Jemputlah datang ye.Ni mak cik ada masak lebih spegetti.Ambillah",pelawa Datin Zaini sambil menghulurkan bungkusan spegetti kepada Syafira.

   Wah rezeki tak baik ditolak.Tersengih-sengih dia menyambut huluran tersebut."Terima kasih Mak Cik. Mesti sedap ni",puji  Syafira ambil hati.Orang berbudi kita berbahasa. Apa salahnya kan?"In sya Allah malam ni kami datang"

   Sebaik sahaja Datin Zaini berlalu, Syafira terkocoh kocoh membuka kunci pintu rumahnya sebelum meluru terus ke dapur. Perutnya sudah berkonsert minta diisi.

   Wah umph.. bau dia. Terbaiklah Mak Cik Zaini",terus dia makan spegetti tersebut tanpa menoleh kiri kanan.

   Bunyi kereta menandakan Amy  sudah balik tidak dipedulikan.

   Hesyy budak bertuah ni. Boleh pulak dia biarkan pintu ni tak bertutup. Syaf ooo Syaf kenapa tak tutup pintu ni ",bebel Amy sebaik sahaja memasuki rumah.

   Syafira hanya tersengih apabila apabila Amy sudah duduk berhadapan dengannya di meja  makan.

   "Nak",Syafira menunjukkan mangkuk speggeti yang sudah tinggal separuh dimakannya.

   "Mana dapat speggeti ni?" Tanya Amy pelik. Pagi tadi rasanya dia buat roti bakar saja.

   "Mak Cik depan ni bagi".

   "Oo,jiran baru tu eh".

   "Aah.Tadi Mak Cik tu jemput datang rumah malam ni.Kenduri doa selamat.Lepas Isyak  katanya,"beritahu Syafira dengan mulut yang penuh dengan speggeti.

   "Tengoklah kalau akak rajin".

   "Kak Amy nak tahu, dia ada dua orang anak lelaki. Hensem",cerita Syafira yang sudah mengangkat kening double jerk. Dia sengaja menambah perkataan hensem hendak melihat reaksi kakaknya.Entah hensem ke tidak anak-anak Mak Cik Zaini tu.

   So? Balas Amy acuh tak acuh Amy.

   "Ceh..bila akak nak kahwin?"

   "Hesyy kau ni Syaf, akak nak enjoy dululah.Em esok ibu dengan pa balik",Cepat dia mengubah topik.

   "Pagi ke petang?"

    "Pagi rasanya."

    "Tak bolehlah Syaf ikut akak jemput diorang. Esok sekolah",keluh Syafira."Boleh tak Syaf ponteng esok?"spontan idea nakalnya keluar. Sengaja dia menunjukkan muka kesian.Sememangnya dia tak sabar menunggu mereka balik dari Australia.

   "No excuses. Sekolah tetap sekolah",tegas Amy bersuara. "Dah tak payah buat muka cemberut macam tu. Lepas Isyak nanti siap.Kalau lambat akak tinggal,"sambung Amy.

   Nak pergi mana?"pelik.

   "Rumah orang depan lah cik kak oii.Dah akak nak pergi solat".

   Eleh, ingatkan tak nak pergi. Ni mesti nak usya anak Mak Cik Zaini tu kan, "Syaf sempat  menyakat.

 
   "MASUKLAH.Usah malu-malu",jemput Datin Zaini ramah sebaik sahaja mereka memberi salam.

   "Awal lagi ni.Ramai lagi belum  datang.Anak mak cik yang nombor dua tu suruh mak cik sewa rumah ni.Dia sudah tahun ketiga dekat kolej depan taman ni haa.Katanya tak nak dah duduk dekat hostel kolej dia tu.Ha jemputlah duduk.Kalau nak makan pergi ambik kuih kat atas meja tu banyak",cerita Datin Zaini kepada Amy setelah mereka berkenalan manakala Syafira pul hanya memasang telinga. Tersengih lebar dia mendengar makanan disebut. Terus dia bangun menuju ke meja makan tanpa menghiraukan Amy  yang semakin  rancak berbual dengan Datin Zaini.

   Mata Syafira memerhatikan persekitarannya sambil melangkah ke ruang makan. Kemas.

   Waah,Banyaknya makanan!"Teruja dia sebaik sahaja berdiri di penjuru meja yang terhidang pelbagai juadah.

   "Err tumpang lalu eh. Saya nak letak bekas kuah laksa ni",satu suara menegur Syafira dari belakang. Terus dia memberikan ruang tetapi  matanya masih lagi melekat pada hidangan yang menyelerakan itu.

   "Kau nak ke.Nah pinggan",tanya lelaki yang menegurnya tadi sambil menghulurkan pinggan.

   "Thanks". Laju dia memenuhkan pingganya dengaan kuih yang pelbagai itu.

   Amril hanya menggeleng memerhatikan tingkah perempuan itu.Tergelak dia melihat mata Syafira langsung tidak berkalih daripada memandang makanan- makanan di situ.

   Terangkat kening Syafira apabila mendengar lelaki itu ketawa. Terus dia memandang wajah Amril. "Eh ni bukan mamat gelabah kat surau hari tu ke?"getus hati kecilnya

   "Kenapa? Muka saya ada rupa Mr.Bean ke?"Tanya Syafira sarkastik.

  Erk, macam kenal je ayat minah Alza ni. Amril tersengih menggeleng. Menidakkan."Nama aku Amril. Kau?

   "Syafira.Syaf",ringkas Syafira perkenalkan diri.

   "Pasal kat surau hari tu, aku nak mintak maaf. Tengah nak cepat masa tu".

   "No worries. Tak pa",tak bernada Syafira membalas.Terus dia menyumbat sebiji karipap ke dalam mulut. Sedap.

   "Tak elok makan berdiri",tegur Amril.

   Terhenti kunyahan Syafira bila ditegur sebegitu. Dia memandang sekeliling. Gotcha. Terus dia duduk di atas sebuah kerusi kayu  berdekatan dengan tempat mereka berdiri.

   Gatal kepala Amril dibuatnya melihat kelakuan Syafira. Ingatkan nak marah tadi. Dia jungkit bahu lalu terus dia masuk ke dapur semula untuk membantu Wan.


  SUDAH DUA MINGGU Amril  menetap di situ. Minggu lepas kesemua housematenya sudah berpindah ke rumah sewa itu memenuhkan bilik yang kosong.

   "Syah cepatlah. Aku nak gerak dah ni"laung Amril sambil membuka pagar.

   "Ibu!Syaf pergi dulu dah lewat ni",Syafira yang berbaju kurung sekolah itu kelam-kabut  menghidupkan scooter. Kecoh Syafira pagi itu menarik perhatian Amril.

   Tersengih dia perhatikan budak tu. "First time aku jumpa budak ni ingatkan budak kolej.  Matang",fikirnya.Teringat dia kejadian sewaktu kat surau minggu lepas.Buat dia termalu sendiri.

   "Bro jom",teguran daripada Syah yang sebaya dengan dia itu mematikan lamunan. Terus dia menghidupkan ejen untuk bergerak ke kolej mereka.

 
   "PAHAL MUKA kau cemberut je dari tadi? Kalah muka Squidward",tegur Syafira sebaik sahaja loceng waktu rehat berbunyi.Lee yang sudah  meletakkan dagu di atas mejanya ditenung pelik.Tanpa berkata apa-apa Lee menghulurkan sekeping  kertas. Surat kali.

   Terangkat kening Syafira membacanya. Rejection letter. Terus dia menatap wajah temannya itu.

   "Kenapa kau suka dia?"

   Lee tidak memberi reaksi.

   "Banyak kali minah ni reject kau.Kenapa kau masih terhegeh-hegeh lagi nak kejar dia?"

   Lee masih mendiamkan diri.

   "Hey macm cakap dengan sepender la",geram Syafira tidak dilayan.

   Meletus ketawa Lee mendengar Syafira mengeluh. "Mungkin sebab dia melayu aku cina",luah Lee meneka.

   Terdiam dia mendengar luahan Lee. Tergambar di benaknya wajah manis Aisyah. Bijak orangnya. Pengawas dan merupakan senior mereka. Tingkatan empat.

   "Kan dia selalu tulis dalam surat tu dia nak fokus study",balas Syafira mengingatkan.

   Maybe atau mungkin ada perkara yang lebih berat lagi berbanding perbezaan bangsa",ucap Lee datar.Syafira yang sedang sibuk bermain dengan rambutnya itu terhenti.Pelik.

   Kemudian terus Lee duduk tegak menghadapnya."I mean like agama?"Teragak-agak dia bertutur.

   Syafira memandang Lee.Agama.Meng Lee.Islam?Jeda.

   "Babe kau tak nak pergi kantin ke?"Tanya Lee memecah sunyi.

    "Jom".


  

No comments :